Wednesday, June 18, 2008

Kawalan stereng kereta yang baik

Anda mungkin selalu memandu kereta dengan menggunakan sebelah tangan.Sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit atau menghisap rokok atau membuat apa sahaja.
Ini sudah menjadi kebiasaan anda ketika memandu.Persoalannya adakah ini merupakan gaya memandu anda?
Selamatkah anda jika berlaku sesuatu halangan yang tidak di duga secara tiba-tiba.Sempatkah anda mengawal haluan kereta anda ketika itu dengan hanya sebelah tangan?Atau kereta anda terhumban ke dalam longkang atau terbabas ke tengah jalan sebelum anda sempat mengawalnya.

Kawalan stereng yang bagaiamanakah yang dikatakan terbaik? Secara asasnya bila kita belajar memandu,kawalan dan cara pegang stereng yang terbaik ialah dengan teknik tolak dan tarik.Tekniknya mudah sahaja iaitu mengikut angka 2 dan 10 atau angka 3 dan 9.

--> Angka 2 dan 10
- Tangan kanan memegang stereng arah angka jam 2.Tangan kiri memegang arah angka jam 10.

--> Angka 3 dan 9
- Tangan kanan memegang stereng arah angka jam 3.Tangan kiri memegang arah angka jam 9.

- Bila kita melalui jalan yang berselekoh ke kanan,tangan kiri anda mula bergerak secara tolak dan tangan kanan anda bergerak secara tarik.

- Bila kita melalui jalan yang berselekoh ke kiri pula,tangan kanan anda mula bergerak secara tolak dan tangan kiri anda bergerak secara tarik.

Kita boleh menggunakan mana-mana carapun tetapi yang penting dan lebih relax ialah apabila kita merasa kedua-dua tangan kita tidak terlalu tinggi dan tergantung dari arah badan kita.
Ini untuk memastikan kita tidak terlalu penat memandu lebih-lebih lagi jika perjalanan jarak jauh.

Kita hendaklah memandu dengan kedua-dua tangan memegang stereng untuk memastikan pautan dan kawalan kita lebih stabil dan selamat jika berlaku sesuatu yang tidak diingini secara tiba-tiba.
Berbanding sekiranya kita memegang stereng dengan satu tangan.Haluan kereta kita tidak stabil dan sangat tidak selamat jika kita tidak sempat mengawal stereng dengan pantas.

Ketika sessi ujian praktikal JPJ,pastikan anda menggunakan teknik tolak dan tarik ini dan anda dianggap memandu merbahaya sekiranya anda memandu dengan menggunakan sebelah tangan atau melepaskan stereng untuk kembali lurus selepas membelok.Peluang untuk gagal sangat tinggi!

Ini adalah panduan asas untuk kawalan stereng yang terbaik.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Thursday, June 12, 2008

KENAPA ANDA GAGAL UJIAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM BAHAGIAN 2- OLAHGERAK??

Bercerita tentang topik ini memang ramai yang merasa kecewa kerana gagal ujian JPJ walhal dah bawak motosikal setiap hari dan bertahun-tahun lamanya.Tapi tanpa lesen memandu ler...
Takkan lah boleh gagal jugak di litar ujian yang bukannya besar dan jauh manapun.Tapi kenapa gagal jugak ek???

Saya hanya boleh kongsi dan buat ulasan sahaja tetapi berkongsi perasaan kecewa sebab gagal memang tak boleh sama dengan anda yang pernah gagal.Baiklah kenapa dan di bahagian mana yang anda gagal?

Kebiasaannya pelajar gagal di bahagian 2 iaitu
- titi,brek kecemasan dan selekoh tajam.


--> Punca gagal di titi kerana anda terjatuh samada dipermulaan titi,di tengah titi atau di penghujung titi.Kenapa boleh terjatuh? Anda tidak fokus pada olehgerak ini dengan betul.Anda tidak bersedia, tidak cukup tenaga dan anda mudah panik meyebabkan anda tidak boleh mengawal emosi,degupan jantung seterusnya daya tumpuan anda di atas titi terganggu dan sudah tentu anda tidak dapat mengawal motosikal dengan baik. Ini bermakna anda tidak mahir menseimbangkan pergerakan badan dan mengawal motosikal di jalan yang tidak rata dan tinggi serta sempit. Ini akan merbahayakan kepada diri sendiri dan pembonceng anda jika terjatuh.

--> Punca tidak dapat mencapai masa menunggang di atas titi melebihi 7 saat ialah anda tidak mahir memperlahankan motosikal dan menseimbangkan badan dan motosikal.Dalam fikiran anda untuk mengelakkan dari terjatuh lebih baik anda melajukan motosikal sedangkan anda tidak sedar yang masa anda tidak mencecah 7 saat pun.Anda hanya dapat masa kurang dari 7 saat.Sudah pasti anda gagal sebab syarat masa sekurang-kurangnya 7 saat di atas titi.

--> Anda gagal olahgerak brek kecemasan kerana terjatuh ketika membrek di dalam petak berhenti.Puncanya anda tidak mahir mengawal keseimbangan berat badan dan kawalan motosikal anda sebaik anda menekan brek kaki dan menarik brek tangan serentak.

Anda gagal berhenti dengan betul dan tayar motosikal hadapan melepasi garisan berhenti yang berada di hadapan sekali.
Begitu juga anda berhenti tetapi terlanggar tebing di kiri dan kanan.Ini dikira sebagai berlaku kemalangan.

--> Punca anda gagal di 2 selekoh tajam ialah kerana anda terlanggar tebing dan kaki anda terjatuh menahan tebing jalan.Anda dikira sebagai tidak mahir mengawal diri dan motosikal ketika berada di jalan yang berselekoh dan berliku.Ini merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jika berada di jalanraya.

--> Berlaku sebarang kemalangan ketika anda menunggang di dalam litar dimana-mana olahgerak.

--> Melanggar atau terlanggar apa-apa objek di dalam litar.

Oleh itu berlatihlah dengan betul dan fahamilah tentang pengiraan markah yang akan diuji oleh pegawai penguji.Jangan belajar sambil lewa sahaja kerana anda menyangka diri anda sudah cukup handal dan pandai menunggang motosikal selama ini di jalanraya.

Sedarlah bahawa peratus kemalangan maut di jalanraya untuk penunggang dan pembonceng adalah disebabkan oleh sikap sambil lewa dan tidak berhati-hati serta tidak mahir sepenuhnya.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saturday, June 07, 2008

KELAS-KELAS LESEN MEMANDU

Berikut ialah senarai kelas lesen memandu mengikut kategori cc engin.Saya percaya ramai bakal pemandu yang kurang faham tentang kelas lesen yang dikeluarkan oleh JPJ.

BIL --KELAS -- KENDERAAN YANG BOLEH DIPANDU/DITUNGGANG.
==== ====== ============================================
1. A Kenderaan orang cacat

2. B Motosikal melebihi 500 cc - motor besar

3. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc - motor kecil atau kapcai.

4. C Motosikal roda tiga - Orang yang jual roti atau aiskrim.

5. D Motokar (BTM- berat tanpa muatan ) tidak melebihi 3000 kg. - kereta

6. E Motokar BERAT (BTM) melebihi 7500 kg.

7. E1 Motokar BERAT (BTM) tidak melebihi 7500 kg.

8. E2 Motokar BERAT (BTM) tidak melebihi 5000 kg.

9. F Traktor / Jentera Bergerak Ringan ( Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg.

10. G Traktor / Jentera Bergerak Ringan ( Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg.

11. H Traktor / Jentera Bergerak Berat ( Beroda) BTM melebihi 5000 kg.

12. I Traktor / Jentera Bergerak Berat ( Berantai) BTM melebihi 5000 kg.

13. M Hukuman Mahkamah.

------------------------------------------------------------------------------------

LESEN VOKASIONAL
================

GDL - Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang

1. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc - motor posmen dan jual roti/aiskrim

2. B Motosikal melebihi 500 cc

3. D Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg

4. E Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg. - lori treler.


PSV - Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam

1. D Van Penumpang / Bas Mini.

2. D Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa

3. E Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg.


Sekiranya anda nak memohon lesen memandu,boleh lah rujuk pada senarai ini.Selepas itu boleh hubungi saya untuk proses pendaftaran.
Terimakasih!

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, June 04, 2008

KENAPA ENGIN KERETA SAYA SELALU MATI KETIKA SAYA BELAJAR MEMANDU KERETA?

Masalah ini adalah satu dilema bagi pemandu yang baru belajar kereta lebih-lebih lagi pada hari pertama.Tetapi kenapa eh?Kenapa bila nak gerakkan kereta je engin mati tiba-tiba? Geram dan letih betul kan? Sampai naik pening kepala fikir apa yang berlaku.

Baiklah..Ini tips mudah dari saya untuk pelajar yang selalu berdepan masalah ini.

Kereta boleh bergerak dengan adanya minyak petrol,pedal clutch,pedal minyak dan juga gear.Ini cara paling mudah nak faham pasal nak gerakkan dan berhentikan kereta.

1. Pusing kunci dan hidupkan engin.OK? Bermakna ada minyak petrol kereta tu dan engin tidak ada masalah.

2. Nak bagi kereta bergerak? Kena guna gear 1.
Sudah tentu kena tekan pedal clutch sehingga jejak kelantai baru gear mudah dimasukkan ke slot gear 1.Dah ok?

3. Nak gerakkan? Pedal clucth diangkat sedikit sehingga terasa body kereta dah mula nak bergerak ke depan.Tekan pedal minyak sikit nak bagi kereta bergerak stabil.Tak perlu tekan banyak sangat.Agak-agak dah boleh bergerak.Kira oklah dan baru lepaskan pedal clutch sepenuhnya.Kawal steering dan tukar gear 2 bila dah stabil kelajuannya.

4. Nak berhentikan kereta? Tekan pedal clutch sepenuhnya terlebih dulu.Baru tekan pedal brek perlahan-lahan dan sebaik berhenti tekan brek dengan penuh.Bebaskan gear.


Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar sehingga kerap mati engin ialah:
==========================================================

1. Sudah masuk gear 1 dan kereta baru nak mula bergerak,kaki kiri yang tekan pedal clutch diangkat penuh dan mengejut.Sedangkan kaki kita perlu tahan sedikit kat pedal clutch sementara nak bagi kereta bergerak stabil.
Bila sudah bergerak stabil barulah lepaskan sepenuhnya.


2. Ketika nak berhenti,kita terus tekan pedal brek dengan mengejut.Sepatutnya kita tekan pedal clutch dulu kemudian baru tekan pedal brek.Kemudian bebaskan gear dulu sebelum lepaskan kedua-dua kaki.


Nota: Saya menggunakan gaya bahasa yang simple dan bersahaja untuk pelajar faham dengan cepat. Cara ini hanya sesuai untuk pelajar yang betul-betul dah hampir putus asa sahaja.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Monday, June 02, 2008

APA NAK BUAT BILA DIRI ANDA BERADA DALAM TERTEKAN SEBELUM DAN KETIKA MEMANDU

Perasaan tertekan atau stress negatif adalah suatu keadaan yang normal pada setiap orang masa kini.Pelbagai perasaan dan tekanan negatif yang datang dalam hidup semua orang.
Yang membezakan kita ni normal atau kurang normal atau tidak normal langsung ialah penerimaan dan pemikiran kita terhadap apa jua masalah tersebut.Macamana kita nak handle.

Kenalilah masalah kita,ketahuilah puncanya dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik dan tidak menyusahkan diri kita dan juga orang lain.

Saya nak kaitkan kita memandu dan stress yang dah sedia ada dalam diri kita. Saya bagi tips mudah terlebih dulu sebelum saya kongsikan yang lain-lain tentang stress.

1.Jika kita dah memang stress hingga jiwa jadi kacau ketika mula nak memegang steering atau ketika memandu,sila paksa diri untuk berhenti di mana-mana tempat yang boleh kita berehat seketika.Tak perlu tunggu orang lain ingatkan diri kita untuk berhenti.Lakukan sendiri.

Berhenti dengan selamat dan keluar dari kereta.Regangkan otot-otot dan relaxkan otak kita dengan melihat dan menghargai alam disekitar di depan mata anda ketika itu.Hargailah apa yang kita ada dan terimalah diri kita seadanya walau apapun masalah dan seberat manapun bebanan yang kita hadapi dan alami ketika itu.Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk menarik nafas dengan selesa dan masih diberi nyawa.

Tariklah nafas anda perlahan-lahan dan dengan teratur,pejamkan mata dengan relax,bayangkanlah dan rasakanlah kenikmatan hidup ini tanpa apa-apa bebanan untuk seketika itu.Lepaskan perlahan-lahan secara teratur dan ulang 2 atau 3 kali cara yang sama.
Pastinya tubuh kita akan dapat jumlah oksigen yang cukup membuatkan kita terasa lega dan relax seketika.Stress kita pun menurun.Boleh lah pegang steering semula! Boleh lah berada di jalanraya bersama-sama pengguna jalanraya yang lain.

2. Cara yang kedua,apa kata kalau kita berhenti rehat.Minum nescafe ke atau kopi panas ke.Cari tempat duduk dan kita minum dulu.Tak payah lah hisap rokok pulak.Oksigen memang tak cukup nanti sedangkan otak kita perlu oksigen yang cukup barulah boleh berfikir dengan baik.

Sambil tanya diri apa yang payah sangat dengan diri kita ni sampai boleh jadi stress sebegitu. Cuba renung diri sendiri dan fikir dengan relax.Cari apa sebenarnya masalah yang membebankan kita.Senaraikan atas kertas satu persatu jika boleh di masa itu juga.Tak kisahlah berat macamana pun.
Dengan cara itu barulah kita tahu dengan jelas daripada memikirkan tanpa tahu secara terperinci apa masalah kita sebenarnya.Cari pulak punca masalah itu.Dah tau puncanya? Bagus!
Cuba senaraikan beberapa alternatif penyelesaian yang terbaik tanpa menyusahkan.Tak kisahlah berjaya atau tidak.Yang penting kita sudah ada sedikit kelegaan dan kekuatan.Pasti kita akan rasa satu kelainan dalam diri kita yang sedang dilanda stress.

Percayalah!Teknik melegakan stress ini mampu 'merelaxkan' kita untuk sementara ketika memandu.Nak cuba? Kita boleh cuba sekali bila-bila masa yang kita rasa sesuai.Ianya tidak mengambil masa kita yang panjang dalam perjalanan.Cukup untuk 15 minit sahaja!

Mengapa tips stress saya macam sebegini rupa? Sebabnya ialah kita tetap akan memandu walaupun diri kita dalam keadaan stress.Dalam keadaan stress,sudah tentu minda kita akan bekerjasama dengan anggota kita yang mengawal kenderaan untuk melakukan apa saja tindakan spontan yang mana dilahirkan dalam bentuk cara & gaya pemanduan yang beremosi garang. Sudah tentu akan membahayakan diri kita dan pengguna jalanraya yang lain.

Berbanding dengan gaya dan cara memandu jika emosi kita berada dalam keadaan yang kurang stress,agak relax dan terkawal.Kita mampu berfikir dan memandu secara normal dan bertimbang rasa.Maka kuranglah sikit peratus kemalangan dan kematian di jalanraya akibat stress.

Kita jangan lupa tentang satu perkara penting ketika kita berada di jalanraya walau dimanapun kita berada.NYAWA KITA BERNILAI DALAM KIRAAN SAAT SAHAJA! Kerana itulah pengiraan jarak dan peraturan di jalanraya bukan dalam kiraan minit atau jam tetapi dalam kiraan saat!
Contohnya: Jarak kita mengekori kenderaan hadapan kita adalah 2 saat dan peraturan memotong kenderaan ialah hanya 12 saat sahaja!


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Thursday, May 22, 2008

MARKAH PENUH UJIAN MEMANDU DI JALANRAYA UNTUK KERETA

Seperti yang dijanjikan semalam,berikut adalah 20 markah penuh yang terdapat dalam borang pengujian JPJ untuk ujian memandu kereta di jalanraya.

BAHAGIAN 3:

==========


Markah 1 ->
- Membetulkan tempat duduk.

Markah 2 ->
- Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.

Markah 3 ->
- Pakai talipinggang keledar.

Markah 4 ->
- Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar.

Markah 5 ->
- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.

Markah 6 ->
- Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.

Markah 7 ->
- Guna brek kaki dan tangan dengan betul.

Markah 8 ->
- Mematuhi peraturan lampu isyarat.

Markah 9 ->
- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.

Markah 10 ->
- Mematuhi peraturan garisan dua selari.

Markah 11 ->
- Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.

Markah 12 ->
- Memandu kenderaan di jarak yang selamat.

Markah 13 ->
- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.

Markah 14 ->
- Mematuhi had laju.

Markah 15 ->
- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal.

Markah 16 ->
- Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul.

Markah 17 ->
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas.

Markah 18 ->
- Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.

Markah 19 ->
- Memandu secara tidak merbahaya.

Markah 20 ->
- Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan.

Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Semua markah ini akan diperiksa satu persatu oleh pegawai penguji ketika anda sedang memandu di jalanraya.Jika anda tidak terkial-kial,tidak panik,boleh mengawal kereta dan menggerakkan kereta dengan baik dan tidak merbahaya,insyaAllah peluang anda untuk lulus sangat tinggi.Pastikan anda boleh membuatkan pegawai penguji di sebelah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat dari mula anda bergerak hingga anda memberhentikan kereta di tempat penamat ujian.
Tetapi awas,jika dari mula anda menggerakkan kereta lagi,degupan jantung pegawai penguji berdegup kencang dan dia berasa sangat tidak selamat berada di sebelah sebagai penguji dan juga sebagai penumpang pertama anda,maka peluang anda untuk digagalkan sangat-sangat tinggi.
Oleh itu pastikan anda memandu dengan selamat dan mengikut arahan dan peraturan yang telah diajar oleh pengajar memandu ketika sesi ujian JPJ.Berlatihlah bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik sahaja.Tidak ada istilah cobaan ketika hari ujian!Selamat berjaya kepada anda yang akan diuji.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, May 21, 2008

KENAPALAH SAYA BANYAK KALI GAGAL UJIAN JALANRAYA ?? TAK TAHU NAK BUAT MACAMANA DAH....

Kalau baca tajuk memang kesian saya mendengarnya.Tetapi walaumacamanapun,saya cuba memberi jalan yang terbaik untuk mengurangkan tahap kesedihan anda itu.
Sebelum kita terus-terusan melayan perasaan kecewa yang sudah tentu susah hendak dilayan,apa kata kita tengok dulu markah yang telah diberikan oleh penguji JPJ dalam keputusan ujian yang telah diberikan kepada anda.Kita baca dulu coretan-coretan atau komen yang telah ditulis oleh penguji JPJ.

Analisa yang biasa saya lakukan ialah meneliti terlebih dahulu perkara apa yang menyebabkan pelajar digagalkan.Di dalam borang pengujian terdapat 20 markah yang setiap satunya akan ditanda betul jika anda melakukan dengan betul ketika memandu di jalanraya.
Jika anda tidak melakukannya kotak markah itu akan ditanda pangkah.Ini bermakna anda sudah membuang markah.Sekiranya markah itu bukan kesalahan mandatori,markah akan ditolak satu.Tetapi jika markah yang ditanda itu adalah kesalahan mandatori ( kesalahan besar),secara automatik anda telah dianggap gagal serta merta.

Di sinilah letaknya kefahaman anda yang lebih jelas mengapa anda telah digagalkan.Semasa peringkat awal latihan anda perlu membezakan dan mengetahui kesalahan kecil dan juga kesalahan besar yang dianggap gagal serta merta.
Anda perlu faham dan kenal pasti betul-betul perkara apa yang boleh anda buat dan perkara apa yang anda tidak boleh buat ketika memandu di jalanraya.

Contoh-contoh kesalahan kecil yang mana markah akan ditolak satu.
====================================================
1. Anda tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi atau tidak.
2. Anda berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek semasa menunggu.
3. Anda tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.


Contoh-contoh kesalahan mandatori ( gagal serta merta ):
============================================
1. Anda tidak tarik brek tangan dan bebaskan gear ketika berhenti di simpang tiga.
2. Anda terus memandu walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Anda melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Tidak memberi isyarat ketika hendak membelok dan memotong.


Ini adalah sebahagian dari kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar ketika menduduki ujian praktikal JPJ.Jadi untuk mengelakkan dari anda digagalkan,anda kenalah faham dengan betul tentang kesalahan-kesalahan kecil dan mandatori.Saya akan sambung kemudian tentang semua markah yang telah ditetapkan dalam ujian jalanraya.
Walau apapun anda janganlah cepat berputus asa.Apabila anda gagal, secara automatik anda telah belajar banyak ilmu tentang pemanduan di jalanraya kerana anda akan berlatih lagi dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama kerana ianya merbahaya.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tuesday, May 20, 2008

Langkah Memperolehi Lesen Memandu

Lesen Kereta,Motosikal dan Lori
===========================================
1. Kursus KPP 

2. Ujian Undang-Undang Berkomputer :
Boleh diduduki selepas menghadiri kursus KPP dan rekod telah dikemaskini dalam sistem.
Tempahan ujian wajib dibuat lebih awal melalui pejabat.
Masa : 8:30 a.m hingga 4.00pm.
Tempoh ujian :
ujian warna - 3 minit
ujian penglihatan - 2 minit
ujian undang-undang - 45 minit.
Bayaran RM10 wajib dibayar oleh setiap orang ketika hendak mengambil ujian untuk bayaran foto digital.Kegunaannya sebagai rekod di dalam sistem JPJ.

3. Kursus TEORI & AMALI

Boleh dihadiri hanya selepas anda lulus ujian undang-undang sahaja.
Sekiranya lesen yang hendak dipohon adalah lesen kereta dan motosikal,anda wajib menghadiri kursus Teori & Amali untuk kelas yang berbeza pada hari yang berlainan.

4. Pengeluaran lesen belajar L akan dikeluarkan biasanya dalam tempoh seminggu dari tarikh kehadiran kursus Teori & Amali.

5. Latihan Belajar di Litar:
Boleh mula berlatih selepas lesen belajar L anda dikeluarkan.

6. Ujian Penilaian - QTI.

Ujian ini boleh diduduki selepas belajar sekurang-kurangnya 9.5 jam di kedua-dua bahagian iaitu di litar dan jalanraya.
Anda wajib menduduki ujian ini untuk menilai kebolehan dan kemampuan anda untuk menduduki ujian praktikal JPJ.
Anda akan diuji oleh pegawai penilai QTI di institut memandu.


7. Tempahan ujian wajib dibuat sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh ujian praktikal JPJ oleh pihak institut memandu.

8. Ujian Praktikal JPJ 

Nota:  Tempoh paling awal untuk melayakkan anda menduduki ujian praktikal JPJ ialah tarikh lesen L anda telah cukup atau melebihi sebulan.

9. Pengeluaran lesen percubaan P atau lesen CDL akan dikeluarkan apabila anda lulus kedua-dua bahagian yang telah diuji oleh pengawai penguji JPJ.Biasanya dalam tempoh seminggu dari tarikh ujian.


Nota:
=====
1. Prosedur yang diatas adalah untuk pemohon lesen baru sahaja.
2. Kepada pemohon lesen tambah kelas:
Anda tidak perlu lagi menghadiri perkara no.1 dan no.2 diatas.Anda boleh terus ke perkara no.3 kerana sebelum ini anda telah memiliki lesen penuh samada lesen motor atau kereta atau lori.

3. Kadangkala berlaku masalah ketika proses pendaftaran KPP atau ujian Undang-undang atau Teori & Amali pengesahan cap jari tidak dapat dilakukan kerana mykad anda tidak boleh dibaca atau rosak atau anda pemohon lesen tambah kelas atau pemegang pasport.
Untuk memudahkan proses pengesahan cap jari anda perlu membeli smart kad yang terdapat di institut memandu yang berkenaan.Sila rujuk kepada petugas.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, May 14, 2008

UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA

Setiap orang yang akan diuji ketika ujian praktikal JPJ akan melalui ujian bahagian 3 iaitu ujian memandu di jalanraya.Saya lebih suka memberi tips apakah markah yang boleh kita perolehi dengan mudah sebelum kita menggerakkan kereta ke jalanraya.

Berikut ialah tips dan perkara yang perlu dibuat oleh setiap pemandu.Sila jangan buang markah bonus ini walaupun satu markah kerana ianya terlalu mudah untuk diperolehi.Buat sahaja anda dah boleh dapat markah.Anda tak nak buat dan malas nak buat bermakna anda akan kerugian markah dan peluang untuk anda gagal sangat tinggi.

Perkara yang perlu dibuat:
===================

Sebaik nombor giliran anda dipanggil oleh penguji JPJ,anda dengan muka manis dan bersopan sila masuk ke dalam kereta dan ucaplah kata manis dan salam kepada penguji.

1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.Anda wajib lakukan walaupun anda rasa kedudukan kerusi anda sudah ok dan sesuai.
Ini untuk menunjukkan yang anda memang membuat pemeriksaan dan tahu macamana nak laraskan tempat duduk. Anda dah dapat satu markah.Mudahnya kan!

2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
Kemudian minta izin penguji untuk membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Takut terkena badan penguji ketika kita mengalihkan tangan kita.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri. Anda dah boleh dapat markah kedua!

3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas.Jika anda terlupa memakai tali pinggang keledar sehingga balik,peluang untuk anda gagal sangat tinggi. Jangan lupa tau! Faktor keselamatan dan boleh disaman jika di jalanraya. Ini markah ketiga anda!

4. Jika engin kereta mati,sila pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.Boleh jadi macam kereta kuda pulak nanti! ini markah keempat anda!

5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.
Anda dah boleh dapat markah kelima.Mudah sangat kan?


Inilah perkara asas yang perlu anda buat sebelum mula bergerak ke jalanraya.Senang sangat nak dapat 5 markah yang terawal.Kalau anda tak nak buat,markah anda akan ditolak satu persatu.Jangan buang markah! Rugi!

Friday, May 09, 2008

BOLEH KE SAYA MENDAFTAR DAN BELAJAR MEMANDU SEDANGKAN SAYA LANGSUNG TAK PERNAH MEMANDU SENDIRI?

Saya percaya ramai yang berada di luar sana yang masih takut-takut nak memohon lesen memandu apatah lagi nak belajar memandu disebabkan perasaan yang ketakutan bagaimana hendak menggerakkan kereta ketika hari pertama belajar nanti sedangkan diri anda langsung tak tahu macamana nak hidupkan engin kereta,macamana nak gunakan gear dan kawal stering.Betul tak?
Ini fenomena biasa bagi bakal pemandu baru.Tetapi percaya tak anda kebanyakan pelanggan saya yang datang belajar terdiri dari orang yang langsung tidak pernah mengenal alat kawalan dalam kereta apatah lagi nak menggerakkan kereta tersebut dan pada hari ujian praktikal JPJ ramai dari mereka yang lulus dengan sekali ujian sahaja dan tidak perlu menambah jam belajar.Hanya setakat 9 jam belajar sahaja!Ini adalah realiti dan bukan hanya cakap-cakap kosong.
Mengapa dan bagaimana mereka boleh lulus dengan sekali ujian sahaja? Jawapannya sungguh mudah.Selepas dapat lesen L,anda terus buat jadual belajar dan terus belajar dan ikuti dan fahamilah dengan betul perkara asas yang diajar oleh tenaga pengajar.Sekiranya masih kurang faham dan kurang jelas sepenuhnya,sila tanya jangan jemu dan jangan malu serta jangan takut dimarahi.
Apa yang penting ialah ilmu dan cara yang betul mengawal kereta tersebut.Apa perkara yang boleh dan apakah perkara yang tidak boleh dibuat ketika memandu kereta.
Perkara asas terdiri dari pengetahuan tentang undang-undang lalulintas di jalanraya contohnya apa nak buat ketika menghampiri simpang tiga atau menghampiri bulatan atau bagaimana nak memperlahankan kereta.Bagaimana hendak mengawal pergerakan kaki di pedal clutch,brek dan minyak supaya kereta perlahan dan berhenti dengan cantik tanpa mengejut dan engin tidak mati.Ini semua akan diajar ketika sesi belajar dengan tenaga pengajar.
Jadi nasihat saya kepada pelanggan yang takut-takut atau ragu-ragu,anda boleh mendaftar dahulu dan mengikuti kursus dan ujian undang-undang serta mengikuti sesi bengkel mengenal kereta.Selepas itu lesen belajar L akan dikeluarkan dan anda boleh mula diajar sepenuhnya tentang cara-cara memandu dengan betul dan selamat.

Daftarlah segera jangan bertangguh lagi sementara anda masih kelapangan dan mempunyai budget kewangan yang mencukupi ketika ini.Jika anda berada dalam kawasan yang saya sebutkan,silalah mendaftar dan buat pertanyaan melalui hadir sendiri atau menelefon atau sms ataupun chatting dengan saya di ruangan chat.
Jangan tunggu lama-lama!

Tuesday, May 06, 2008

SAYA TELAH DISAMAN OLEH POLIS.BOLEH KE SAYA MEMOHON LESEN MEMANDU SEBELUM SAYA BAYAR SAMAN?

Berdasarkan kepada pengalaman yang ada,ramai pelanggan saya yang hendak memohon lesen memandu tetapi mereka telah mempunyai saman yang banyak sebelum ini.Jadi mereka nak tahu boleh atau tidak mereka mendaftar dan mengikuti kursus dan ujian.
Biasanya saya akan memeriksa rekod dan butir-butir saman yang dimiliki dan membuat semakan secara online melalui rekod POLIS dan JPJ.Sekiranya saman masih baru biasanya peluang untuk pelanggan tiada masalah ketika proses memohon lesen kerana rekod melalui no.kad pengenalan mereka belum lagi disenaraihitamkan.Jadi pelanggan saya masih boleh mengikuti kursus dan ujian tanpa halangan.
Tetapi sekiranya pelanggan telah disenaraihitamkan dan menyebabkan mereka tidak boleh menjalani ujian,saya memberi nasihat supaya mereka menjelaskan bayaran saman tersebut mengikut mana dulu yang telah disenaraihitamkan.Selepas itu,mereka boleh menjalani ujian seperti biasa.
Jadi sekiranya anda di luar sana yang masih takut-takut atau khuatir sebab anda telah disaman,sila buat pertanyaan dan semakan terlebih dahulu dan terus mendaftar segera sebelum nama anda disenaraihitamkan di JPJ.
Tidak perlu tunggu hingga nama anda disenarihitamkan.Permudahkanlah urusan anda di jalanraya dengan memiliki lesen memandu yang sah.Jimatkanlah duit anda dari membayar saman sedangkan anda mampu memiliki lesen memandu.

Tuesday, April 29, 2008

LESEN TAMBAH KELAS LORI E DAN GDL LORI BERSENDI

Kepada sesiapa yang ingin menukar kerjaya sekarang kepada pemandu lori bersendi iaitu lori yang membawa barangan berat menggunakan treler  muatan sama atau melebihi 7500 BDM.Ini adalah peluang baik untuk anda memulakan kerjaya yang agak lumayan pendapatannya.

Pemegang lesen E dan GDL lori bersendi mempunyai peluang yang amat tinggi sebagai Pemandu Lori dengan mana-mana syarikat pengangkutan untuk memperolehi gaji dan elaun yang mencecah sehingga RM5000 sebulan jika anda rajin bekerja dan sabar.

KAWASAN KURSUS DAN UJIAN : Anda boleh pilih atau daftar dimana-mana institut memandu atau sekolah memandu yang terdapat di seluruh Malaysia.

Syarat-syarat mudah untuk pemandu lori ini ialah:

1. Pemegang lesen D - CDL sahaja.
Pemegang lesen P tidak dibenarkan memohon.

2. Berumur 21 tahun keatas.

3. Sihat fizikal dan mental.

4. Membuat pemeriksaan doktor di mana-mana klinik.

---------------------------------------------------------

Langkah Yang Perlu dilalui untuk memohon lesen E.

1. Daftar dan buat bayaran.
2. Menghadiri kursus Teori & Amali E selama 6 jam.
3. Pengeluaran lesen L - E
4. Latihan memandu lori di litar.Ada 2 bahagian iaitu:
bahagian 2( mendaki bukit & parking)dan bahagian 3(ujian memandu di jalanraya).
5. Ujian Percubaan - QTI
6. Ujian Praktikal JPJ.Ada 2 bahagian iaitu:
bahagian 2( mendaki bukit & parking)dan bahagian 3(ujian memandu di jalanraya)
7. Pengeluaran lesen E.

Langkah Yang Perlu dilalui untuk memohon lesen  GDL kelas E bersendi.

1. Menghadiri kursus GDL
2. Ujian Undang-Undang Bertulis GDL. Markah minimum lulus ialah 42/50.
3. Latihan memandu lori treler.
4. Ujian praktikal JPJ.


INFO: 
Kepada sesiapa yang membaca blog saya ini,yang terdiri dari mereka yang mengendalikan dan menguruskan semua urusan di atas ini secara sah dengan mana-mana institut memandu atau sekolah memandu.
 Saya memberi peluang kepada anda untuk mengiklankan perkhidmatan anda melalui blog saya secara percuma samada dengan memberikan nama dan tempat anda beroperasi serta no.telefon anda di bahagian reply. Jika perlu,saya akan senaraikan iklan anda di ruangan ini.

Pastikan anda memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menepati kehendak pelanggan anda.


Berkenaan harga untuk mendapatkan lesen E dan GDL E bersendi adalah tertakluk kepada harga semasa yang berlegar sekitar RM1000 sehingga RM1200 mengikut kelas yang diperlukan.
Apapun anda boleh berbincang dan membuat survey harga mengikut harga yang sepatutnya.
Ini kerana ada beberapa step yang perlu dilalui oleh bakal pemandu ini.

Berbanding GDL kelas D hanya perlu menghadiri kursus dan ujian undang-undang GDL sahaja.

Untuk makluman harga lesen lori E dan lori GDL E,adalah tidak sama dengan harga GDL kelas D iaitu lori kecil yang muatan 3 tan.
Jika GDL kelas D,biasanya memang tak sampai RM300.

Monday, April 28, 2008

ANDA GAGAL UJIAN UNDANG-UNDANG LAGI??

Ujian undang-undang adalah salah satu ujian yang wajib dilalui oleh semua pemohon lesen memandu yang baru.Ujian ini adalah ujian dalam bahagian 1 yang mana setiap pemohon lesen memandu wajib lulus sekurang-kurangnya 42 dari 50 soalan keseluruhannya.Ini bermakna pemohon tidak boleh salah lebih dari 8 soalan.
Kenapa anda masih gagal juga walaupun sudah membaca dan menghafal soalan dalam buku soalan yang telah diberikan? Ini adalah terlalu subjektif untuk diterangkan mengapa anda masih gagal.Kebiasaannya anda hanya membaca dan menghafal tetapi kurang faham apakah maksud dan kehendak soalan semasa hari ujian.Begitu juga anda keliru dengan kehendak soalan dengan 4 jawapan yang anda fikirkan hampir sama.Apa yang dikehendaki ialah anda perlu memberikan jawapan yang paling tepat.
Sebaik-baiknya anda hendaklah memahami sepenuhnya tentang peraturan,papantanda,sistem mata demerit dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan undang-undang lalulintas.
Anda perlu banyak membaca buku-buku yang disediakan dan fahamilah serta banyakkanlah membuat latihan menjawap soalan.
Semoga anda tidak berputus asa dan selamat berjaya!

Saturday, November 24, 2007

Langkah-langkah Untuk Memiliki Lesen Tambah Kelas Lori E

1. Telah memiliki lesen D.
( Pemegang lesen P tidak layak )

2. Daftar di pejabat dan membuat bayaran.Hubungi no.telefon seperti yang disediakan.

3. Menghadiri kursus Teori & Amali E selama 6 jam.( Kehadiran adalah diwajibkan )

4. Pengeluaran lesen belajar L kelas E.

5. Latihan belajar memandu lori di litar.
Belajar 2 bahagian iaitu bhg 2( mendaki bukit ) dan bhg 3( memandu di jalanraya ).

6. Ujian percubaan QTI untuk menilai dan menentukan anda layak untuk membuat tempahan ujian JPJ.

7. Ujian JPJ.Ada 2 bahagian akan diuji seperti yang telah dipelajari di litar.
Tarikh ujian JPJ hanya layak sekurang-kurangnya tarikh lesen L telah cukup sebulan
atau lebih.

8. Pengeluaran lesen kelas E.

Markah untuk ujian praktikal motosikal

UJIAN TERDIRI DARI 3 BAHAGIAN IAITU:
================================

1.Bahagian 1 - Ujian Undang-Undang atau Teori
- Minimum markah lulus = 42/50.

2. Bahagian 2 - Ujian Praktikal.Ada 5 olahgerak.
- Membuat pusingan angka 8 sebanyak satu setengah pusingan.Mesti lulus.
- Meniti diatas titi.Masa minimum = 7 saat.Mesti lulus.
- Melalui kon.Mesti lulus.
- Membrek kecemasan.Mesti lulus.
- Menunggang diantara 2 selekoh tajam.Mesti lulus.
- Markah minima lulus = 16/20.

3. Bahagian 3 - Ujian Praktikal
- Menunggang di pelbagai bentuk dan situasi jalanraya.
- Markah minimum lulus = 12/14 untuk motor B2 dan 13/15 untuk motor B.

Markah untuk untuk ujian praktikal kereta

UJIAN TERDIRI DARI 3 BAHAGIAN IAITU:

1.Bahagian 1 - Ujian Undang-Undang atau Teori
- Minimum markah lulus = 42/50.

2. Bahagian 2 - Ujian Praktikal
- Mendaki bukit.Mesti lulus.
- Meletak kereta secara masuk undur dan belok.Mesti lulus.
- Membuat pusingan 3 penjuru.Mesti lulus.

3. Bahagian 3 - Ujian Praktikal
- Memandu di pelbagai bentuk dan situasi jalanraya.
- Markah minimum lulus = 16/20.

Tips untuk markah bahagian 2 dan bahagian 3 akan disambung..

Friday, November 23, 2007

KENAPA ANDA GAGAL UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA?

Kebiasaannya,calon yang gagal ketika menjalani ujian praktikal di jalanraya akan mempersoalkan kenapa mereka digagalkan.Pastinya calon yang gagal ini akan mengatakan penguji JPJ tidak memberi peluang kepada mereka untuk lulus.itulah fenomena yang selalu berlaku pada hari ujian praktikal.Siapalah yang nak gagal ye tak??...
Tetapi walau apapun keputusan yang diterima,anda sendiri yang dapat merasai sejauhmana kemahiran anda mengawal kereta ketika di jalanraya.
Semua calon yang hendak diuji semestinya telah melalui proses latihan memandu yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ dengan bantuan tenaga pengajar dari institut dan sekolah memandu yang berkelayakan.
Sebagai bakal pemandu baru yang akan memandu di jalanraya,anda harus ingat bahawa untuk mendapatkan tempoh menyesuaikan dan memahirkan anda untuk berada bersama-sama dengan pengguna jalanraya yang lain,bukanlah boleh dalam sehari dua atau seminggu.Ia mengambil masa bergantung sehebat mana anda belajar memandu.Adakah anda hanya tangkap muat sahaja atau memang anda telah belajar dengan betul dan mempraktikkannya.

Baiklah,topik utama ialah kenapa anda gagal ketika hari ujian...
Kesalahan besar dan membahayakan yang dilakukan ketika ujian ialah seperti berikut:

1.Tidak memakai tali pinggang keledar -- faktor keselamatan.
2.Tidak berhenti di simpang tiga dan jika berhentipun,anda berhenti diatas atau terlebih garisan berhenti.-- faktor keselamatan.
3.Tidak mematuhi peraturan warna lampu ketika berada disimpang yang ada lampu isyarat.-- faktor keselamatan.
4.Tidak memberi laluan pengguna yang berada di sebelah kanan anda ketika di bulatan.Kalau berhentipun,anda berhenti terkehadapan atau di tengah bulatan dan menghalang laluan pengguna yang berada dalam bulatan tersebut.
5.Tidak mengawal stering dengan baik ketika diselekoh dan jalan lurus sehingga berada di tengah jalan dan melanggar garisan tengah sehingga mengganggu kenderaan di sebelah anda.-- faktor keselamatan.
6.Memandu secara berbahaya dengan menukar lorong atau memotong secara tergesa-gesa.
7.Berlaku kemalangan sehingga melanggar apa-apa objek.
8.Memandu melebehi had laju ujian iaitu tidak boleh melebihi 60km/jam.
9.Tidak memberi isyarat lampu seblum keluar/masuk simpang,memotong atau menukar lorong.
10.Gagal memberi isyarat secukupnya ketika memotong.

Ini adalah kesalahan yang biasa dilakukan ketika hari ujian.Jika calon disoalselidik punca gagal dan kenapa mereka digagalkan,biasanya calon akan mengatakan terlupa,panik,tidak cukup latihan dan gementar.
Sebaik-baiknya,calon yang hendak menjalani ujian wajiblah mendapatkan rehat,tidur dan sarapan yang cukup dan lengkap untuk memberi tenaga ketika hari ujian.
Apapun,jangan terlalu kecewa jika anda gagal,sila berlatih dan cuba lagi.InsyaAllah anda akan lulus dan menjadi semakin mahir selepas pelbagai kesalahan yang anda lakukan sebelum ini diperbetulkan.

Thursday, November 15, 2007

Kenapa anda gagal ujian mendaki bukit?

Kali ini akan diperkatakan tentang masalah calon selalu gagal ketika ujian mendaki bukit.
Kebanyakan calon yang gagal ujian mendaki disebabkan:
1. Tayar hadapan tidak mencecah atau kedudukan tayar tidak memasuki garisan kuning .
Tayar mesti berada paling kurang 50% ddidalam garisan kuning.Keadaan ini anda akan diberi peluang sekali lagi untuk mendaki bukit.
Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini menyebabkan anda terus dianggap gagal.

- Punca anda gagal ialah kerana masalah tidak fokus,panik dan tidak tahu apa nak buat ketika menghampiri garisan kuning di puncak bukit.

- Cara yang paling mudah ialah
Anda pandu kereta bergerak lurus dan rapat ke sebelah kanan,fokus kepada kedudukan cermin sisi kanan dan tiang kanan yang pertama.
Kedudukan cermin sisi berada lebih kurang hampir 1 kaki atau sama dengan tiang kanan tersebut.
Ketika ini anda mesti berhenti dengan menekan brek kaki dan pedal clutch serentak.Kedudukan tayar anda pasti berada di atas garisan kuning.
Jangan tengok tayar dulu!
Anda mesti tarik brek tangan dengan ketat dan betul serta bebaskan gear dahulu.
Kemudian lepaskan kedua-dua kaki anda dari pedal.Jengoklah keluar samada tayar hadapan sudah betul kedudukannya.


2. Ketika berhenti di garisan kuning,brek tangan tidak ditarik dengan betul menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50% masuk ke garisan kuning.

Puncanya ialah anda terburu-buru hendak melihat kedudukan tayar hadapan.
Ataupun anda terlalu takut kepada pegawai JPJ yang menguji anda sehingga anda terlupa apa yang patut dilakukan.
Jangan tengok tayar dulu!
Anda mesti tarik brek tangan dengan ketat dan betul serta bebaskan gear dahulu.
Kemudian lepaskan kedua-dua kaki anda dari pedal.Jengoklah keluar samada tayar hadapan sudah betul kedudukannya.

3. Ketika hendak turun ke hadapan,kereta anda terundur ke belakang dan engin kereta mati.

Puncanya kerana anda terburu-buru atau kelam kabut mengawal pergerakan kaki di pedal clutch dan pedal minyak.
Biasanya calon melakukan kesalahn dengan menekan semula pedal clutch atau mengurangkan minyak ketika kereta sudah mula hendak bergerak ke hadapan.
Pedal brek tidak boleh digunakan sama sekali ketika ini!

Sepatutnya ketika ini,calon menekan pedal minyak dan mengangkat pedal clutch lebih kurang 60% ke atas.
Sebaik terasa badan kereta bergegar dan hendak bergerak ke hadapan,tambah sedikit minyak,tahan pedal clutch serta terus turunkan brek tangan serentak.
Kereta anda akan meluncur ke hadapan secara automatik.Perlahankan kereta anda sebaik menuruni bukit.

Secara asasnya calon mesti memahami langkah demi langkah,kawal pergerakan kaki dan kawal lah emosi.Setiap kali latihan hendaklah lakukan yang terbaik begitu juga ketika hari ujian.
SELAMAT BERJAYA!

Saturday, November 10, 2007

KAWALAN ASAS KETIKA MEMANDU DI KAWASAN SELEKOH

Semua pemandu sudah pasti melalui pelbagai bentuk jalanraya seperti jalan lurus,bulatan,persimpangan dan juga selekoh.Kali ini saya ingin berbicara tentang kawalan asas ketika menghampiri selekoh.Tidak semua pemandu benar-benar memahami cara kawalan yang betul ketika di selekoh.Untuk pengetahuan anda yang masih belum mahir,kawalan stering yang kemas amatlah penting ketika berada di selekoh.
Kawalan yang perlu difahami:

1. Kenderaan anda hendaklah diperlahankan sewaktu menghampiri selekoh.
Ini bermakna anda perlu menukar dari gear 5 ke gear 4 dan sebaik-baiknya gear 3.

2. Pedal brek ditekan perlahan-lahan mengikut kesesuaian jalan dan kelajuan anda dan lepaskan pedal clucth sepenuhnya ketika di selekoh.
Anda tidak boleh menekan pedal clutch ketika di selekoh kerana kenderaan anda akan menjadi semakin laju dan tidak dapat dikawal dengan sempurna.
Kenderaan anda akan lebih stabil sekiranya anda melepaskan pedal clucth dan brek sepenuhnya.
Tambahan minyak dengan menekan pedal minyak yang sedikit atau ' nipis' akan lebih menstabilkan pergerakan kenderaan anda.
Tetapi ini perlu berhati-hati untuk mengelakkan anda tertekan minyak yang lebih dan kelajuan bertambah.

3. Kawalan stering hendaklah kemas menggunakan kedua-dua tangan dengan menggunakan teknik tolak dan tarik serta mengikut angka jam 3 dan 9.
Sebagai seorang pemandu yang mahir dan berdisiplin,mereka tidak akan melanggar garisan di tengah jalan.
Keadaan akan menjadi amat berbahaya sekiranya anda rapat ke lorong kanan atau termasuk ke lorong kanan dimana akan berlaku pelanggaran dengan kenderaan di sebelah anda.

4. Penukaran gear tidak digalakkan ketika di selekoh kerana kedua-dua tangan anda perlu mengawal stering .
Penukaran gear hanya boleh dibuat sebelum sampai di selekoh atau selepas selekoh sahaja.

Ini adalah kawalan asas yang sebaik-baiknya ketika di selekoh.

Tuesday, October 23, 2007

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERATURAN JARAK?

Dalam istilah dunia pemanduan di jalan raya,setiap pengguna mestilah memahami peraturan jarak.Untuk maklumat anda semua,sekurang-kurangnya terdapat 2 jenis peraturan jarak ketika menunggang dan memandu di atas jalanraya.

1. Jarak mengekori kenderaan di hadapan kenderaan anda.
- Jaraknya mestilah sekurang-kurangnya 2 saat mengikut kiraan masa.

2. Jarak memotong kenderaan di hadapan kenderaan anda.
- Pengiraannya mestilah termasuk jarak mengekori 2 saat.
- Kemudian masa untuk memotong kenderaan tersebut hanya 8 saat sahaja dan masuk semula ke lorong kiri.
- Selepas memotong,anda mesti memberi jarak untuk kenderaan tadi dengan kenderaan kita dengan kiraan 2 saat juga.
Anda tidak boleh terus memintas dekat di hadapan kenderaan itu kerana ianya amat berbahaya.

Kefahaman dan mengamalkan peraturan ini amatlah penting sekali kepada diri kita dan juga pengguna jalanraya yang lain.Seandainya anda tidak memahami dan mengamalkan peraturan jarak ini,bayangkanlah betapa bahayanya cara anda menunggang dan memandu di jalanraya tanpa ilmu pengetahuan yang lengkap.
Maka tidak hairanlah kemalangan yang disebabkan oleh pelanggaran secara berhadapan ketika memotong begitu tinggi dan selalunya mengakibatkan kecederaan parah serta maut.
Oleh itu belajar dan carilah ilmu tentang peraturan jarak ini secepat mungkin supaya cara anda menunggang dan memandu menjadi lebih selamat ketika berada di atas jalanraya.
Selamat memandu!