Tuesday, April 29, 2008

LESEN TAMBAH KELAS LORI E DAN GDL LORI BERSENDI

Kepada sesiapa yang ingin menukar kerjaya sekarang kepada pemandu lori bersendi iaitu lori yang membawa barangan berat menggunakan treler  muatan sama atau melebihi 7500 BDM.Ini adalah peluang baik untuk anda memulakan kerjaya yang agak lumayan pendapatannya.

Pemegang lesen E dan GDL lori bersendi mempunyai peluang yang amat tinggi sebagai Pemandu Lori dengan mana-mana syarikat pengangkutan untuk memperolehi gaji dan elaun yang mencecah sehingga RM5000 sebulan jika anda rajin bekerja dan sabar.

KAWASAN KURSUS DAN UJIAN : Anda boleh pilih atau daftar dimana-mana institut memandu atau sekolah memandu yang terdapat di seluruh Malaysia.

Syarat-syarat mudah untuk pemandu lori ini ialah:

1. Pemegang lesen D - CDL sahaja.
Pemegang lesen P tidak dibenarkan memohon.

2. Berumur 21 tahun keatas.

3. Sihat fizikal dan mental.

4. Membuat pemeriksaan doktor di mana-mana klinik.

---------------------------------------------------------

Langkah Yang Perlu dilalui untuk memohon lesen E.

1. Daftar dan buat bayaran.
2. Menghadiri kursus Teori & Amali E selama 6 jam.
3. Pengeluaran lesen L - E
4. Latihan memandu lori di litar.Ada 2 bahagian iaitu:
bahagian 2( mendaki bukit & parking)dan bahagian 3(ujian memandu di jalanraya).
5. Ujian Percubaan - QTI
6. Ujian Praktikal JPJ.Ada 2 bahagian iaitu:
bahagian 2( mendaki bukit & parking)dan bahagian 3(ujian memandu di jalanraya)
7. Pengeluaran lesen E.

Langkah Yang Perlu dilalui untuk memohon lesen  GDL kelas E bersendi.

1. Menghadiri kursus GDL
2. Ujian Undang-Undang Bertulis GDL. Markah minimum lulus ialah 42/50.
3. Latihan memandu lori treler.
4. Ujian praktikal JPJ.


INFO: 
Kepada sesiapa yang membaca blog saya ini,yang terdiri dari mereka yang mengendalikan dan menguruskan semua urusan di atas ini secara sah dengan mana-mana institut memandu atau sekolah memandu.
 Saya memberi peluang kepada anda untuk mengiklankan perkhidmatan anda melalui blog saya secara percuma samada dengan memberikan nama dan tempat anda beroperasi serta no.telefon anda di bahagian reply. Jika perlu,saya akan senaraikan iklan anda di ruangan ini.

Pastikan anda memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menepati kehendak pelanggan anda.


Berkenaan harga untuk mendapatkan lesen E dan GDL E bersendi adalah tertakluk kepada harga semasa yang berlegar sekitar RM1000 sehingga RM1200 mengikut kelas yang diperlukan.
Apapun anda boleh berbincang dan membuat survey harga mengikut harga yang sepatutnya.
Ini kerana ada beberapa step yang perlu dilalui oleh bakal pemandu ini.

Berbanding GDL kelas D hanya perlu menghadiri kursus dan ujian undang-undang GDL sahaja.

Untuk makluman harga lesen lori E dan lori GDL E,adalah tidak sama dengan harga GDL kelas D iaitu lori kecil yang muatan 3 tan.
Jika GDL kelas D,biasanya memang tak sampai RM300.

Monday, April 28, 2008

ANDA GAGAL UJIAN UNDANG-UNDANG LAGI??

Ujian undang-undang adalah salah satu ujian yang wajib dilalui oleh semua pemohon lesen memandu yang baru.Ujian ini adalah ujian dalam bahagian 1 yang mana setiap pemohon lesen memandu wajib lulus sekurang-kurangnya 42 dari 50 soalan keseluruhannya.Ini bermakna pemohon tidak boleh salah lebih dari 8 soalan.
Kenapa anda masih gagal juga walaupun sudah membaca dan menghafal soalan dalam buku soalan yang telah diberikan? Ini adalah terlalu subjektif untuk diterangkan mengapa anda masih gagal.Kebiasaannya anda hanya membaca dan menghafal tetapi kurang faham apakah maksud dan kehendak soalan semasa hari ujian.Begitu juga anda keliru dengan kehendak soalan dengan 4 jawapan yang anda fikirkan hampir sama.Apa yang dikehendaki ialah anda perlu memberikan jawapan yang paling tepat.
Sebaik-baiknya anda hendaklah memahami sepenuhnya tentang peraturan,papantanda,sistem mata demerit dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan undang-undang lalulintas.
Anda perlu banyak membaca buku-buku yang disediakan dan fahamilah serta banyakkanlah membuat latihan menjawap soalan.
Semoga anda tidak berputus asa dan selamat berjaya!