Saturday, June 07, 2008

KELAS-KELAS LESEN MEMANDU

Berikut ialah senarai kelas lesen memandu mengikut kategori cc engin.Saya percaya ramai bakal pemandu yang kurang faham tentang kelas lesen yang dikeluarkan oleh JPJ.

BIL --KELAS -- KENDERAAN YANG BOLEH DIPANDU/DITUNGGANG.
==== ====== ============================================
1. A Kenderaan orang cacat

2. B Motosikal melebihi 500 cc - motor besar

3. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc - motor kecil atau kapcai.

4. C Motosikal roda tiga - Orang yang jual roti atau aiskrim.

5. D Motokar (BTM- berat tanpa muatan ) tidak melebihi 3000 kg. - kereta

6. E Motokar BERAT (BTM) melebihi 7500 kg.

7. E1 Motokar BERAT (BTM) tidak melebihi 7500 kg.

8. E2 Motokar BERAT (BTM) tidak melebihi 5000 kg.

9. F Traktor / Jentera Bergerak Ringan ( Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg.

10. G Traktor / Jentera Bergerak Ringan ( Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg.

11. H Traktor / Jentera Bergerak Berat ( Beroda) BTM melebihi 5000 kg.

12. I Traktor / Jentera Bergerak Berat ( Berantai) BTM melebihi 5000 kg.

13. M Hukuman Mahkamah.

------------------------------------------------------------------------------------

LESEN VOKASIONAL
================

GDL - Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang

1. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc - motor posmen dan jual roti/aiskrim

2. B Motosikal melebihi 500 cc

3. D Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg

4. E Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg. - lori treler.


PSV - Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam

1. D Van Penumpang / Bas Mini.

2. D Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa

3. E Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg.


Sekiranya anda nak memohon lesen memandu,boleh lah rujuk pada senarai ini.Selepas itu boleh hubungi saya untuk proses pendaftaran.
Terimakasih!

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

24 comments:

  1. Lesen memandu malaysia masa berlakunya cuma satu tahun kalau di Indonesia masa berlakunya lima tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja Malaysia nak buat lesen jadi 5 tahun 1 tahun RM30 kalau 5 tahun kali 5 x RM30

      Delete
    2. Anonymous8:12 AM

      boleh 5 tahun untuk warganegara..

      Delete
  2. Lesen memandu Malaysia seperti B,B2,D,E tempoh sah laku lesen tersebut boleh diperbaharui 1 tahun sehingga maksimum 5 tahun.
    Hanya tempoh Lesen P ( Percubaan)B,B2 dan D sahaja yang sah untuk 2 tahun.Selepas tamat tempoh percubaan ianya boleh diperbaharui sehingga maksimum 5 tahun.
    Lesen memandu Vokasional sahaja yang perlu diperbaharui setiap 1 tahun.
    Untuk info lebih lanjut sila ujuk laman web JPJ.GOV.MY.
    Diharap dapat membantu anda.

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:51 AM

    Thanks for one's marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you happen to be a great author. I will always bookmark your blog and will often come back from now on. I want to encourage you to definitely continue your great writing, have a nice weekend!

    Also visit my blog :: Ohio Moving

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:34 AM

    Hi, just wanted to say, I loved this post. It was practical.
    Keep on posting!



    optimal stack review

    ReplyDelete
  5. Kalau kita beli motor kuasa besar yang beroda 3, adakah kita perlu ada lesen motor B full atau seperti diluar negara motor jenis ni boleh guna lesen memandu...

    ReplyDelete
  6. kelas memandu M maksud nya apa? boleh terangkan?

    ReplyDelete
  7. Maafkan saya.Jika tak silap lesen memandu pada 6 tahun terdahulu terdapat kelas M.M ialah untuk lesen memandu yang sedang dalam proses hukuman mahkamah selepas didapati melakukan kesalahan mengikut akta JPJ.Lesen dalam status penggantungan dan tidak dibenarkan memandu sehingga habis tempoh hukuman.Selepas itu mungkin dibenarkan memandu.
    Disebabkan saya sudah tidak lagi menguruskan urusan yang berkaitan lesen memandu,saya kurang pasti tentang hal ini sepenuhnya.
    Untuk info lebih tepat sila rujuk ke pihak JPJ.

    ReplyDelete
  8. Helo,sy ingin bertanya kalau lesen kelas D boleh digunakan untuk menunda kenderaan lain ataupun trailer tak?

    ReplyDelete
  9. Tidak boleh sama sekali.Kecuali anda telah memiliki lesen kelas vokasional iaitu GDL.Itupun kena mengikut kelas dan jenis kenderaan yang anda gunakan dan juga kelayakan lesen GDL anda.Sila rujuk dan dapatkan penerangan lanjut di mana-mana institut memandu yang berdekatan utuk maklumat yang lebih jelas.

    ReplyDelete
  10. PSV Van/Bas mini tu boleh pandu bas mini (bas sekolah) yang BTM nya 4500 tak?

    ReplyDelete
  11. PSV Van/Bas mini tu boleh pandu bas mini (bas sekolah) yang BTM nya 4500 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen PSV van dan bas mini boleh digunakan utk bas ini.

      Delete
  12. Nak tanya.. Pernah ada orang apply Class C serta Class I tak? Sebab I hairan nak apply tapi tak oernah nampak adanya orang ada

    ReplyDelete
  13. Mohon penjelasan tuan, kelas lesen apa yang diperlukan untuk memandu bas coaster atau bas mini? Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Lesen untuk bas mini boleh guna lesen PSV kelas D.

    ReplyDelete
  15. Nak tanya sikit..lesen psv kelas D boleh tak bawa bus mini btm 4500kg?

    ReplyDelete
  16. Nak.apply lesen memandu kelas c Boleh ka??

    ReplyDelete
  17. Apakah lesen diperlukan Untuk memandu crane dijalan Raya Malaysia

    ReplyDelete
  18. Apakah lesen diperlukan Untuk memandu crane dijalan Raya Malaysia

    ReplyDelete
  19. Kalau saya cuma ad lesen D boleh tak saya nk buat perkhidmatan towing?

    ReplyDelete
  20. Anonymous6:39 PM

    lesen D kereta boleh bawa lori lecil apa ye

    ReplyDelete
  21. Anonymous6:40 PM

    lesen D kereta boleh bawa lori lecil apa ye

    ReplyDelete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?