Wednesday, September 14, 2011
Penyakit malas digantikan dengan bertindak pantas
Monday, September 12, 2011
Bekerja makan gaji atau berniaga sendiri.
Sunday, September 11, 2011
Kepantasan amat penting dalam kepala seorang pemilik bisnes.
Friday, September 09, 2011
Apa nak buat dengan duit hasil jualan barang kitar semula?
Apa bisnes mudah yang kita boleh jual dengan bahan-bahan ini? OK,buatlah kuih dadar atau karipap dan juallah!
Mudah kan! Sekurang-kurangnya boleh mendapat hasil jualan paling kurang RM 30.Senang kan nak dapat lebihan duit RM 20.Gandakan lagi bisnes itu maka hasilnya tentu bertambah.
Jadi tidak perlu lagi masalah hendak mendapatkan modal dari sumber TEKUN,AIM, ALONG atau dari mana-mana bank.Dan paling penting tak perlu membuat sebarang pinjaman pun!
Bermula kecil dan kemudian gandakan usaha! Insya Allah lebih berbaloi dan lebih berkat.
Ya,idea saya sudah berlari sedikit dari intro permulaan.Namun itulah idea dan realitinya.Apa yang kita boleh buat dengan duit hasil jualan barang kitar semula?Saya sudah tolong fikirkan untuk anda yang kini masih buntu dengan idea bisnes dan modal !
Selamat berusaha dan berniaga.
Thursday, September 08, 2011
Tuesday, September 06, 2011
Kini kembali berniaga sendiri!
Ini fakta yang saya kena faham dan akur.
9/10 dari punca kekayaan datang dari hasil berjual beli .Dan jual beli itu sudah semestinya sah dan halal.
Lebih kurang begitu yang saya faham.Yang lain-lain tu adalah diluar pengetahuan dan diluar penerimaan akal saya.
Selepas mengambil keputusan untuk berehat dan selesaikan masalah bisnes yang memenatkan pada 2009 dulu,saya benar-benar telah keluar dari dunia bisnes itu.
Tempoh itu juga saya telah menenangkan diri saya.Untuk menyambung kehidupan,saya bekerja disebuah syarikat dengan gaji yang cukup untuk saya.
Namun begitu saya telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 14 jam di sana setiap hari kecuali sabtu,ahad dan cuti umum.Biasalah dengan keadaan ini kan..Apapun saya bagi tempoh masa kepada diri saya,cukup hanya setahun sahaja.Selepas itu saya mesti keluar dan mulakan bisnes sendiri .
Dalam diam,saya telah membuat analisa dan mencari punca kelemahan pengurusan bisnes saya dahulu.Memang terdapat cacat cela dan pendapatan bisnes yang kurang teratur.Saya dapat melihatnya selepas saya memberhentikan bisnes itu.
Senang cerita post mortem telah dilakukan! Dan kini saya telah bersedia untuk kembali ke dunia bisnes.
Selepas hari raya aidil fitri yang lalu saya telah berhenti kerja.Keputusan muktamad dan tempoh masa yang saya berikan kepada diri saya telah tercapai.
Pada 05/09/2011,saya telah set up profil dan penubuhan bisnes baru saya.Ianya telah berjaya disiapkan!
Proses seterusnya ialah bertindak mengikut pelan perancangan bisnes yang telah disiapkan.Yang paling berani dan lebih selesa ialah saya menguruskannya sendiri.
Modal adalah yang paling minimum dan tiada hutang dengan sesiapa.Modal adalah hasil dari kenaikan nilai emas fizikal yang saya sempat beli dari duit gaji saya pada Feb 2011.Saya telah jual emas itu dan saya akan ganti beli semula nanti.Memang berbaloi saya membeli emas itu.Alhamdulillah....
Apa yang saya boleh katakan ialah saya selesa membuat bisnes sendiri dengan hasil duit tunai yang diperolehi setiap hari walaupun bisnes sudah beralih kepada bisnes makanan.
Kalaulah dari dulu saya urus duit dengan betul dan bijak..
Semakin hari semakin mendadak naik nilainya!!!
Semangat dan idea semakin mendadak untuk menghasilkan duit dengan cepat untuk membelinya secepat yang boleh. Memang dulu-dulu saya tak pernah mengambil tahu tentang ini.Duit yang ada banyak terbazir begitu saja tanpa perancangan dan pengurusan yang baik.Kalaulah saya tahu dari dulu alangkah bagusnya.. Baru kini saya faham dan bersetuju dengan pendapat pakar kewangan bahawa tabiat menabung dan menyimpan akan memberi kita hasil dan kesenangan untuk jangka panjang.
Hutang.dan pembelian barang yang mudah susut nilai adalah sesuatu yang patut dielakkan. Mana-mana pujukan untuk melabur dalam apapun skim cepat kaya wajib dijauhi sama sekali.
Kini saya hanya mampu memutar sejarah sebagai pengajaran. Kalalulah semua jumlah duit yang pernah saya terima sejak saya mula bekerja dulu disimpan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan mungkin tabungan saya sudah mampu untuk ditukarkan kepada ketulan-ketulan fizikal EMAS setidak-tidaknya EMAS 916 !
Saya kurang berminat dengan akaun simpanan emas atau skim pelaburan emas yang dibuat dalam group. Saya lebih suka beli emas fizikal dan simpan atau rolling semula emas untuk menghasilkan tambahan emas dan duit. Senang cerita saya yang uruskan sendiri tanpa menyusahkan diri dan orang lain. Yang penting nilai emas itu akan membolehkan kewangan saya lebih selesa.Lebih terpenting lagi ialah keselesaan itu akan memberi kemudahan zahir dan batin untuk menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t..Amin...
Hidup dan nyawa entah bila akan berada di titik noktah..Sia-sialah hidup ini jika tuntutan ibadah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya hanya kerana silapnya pengurusan duit.Sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih kekal.
Kisah silapnya pengurusan duit terlalu banyak dan setiap orang pasti ada pendapat dan pengalaman sendiri.Inilah yang menjadi masalah terbesar kepada setiap individu,keluarga,syarikat,pertubuhan malah kepada sesebuah negara! Kesannya SANGAT BESAR dan akan melibatkan banyak pihak secara tidak langsung.
Ini topik yang akan datang. Urus duit kita dengan betul dan bijak walaupun duit kita terima sedikit.
Sunday, September 04, 2011
myMetroMinat ‘Black Hawk Down’
myMetroMinat ‘Black Hawk Down’
MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan.
TEMBUS CERMIN... kenderaan dinaiki Noramfaizul yang ditembak, kelmarin.
MOGADISHU: “Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin.
Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).
Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam.
Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.
Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.
“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja yang tahu nasib saya.
“Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya,” katanya.
Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.
“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.
“Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.
Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.
Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran.
Arwah antara 17 wakil media yang turut serta dalam misi berkenaan.
Berbezakah diantara pemilik lesen memandu yang sah dan mereka yang tanpa lesen memandu
Apa bezanya pengguna kenderaan yang memiliki lesen yang sah berbanding pengguna kenderaan tanpa lesen? Jawapannya lebih kepada ilmu pengetahuan,pendedahan dan undang-undang apa yang boleh dan apa yang tak boleh ketika menggunakan kenderaan di jalanraya.Ini boleh diperolehi melalui kursus,latihan dan ujian yang dihadiri. Namun terdapat juga mereka yang mempertikaikan kewajaran prosedur-prosedur yang wajib dilalui ini. Bagi saya sesiapa yang telah melaluinya boleh mengerti akan kewajarannnya. Saya pasti terdapat jawapan yang agak emosional bagi mereka yang belum memiliki lesen memandu yang sah. Part ni tak dapek den nak tolong yo..Hohooo..Anda akan merasainya sendiri jika anda belajar untuk melalui semua prosedurnya.
Nasihat saya usah mudah terpengaruh dengan cerita pengalaman mereka yang tidak menyukai prosedur ini. Apa yang boleh saya katakan ternyata amat berbeza ilmu dan pendedahan diantara orang yang telah memiliki lesen yang sah berbanding orang yang belum lagi memiliki lesen memandu yang sah. Saya cabar anda untuk melaluinya dengan hati yang terbuka untuk memiliki lesen memandu yang sah.Terlalu banyak perbezaannya dari segi psikologi dan keyakinan diri! Kalaulah anda tahu....
Anda tak percaya? Fikirkan dan cubalah saranan saya ini.Kumpul duit cepat-cepat dan daftar dimana-mana sekolah atau institut memandu yang terdekat dengan anda.
Wednesday, August 31, 2011
Kenapa anda masih tak pandai-pandai belajar memandu kereta.
Ini satu masalah dan persoalan yang selalu bermain di minda pelajar yang baru belajar memandu.Susahnya kan.Tapi betul ke ianya memang susah??
Apa yang menyebabkan anda rasa susah sangat nak memandu kereta.Samada anda tak faham atau memang lambat menerima apa yang diajar.Atau memang pengajar anda memang tak pandai mengajar anda??? hohoo.kenyataan n soalan nak maut ni untuk saya!
Apapun jika anda berada dalam situasi ini,tolong bagitau.saya cuba bagi jalan keluar yang mudah dan menenangkan anda di ruangan komen.
peace no war!
Tuesday, August 30, 2011
NILAI RM KEPINGAN EMAS SIMPANAN MELONJAK
NILAI RM KEPINGAN EMAS SIMPANAN MELONJAK
Salam untuk semua pembaca.
Hari ini saya nak kongsi cerita terkini tentang harga emas dan nilai simpanan emas saya yang tak berapa banyak ini.
Alhamdulillah..syukur kerana percubaan saya membeli 4 keping syiling emas seberat 4.25gram setiap satu telah menghasilkan keuntungan dari kenaikan harga emas dunia yang sedang melonjak kini.
Walaupun pada awalnya saya hanya ingin mencuba untuk membuat simpanan emas berbanding duit tunai.Ternyata eskperimen saya berhasil!
Anda kiralah sendiri begini:
saya telah memiliki 4 keping emas seberat 17gram.
Harga beli dulu Feb 2011 ialah RM 2558.00
Nilai emas saya sekarang Aug 2011 ialah RM 3176.00
Keuntungan nilai emas saya kini ialah Rm618.00
Saya simpan tunai kat tempat lain pun tak pernah lagi dapat dengan nilai ini.
Jadi matlamat saya untuk menambah simpanan emas semakin tinggi dan sememangnya itulah matlamat simpanan untuk pelaburan dan harta yang terbaik.InsyaAllah.
Mulai sekarang setiap sen yang saya terima,akan saya tukarkan kepada emas bila dah cukup tunainya untuk beli kepingan emas yang bersinar itu.
Wow! semoga mendapat rezeki yang diberkati Allah s.w.t.
Marilah belajar menyimpan emas pulak selain dari duit tunai yang semakin susut nilainya.
Ini dia emas dinar yang saya beli dulu.
Monday, August 29, 2011
Esok hari raya!
Salam kepada semua,
Hari ini semakin lengang di kawasan perumahan saya ni.Majoriti orang dah pulang ke kampung halaman untuk berhariraya.Saya masih di rumah.Sebentar lagi akan bergerak ke rumah mak.Tak jauh pun hanya 16 batu dari sini.Hohooo..dokek bonar!
Nak sediakan lemang dan kemudian bermulalah projek bakar lemang petang ni.
Untuk info,saya sangat2 suka membuat lemang! Saya mampu menyediakan sendirian bahan-bahan membuat lemang dan siap membakar lemang sehingga sedia untuk dimakan tanpa bantuan orang lain.Ini kerana saya sangat minat dan sabar membuat lemang.
Mudah je buat lemang ni jika kita ada minat.Lebih-lebih lagi saya akan pastikan sebelum bakar lemang tersebut pulut,garam dan santan yang direndam mesti menghasilkan bau yang harum dan berlemak.Barulah boleh dimasukkan kedalam buluh dan siap untuk dibakar.
Saya sangat suka makan lemang dengan rendang ayam!
Cerita lemang lah pulak kan.Tapi gambar takde nak upload kat blog ni.
apapun selamat pulang ke kampung dengan selamat.
Sunday, August 28, 2011
perjalanan ke selangor melalui lebuhraya ELITE,PLUS
Cerita terkini.Saya baru sampai rumah selepas menghantar seseorang untuk pulang berhariraya di Selangor.Perjalanan pergi dan balik memang lancar.Tiada masalah.Lalulintas terkawal dan kelihatan kebanyakan pemandu berhati-hati semasa memandu.Mungkin terdapat banyak pondok-pondok kecil PDRM yang kelihatan di tepi lebuhraya.....Hohoo!
Apapun diharap keadaan dan sikap pemandu sebegini dapat dikekalkan walaupun selepas pondok-pondok kecil ini hilang. InsyaAllah...
Saya berdoa dan berharap semoga aidil fitri kali ini bilangan kemalangan dan kematian jatuh secara drastik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Impian ini pastinya menjadi impian dan harapan pada setiap orang kan!
Jadi pastikan anda semua mengambil bahagian untuk menjadi pemandu yang berdisiplin,penyabar dan bertanggungjawap kepada semua walau dalam apapun situasi yang sedang anda hadapi.
Ingatlah! Nyawa kita boleh hilang hanya dalam kiraan SAAT sahaja ketika di atas jalanraya.Berhati-hati ye..
Selamat memandu dan selamat pergi dan balik dengan selamat.
Saturday, August 20, 2011
Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Aidil Fitri
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini.
Semoga sihat dan ceria selalu.Saya rasa anda semua dapat ilmu dari info yang saya sediakan ini.
Saya sudah lama tidak dapat memasukkan artikel ke dalam blog saya kerana kesibukan kerja dan projek buku tips memandu yang sangat memenatkan.
Saya harap anda akan sabar menantikan keluaran buku pertama saya ini.
Jangan lupa dapatkan sebuah buku ini untuk panduan anda.Penat tau saya memerah otak untuk menghasilkannya. Hoho...
Apapun selamat menikmati juadah berbuka!
Friday, July 23, 2010
Info terkini
Sunday, September 27, 2009
Kemalangan jalanraya di bulan syawal
KEMALANGAN,KECEDERAAN DAN KEMATIAN DI JALANRAYA DI BULAN PERAYAAN.
Ini adalah tradisi dan bukan lagi sesuatu yang menghairankan.Berita yang sudah menjadi lumrah dan tidak lagi menjadi kejutan kepada semua orang.
Semua orang banyak mengatakan penguatkuasaan,sikap dan tanggungjawap.Bagi saya sebagai pengajar memandu,memang benar itu adalah sebahagian dari faktornya.
Namun yang lebih penting dan faktor yang lebih hampir adalah tekanan emosi dan kawalan emosi pemandu yang berada di atas jalanraya pada ketika mula hendak memasuki,berada di dalam kenderaan masing-masing.
Kemalangan dan kematian tidak boleh diduga dan tidak boleh diramal bila ia boleh berlaku dan sempat atau tidak kita hendak mengelak dari berlaku.
Emosi pemandu yang memandu kenderaan adalah berubah-ubah bergantung pada apa,siapa dan keadaan yang berada di sekitarnya pada ketika itu selain dari kemahiran dirinya memandu.Sikap diri yang baik boleh berubah sebaliknya dalam sekelip mata ketika memandu walau sebaik manapun sikapnya sebelum ini.
Mengapa saya lebih mengatakan emosi sebagai faktor terhampir? Cuba-cubalah fikir,renung dan perhatikan.Yang lebih afdhal ialah buat eksperimen terhadap diri sendiri atau orang yang terhampir dengan kita ketika memandu kenderaan dan lihatlah kebenaran pendapat saya ini.
Saya akan sambung lagi bila berkesempatan.
Salam aidil fitri.Semoga saya dan anda masih dapat membaca artikel yang seterusnya.
Maaf zahir dan batin.
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_7a.gif)

