Showing posts with label Tips markah ujian praktikal kereta.. Show all posts
Showing posts with label Tips markah ujian praktikal kereta.. Show all posts

Thursday, May 22, 2008

MARKAH PENUH UJIAN MEMANDU DI JALANRAYA UNTUK KERETA

Seperti yang dijanjikan semalam,berikut adalah 20 markah penuh yang terdapat dalam borang pengujian JPJ untuk ujian memandu kereta di jalanraya.

BAHAGIAN 3:

==========


Markah 1 ->
- Membetulkan tempat duduk.

Markah 2 ->
- Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.

Markah 3 ->
- Pakai talipinggang keledar.

Markah 4 ->
- Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar.

Markah 5 ->
- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.

Markah 6 ->
- Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.

Markah 7 ->
- Guna brek kaki dan tangan dengan betul.

Markah 8 ->
- Mematuhi peraturan lampu isyarat.

Markah 9 ->
- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.

Markah 10 ->
- Mematuhi peraturan garisan dua selari.

Markah 11 ->
- Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.

Markah 12 ->
- Memandu kenderaan di jarak yang selamat.

Markah 13 ->
- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.

Markah 14 ->
- Mematuhi had laju.

Markah 15 ->
- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal.

Markah 16 ->
- Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul.

Markah 17 ->
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas.

Markah 18 ->
- Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.

Markah 19 ->
- Memandu secara tidak merbahaya.

Markah 20 ->
- Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan.

Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Semua markah ini akan diperiksa satu persatu oleh pegawai penguji ketika anda sedang memandu di jalanraya.Jika anda tidak terkial-kial,tidak panik,boleh mengawal kereta dan menggerakkan kereta dengan baik dan tidak merbahaya,insyaAllah peluang anda untuk lulus sangat tinggi.Pastikan anda boleh membuatkan pegawai penguji di sebelah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat dari mula anda bergerak hingga anda memberhentikan kereta di tempat penamat ujian.
Tetapi awas,jika dari mula anda menggerakkan kereta lagi,degupan jantung pegawai penguji berdegup kencang dan dia berasa sangat tidak selamat berada di sebelah sebagai penguji dan juga sebagai penumpang pertama anda,maka peluang anda untuk digagalkan sangat-sangat tinggi.
Oleh itu pastikan anda memandu dengan selamat dan mengikut arahan dan peraturan yang telah diajar oleh pengajar memandu ketika sesi ujian JPJ.Berlatihlah bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik sahaja.Tidak ada istilah cobaan ketika hari ujian!Selamat berjaya kepada anda yang akan diuji.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, May 14, 2008

UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA

Setiap orang yang akan diuji ketika ujian praktikal JPJ akan melalui ujian bahagian 3 iaitu ujian memandu di jalanraya.Saya lebih suka memberi tips apakah markah yang boleh kita perolehi dengan mudah sebelum kita menggerakkan kereta ke jalanraya.

Berikut ialah tips dan perkara yang perlu dibuat oleh setiap pemandu.Sila jangan buang markah bonus ini walaupun satu markah kerana ianya terlalu mudah untuk diperolehi.Buat sahaja anda dah boleh dapat markah.Anda tak nak buat dan malas nak buat bermakna anda akan kerugian markah dan peluang untuk anda gagal sangat tinggi.

Perkara yang perlu dibuat:
===================

Sebaik nombor giliran anda dipanggil oleh penguji JPJ,anda dengan muka manis dan bersopan sila masuk ke dalam kereta dan ucaplah kata manis dan salam kepada penguji.

1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.Anda wajib lakukan walaupun anda rasa kedudukan kerusi anda sudah ok dan sesuai.
Ini untuk menunjukkan yang anda memang membuat pemeriksaan dan tahu macamana nak laraskan tempat duduk. Anda dah dapat satu markah.Mudahnya kan!

2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
Kemudian minta izin penguji untuk membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Takut terkena badan penguji ketika kita mengalihkan tangan kita.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri. Anda dah boleh dapat markah kedua!

3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas.Jika anda terlupa memakai tali pinggang keledar sehingga balik,peluang untuk anda gagal sangat tinggi. Jangan lupa tau! Faktor keselamatan dan boleh disaman jika di jalanraya. Ini markah ketiga anda!

4. Jika engin kereta mati,sila pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.Boleh jadi macam kereta kuda pulak nanti! ini markah keempat anda!

5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.
Anda dah boleh dapat markah kelima.Mudah sangat kan?


Inilah perkara asas yang perlu anda buat sebelum mula bergerak ke jalanraya.Senang sangat nak dapat 5 markah yang terawal.Kalau anda tak nak buat,markah anda akan ditolak satu persatu.Jangan buang markah! Rugi!

Saturday, November 24, 2007

Markah untuk untuk ujian praktikal kereta

UJIAN TERDIRI DARI 3 BAHAGIAN IAITU:

1.Bahagian 1 - Ujian Undang-Undang atau Teori
- Minimum markah lulus = 42/50.

2. Bahagian 2 - Ujian Praktikal
- Mendaki bukit.Mesti lulus.
- Meletak kereta secara masuk undur dan belok.Mesti lulus.
- Membuat pusingan 3 penjuru.Mesti lulus.

3. Bahagian 3 - Ujian Praktikal
- Memandu di pelbagai bentuk dan situasi jalanraya.
- Markah minimum lulus = 16/20.

Tips untuk markah bahagian 2 dan bahagian 3 akan disambung..