Selepas memiliki lesen memandu,ramai yang membeli dan memandu kereta auto kerana ianya lebih mudah untuk dipandu lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Kelang atau di bandar-bandar besar yang sesak.
Persoalannya boleh kah anda kembali mahir memandu kereta manual selepas bertahun-tahun memandu kereta auto? Terdapat pemandu yang mahir memandu kedua-dua jenis kereta ini dan terdapat juga yang kurang mahir dan hampir terlupa macamana hendak memandu kereta manual.
TIPS UNTUK MEMANDU KERETA MANUAL
-----------------------------------------------
Usah risau! Mudah sahaja.Cuba kembalikan ingatan ketika anda mula-mula belajar kereta dahulu. Bagaimana hendak menggerakkan kereta anda.Lihatlah ada 3 pedal di lantai kereta anda dan kaki anda hanya ada 2 sahaja. Kaki kiri dan kaki kanan.
Formula mudah.
--> Kaki kiri - Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri.
- Kegunaannya untuk menukar gear.
- Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang
sesuai.
--> Kaki kanan - Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau
Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.
--> Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.
--> Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah
stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.
- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.
- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.
Nota penting:
Sekiranya anda sudah biasa memandu kereta auto dan baru hendak menyesuaikan diri dengan kereta manual,janganlah memandu terlalu laju dan sentiasa berhati-hati ketika mengawal pergerakan kaki dan tangan. Sesuaikan diri anda dengan kereta dan dapatkan keselesaan dengan memandu sambil mengenalpasti kedudukan gear di tangan dan pedal di kaki anda.
Selamat memandu di jalanraya!
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_7a.gif)

assalamualaikum..
ReplyDeleteterima kasih cikgu,
maklumat yg sgt berguna utk pemandu baru..
hanya Allah yg dpt bls jasa baik cikgu,
barakaALLAH =)
baru je lepas bljar mandu kreta dgn abg td. Huhu, garang betoi, tapi best gak.. Trima ksih atas tips ni..
ReplyDeletetrima ksih atas panduan ini,, saya dah lama tak bawa kereta manual dan lupa mcm na nak gunakan clutch,, panduan ini sangat membantu,,
ReplyDeleteSaya baru bjar bawa kereta,sudah belajar 6 jam,tapi masih belum pandai saya rasa saya kurang faham kerana pengajar berbahasa cina,saya akui saya boleh berbahasa cina tapi bukan 100%saya baru belajar cakap saja,tapi bila saya minta untuk bebahasa melayu semasa sesi belajar mereka ckp boleh tapi bila tiba memandu dia akn ulang bahasa,itu membuatkan saya confused ketika memandu,lagi 1 saya dan agen pengajar sebelum ni pernah salahfhm @btelingkah kerana L lisen,saya cuma minta L lisen dikembalikan,tapi pihak agen menolak keras,mengatakan salah jika pelajar memandu meyimpan sendiri L,boleh disaman,jika didapati memandu,saya tidak berniat nak belajar memandu sendiri cuma nak ambil balik l lisen sebap nak tukar agen lain,cuma saya tak nak bagi tau dia,yang saya tak pham kenapa lain ejen cakap lisen L kita boleh simpan sendiri,tapi agen saya cakap tak boleh,menyebabkan timbul salah faham antara kami,seterusnya sesi belajar tegang sedikit kerana agen sering ulang masalah saya,menbuatkan saya hilang minat belajar walaupun memandu penting dalam hidup saya,
ReplyDeleteUntuk info semua.Lesen L ialah lesen belajar memandu.Ia wajib dibawa dan disimpan oleh PELAJAR seperti membawa kad pengenalan.Tiada orang lain boleh menyimpannya walaupun ejen yang menguruskan anda belajar.Dengan syarat bayaran telah dijelaskan sepenuhnya untuk proses sehingga lesen L siap.Jika sudah anda memang boleh menyimpan lesen L itu.
DeleteJika bayaran setakat lesen L belum selesai,memang ejen selalunya akan simpan sehingga bayaran diselesaikan.,
Pastikan anda membawa lesen L dan lesen L mesti sah tempoh semasa belajar memandu.
Lesen L TIDAK BOLEH DIGUNAKAN jika anda memandu kereta selain dari kereta belajar memandu.Jika ditahan pihak JPJ atau POLIS,anda pasti akan disaman.
Hanya pemegang lesen L motosikal sahaja yang boleh menggunakan lesen L diluar tetapi tidak boleh membawa pembonceng dan stiker L wajib ditampal.
Harap membantu anda.
saya nak tanya..saya blajar kereta..dan masih ada 8 jam sesi pembelajaran lagi..pada 2jam pertama saya belajar, saya gugup dan mati enjin sebanyak 3x semasa berenti untuk masuk laluan(tekan clutch,brek then agkat hand break)..knpe jd mcm tu erk?? adakah saya terlalu guugup dengan guru yang mengajar atau mungkin ada cara saya yang salah dan perlu diperbetulkan.. n harap boleh bgtau tmpat yg saya boleh belajar kereta(just untuk belajar saja) sebelum saya smbung ambil P saya kt tmpt lama..
ReplyDelete*minta tlg sgt*
assalamualaikum cgu,saya dh blajr 8jam memandu.. tetapi setiap kali dipersimpangan jalan kereta mesti mati enjin hingga menyebabkan sy dimarahi cgu yg mengajar.. dia beritahu saya bahawa saya tak mendengar kata dan sering melakukan kesalahan.. ini menyebabkan saya kurang berminat untuk memandu kereta manual ..tolonglah sy
ReplyDeleteSy dah bljr memandu leby dr 8jam.. Dah tmbah masa byk kali pn masih jgk xpndai . Sy cma xtau bla masa yg sesuai nak tukar gear , kalo dah dkt u turn nak gna gear apa n kalo d roundabout pun kna gna gear apa. Keadaan kaki perlu pijak clutch ke , break ke , nak pijak minyak ke .. Ble tak beri perincian ttg keadaan keadaan kaki seharusnya berada d mn dan gear apa seharusnya d gnakan..?
ReplyDeletemaaf kepada semua kerana sudah lama tidak memberi respon.apapun saya akan menjawap masalah yang ini.
Deletemasalah ini dihadapi hampir semua pelajar baru.Jadi jangan terlalu tertekan.. mudah sahaja.
Walau dimana sahaja kita jumpa tempat atau halangan,pastikan kita kawal kereta dengan baik.
Tukar kepada gear yang rendah untuk perlahan contohnya dari gear 4 kpd gear 3 dan rendahkan lagi kepada gear 2 jika kereta masih bergerak perlahan.Sebaik berhenti boleh tukar kepada gear 1 untuk mula bergerak.Harap fahamkan dulu ye.
Baca sambil bayangkan.
Berkenaan pedal.mudah saja.Ingat formula mudah.Clutch ditekan untuk perlahankan kereta dan ketika untuk menukar gear.Mesati tekan clutch dulu.
Nak tekan brek sila pastikan tekan clutch dulu.Jika tekan brek saja,engin akan mati.
Bila nak mula gerakkan kereta,tekan minyak agak2 kereta mcm nak bergerak sambil angkat clucth perlahan2 sehingga terasa body kereta mula bergerak.Yang ini kena praktis selalu di dalam litar bekajar.
Yang penting jangan terlalu takut dan beranikan diri serta yakinkan diri sendiri yang anda pasti boleh lakukan dengan baik dan selamat.
Tips penting: Sentiasa bayangkan keadaan dan cara yang patut.Bezakan kesalahan yang selalu berlaku/dilakukan dan perbetulkan sendiri mengikut cara yang diajar/betul.
Saya harap dapat membantu walaupun payah utk ditelan...jgn putus asa.Cuba sampai boleh memandu.
Assalamualaikum, saya telah belajar 8 jam memandu. cikgu memberitahu saya yang saya ada masalah mengawal steering. saya sendiri dapat rasa yang saya tidak mahir mengawal steering. Harap ada tips dari cikgu untuk saya hadapi masalah ini. Terima Kasih.
ReplyDelete-nadiah-
wslm.berkenaan masalah kawalan steering sil rujuk artikel saya berkaitan steering.
ReplyDeleteSaya bru belajar kereta 4 jam dan saya kurang mahir dalam mngawal clutch dan mnyak trutama smasa belajar parking,3penjuru...cikgu kata sya ssah nk diajar.adakah disebabkan saya tidak bermula belajar kreta dari rumah lagi??saya memandu pun tidak tahu haluan sebenar.....
ReplyDeletemasalah kawalan kaki di prdal clutcg dan minyak dihadapi oleh semua pemandu yang baru belajar.Bukan disebabkan anda tak belajar kereta di rumah.Lagipun sangat bahaya kerana tiada pengajar yang bertauliah disisi anda.
ReplyDeleteAnda belajar baru 4 jam dan ianya memang terlalu baru.jika anda bukan jenis yang berjiwa kuat dan berhati batu memang akan memakan masa untuk mahir memandu kereta.Apa yang boleh saya sarankan ialah anda datang belajar dengan hati yang kuat dan sedikit berhati batu serta tebalkan muka dan telinga anda.Ini untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan pengajar dan kereta yang anda pandu menjadi lebih lancar dan serasi.
Jangan mudah menangis dan berkecil hati apabila ditegur dan anda melakukan kesalahan.
Jika anda rajin, baca-bacalh artikel saya tentang belajar memandu ini.InsyaAllah anda akan lebih tenang dan faham...
salam , tumpang tanya . contoh kite nak membelok , kena slowkan dulu ke signal dulu ? dan pedal cluth tu mase bile kite boleh lepas tanpa pijak pun , mase gear kereta tengah bergerak cluth kite tgh tekan ke ? mohon jawab . tq ;)
ReplyDeleteslow lebih awal dan signal supaya orang yang berada di belakang atau dari arah bertentangan akan tahu kemana arah anda nak masuk.
ReplyDeletePedal clutch boleh dilepaskan bila kereta dah mula stabil contohnya bila dah guna gear 3,4 atau 5.bila nak perlahan boleh rendahkan gear dan mula jaga clutch dan brek perlahan-lahan.
saya sudah lulus ujian memandu bbrapa blan yg lalu.msalahnya ialah sy sring xprcya pda dri malah brsa takut utk mmndu krna sy cpt glbah.slain msalh tdk mhir dgn clutch,saya jga tdk mhir prking.sy mhu mmndu tp sy takut.bgmna utk mhir clutch dan prking?
ReplyDeletejika sya ingin membelok, apakah yg perlu sy lakukan ?
ReplyDeleteSemasa belajar memandu, saya sampai di lampu isyarat merah di kawasan berbukit, kereta tiba2 mati. Bagaimana caranya berhenti di lampu isyarat merah di kawasan berbukit ???
ReplyDeleteKalau berhenti dimana2 simpang dan traffic light mesti free gear dan tarik hand brake ke ? atau sekadar tekan brek kaki sahaja ?
ReplyDeletethanks for the tutorial :) really helpful..
ReplyDeletenk perlahankan kereta utk berhenti di traffic light/simpang kena tekan yg mana dulu? clutch atau brek? klau cluth dulu, nk tekan smpai habis ke?
ReplyDeletenak tanya, slagi clutch x diangkat, selagi itu kereta xkan bergerak ke hadapan atau reversed...betul ke?? takut kalau2 kereta reversed, lebih2 lagi kawasan bukit.
ReplyDeleteassalamualaikum.. saya bru belajar beberapa jam tapi bley drive.. cme saye ade masalah time nak belok kiri ngan kanan..bley x bagi tips macamane nak selesaikan masalah ni berkaitan clutch, brek ngan minyak.sekian
ReplyDeletesaya baru nk blajar memandu,tetapi saya sudah berasa risau untuk memandu kereta kerana takut accident.apa yg perlu saya buat?
ReplyDeletemacammana saya nak kawal stereng kerana saya tidak pernah memegang kereta lagi pula saya tidak boleh menunggang basikal
ReplyDeletekalau saya mahu tukar agent, apa prosedur yang perlu dilakukan?
ReplyDelete