Saturday, November 10, 2007

KAWALAN ASAS KETIKA MEMANDU DI KAWASAN SELEKOH

Semua pemandu sudah pasti melalui pelbagai bentuk jalanraya seperti jalan lurus,bulatan,persimpangan dan juga selekoh.Kali ini saya ingin berbicara tentang kawalan asas ketika menghampiri selekoh.Tidak semua pemandu benar-benar memahami cara kawalan yang betul ketika di selekoh.Untuk pengetahuan anda yang masih belum mahir,kawalan stering yang kemas amatlah penting ketika berada di selekoh.
Kawalan yang perlu difahami:

1. Kenderaan anda hendaklah diperlahankan sewaktu menghampiri selekoh.
Ini bermakna anda perlu menukar dari gear 5 ke gear 4 dan sebaik-baiknya gear 3.

2. Pedal brek ditekan perlahan-lahan mengikut kesesuaian jalan dan kelajuan anda dan lepaskan pedal clucth sepenuhnya ketika di selekoh.
Anda tidak boleh menekan pedal clutch ketika di selekoh kerana kenderaan anda akan menjadi semakin laju dan tidak dapat dikawal dengan sempurna.
Kenderaan anda akan lebih stabil sekiranya anda melepaskan pedal clucth dan brek sepenuhnya.
Tambahan minyak dengan menekan pedal minyak yang sedikit atau ' nipis' akan lebih menstabilkan pergerakan kenderaan anda.
Tetapi ini perlu berhati-hati untuk mengelakkan anda tertekan minyak yang lebih dan kelajuan bertambah.

3. Kawalan stering hendaklah kemas menggunakan kedua-dua tangan dengan menggunakan teknik tolak dan tarik serta mengikut angka jam 3 dan 9.
Sebagai seorang pemandu yang mahir dan berdisiplin,mereka tidak akan melanggar garisan di tengah jalan.
Keadaan akan menjadi amat berbahaya sekiranya anda rapat ke lorong kanan atau termasuk ke lorong kanan dimana akan berlaku pelanggaran dengan kenderaan di sebelah anda.

4. Penukaran gear tidak digalakkan ketika di selekoh kerana kedua-dua tangan anda perlu mengawal stering .
Penukaran gear hanya boleh dibuat sebelum sampai di selekoh atau selepas selekoh sahaja.

Ini adalah kawalan asas yang sebaik-baiknya ketika di selekoh.

6 comments:

  1. Anonymous8:52 AM

    jika pemanduan di selekoh tiba tiba alami masalah brek, bolehkah melakukan zig-zag untuk memperlahankan kereta dan andainya di jalan selekoh yg rata mgkin boleh nampak kenderaan dihadapan namun jika menuruni bukit atau menaiki bukit mmg payah nak agak kemunculan kereta, selain guna kan hon adakah cara lain yg lebih selamat memandangkan salah cara boleh ke gaung akibatnya?
    (ardz farouk)

    ReplyDelete
  2. sangat membantu , terima kasih .

    ReplyDelete
  3. sekiranya kita tdk pijak pedal minyak ketika masuk simpang boleh ke tk?

    ReplyDelete
  4. boleh.kerana kita mesti perlahankan kereta dan ketika ini gear telah diturunkan sehingga ke gear 3 atau 2 mengikut keadaan simpang itu.sebaik-baiknya gear 2 untuk mudah mengawal kereta anda.Jadi ketika masuk kaki sudah bersedia di pedal clutch dan brek.Ini bergantung kepada kemahiran seseorang pemandu itu.
    Ada sesetengah pemandu yang mahir mengawal kereta mereka perlahankan kereta,turunkan gear dan kaki masih berada di pedal minyak.
    Jika anda masih sedang belajar kaki hendaklah berada di pedal clutch dan brek untuk berjaga-jaga dan apabila stereng sudah lurus barulah boleh menekan minyak.Jika tidak,dikhuatiri anda akan terlajak ke laluan sebelah.

    ReplyDelete
  5. Nak tanye...Klau nak masuk selekoh tu,berhenti dulu baru tukar gear ke tukar gear awal sebelum nak masuk selekoh(x pyh berhenti)...yg mne satu ye

    ReplyDelete
  6. Tu kat jalan raya besar...mcm mne ye

    ReplyDelete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?