Friday, November 23, 2007

KENAPA ANDA GAGAL UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA?

Kebiasaannya,calon yang gagal ketika menjalani ujian praktikal di jalanraya akan mempersoalkan kenapa mereka digagalkan.Pastinya calon yang gagal ini akan mengatakan penguji JPJ tidak memberi peluang kepada mereka untuk lulus.itulah fenomena yang selalu berlaku pada hari ujian praktikal.Siapalah yang nak gagal ye tak??...
Tetapi walau apapun keputusan yang diterima,anda sendiri yang dapat merasai sejauhmana kemahiran anda mengawal kereta ketika di jalanraya.
Semua calon yang hendak diuji semestinya telah melalui proses latihan memandu yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ dengan bantuan tenaga pengajar dari institut dan sekolah memandu yang berkelayakan.
Sebagai bakal pemandu baru yang akan memandu di jalanraya,anda harus ingat bahawa untuk mendapatkan tempoh menyesuaikan dan memahirkan anda untuk berada bersama-sama dengan pengguna jalanraya yang lain,bukanlah boleh dalam sehari dua atau seminggu.Ia mengambil masa bergantung sehebat mana anda belajar memandu.Adakah anda hanya tangkap muat sahaja atau memang anda telah belajar dengan betul dan mempraktikkannya.

Baiklah,topik utama ialah kenapa anda gagal ketika hari ujian...
Kesalahan besar dan membahayakan yang dilakukan ketika ujian ialah seperti berikut:

1.Tidak memakai tali pinggang keledar -- faktor keselamatan.
2.Tidak berhenti di simpang tiga dan jika berhentipun,anda berhenti diatas atau terlebih garisan berhenti.-- faktor keselamatan.
3.Tidak mematuhi peraturan warna lampu ketika berada disimpang yang ada lampu isyarat.-- faktor keselamatan.
4.Tidak memberi laluan pengguna yang berada di sebelah kanan anda ketika di bulatan.Kalau berhentipun,anda berhenti terkehadapan atau di tengah bulatan dan menghalang laluan pengguna yang berada dalam bulatan tersebut.
5.Tidak mengawal stering dengan baik ketika diselekoh dan jalan lurus sehingga berada di tengah jalan dan melanggar garisan tengah sehingga mengganggu kenderaan di sebelah anda.-- faktor keselamatan.
6.Memandu secara berbahaya dengan menukar lorong atau memotong secara tergesa-gesa.
7.Berlaku kemalangan sehingga melanggar apa-apa objek.
8.Memandu melebehi had laju ujian iaitu tidak boleh melebihi 60km/jam.
9.Tidak memberi isyarat lampu seblum keluar/masuk simpang,memotong atau menukar lorong.
10.Gagal memberi isyarat secukupnya ketika memotong.

Ini adalah kesalahan yang biasa dilakukan ketika hari ujian.Jika calon disoalselidik punca gagal dan kenapa mereka digagalkan,biasanya calon akan mengatakan terlupa,panik,tidak cukup latihan dan gementar.
Sebaik-baiknya,calon yang hendak menjalani ujian wajiblah mendapatkan rehat,tidur dan sarapan yang cukup dan lengkap untuk memberi tenaga ketika hari ujian.
Apapun,jangan terlalu kecewa jika anda gagal,sila berlatih dan cuba lagi.InsyaAllah anda akan lulus dan menjadi semakin mahir selepas pelbagai kesalahan yang anda lakukan sebelum ini diperbetulkan.

No comments:

Post a Comment

Anda ada komen tentang artikel saya ini?