Yang membezakan kita ni normal atau kurang normal atau tidak normal langsung ialah penerimaan dan pemikiran kita terhadap apa jua masalah tersebut.Macamana kita nak handle.
Kenalilah masalah kita,ketahuilah puncanya dan carilah jalan penyelesaian yang terbaik dan tidak menyusahkan diri kita dan juga orang lain.
Saya nak kaitkan kita memandu dan stress yang dah sedia ada dalam diri kita. Saya bagi tips mudah terlebih dulu sebelum saya kongsikan yang lain-lain tentang stress.
1.Jika kita dah memang stress hingga jiwa jadi kacau ketika mula nak memegang steering atau ketika memandu,sila paksa diri untuk berhenti di mana-mana tempat yang boleh kita berehat seketika.Tak perlu tunggu orang lain ingatkan diri kita untuk berhenti.Lakukan sendiri.
Berhenti dengan selamat dan keluar dari kereta.Regangkan otot-otot dan relaxkan otak kita dengan melihat dan menghargai alam disekitar di depan mata anda ketika itu.Hargailah apa yang kita ada dan terimalah diri kita seadanya walau apapun masalah dan seberat manapun bebanan yang kita hadapi dan alami ketika itu.Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk menarik nafas dengan selesa dan masih diberi nyawa.
Tariklah nafas anda perlahan-lahan dan dengan teratur,pejamkan mata dengan relax,bayangkanlah dan rasakanlah kenikmatan hidup ini tanpa apa-apa bebanan untuk seketika itu.Lepaskan perlahan-lahan secara teratur dan ulang 2 atau 3 kali cara yang sama.
Pastinya tubuh kita akan dapat jumlah oksigen yang cukup membuatkan kita terasa lega dan relax seketika.Stress kita pun menurun.Boleh lah pegang steering semula! Boleh lah berada di jalanraya bersama-sama pengguna jalanraya yang lain.
2. Cara yang kedua,apa kata kalau kita berhenti rehat.Minum nescafe ke atau kopi panas ke.Cari tempat duduk dan kita minum dulu.Tak payah lah hisap rokok pulak.Oksigen memang tak cukup nanti sedangkan otak kita perlu oksigen yang cukup barulah boleh berfikir dengan baik.
Sambil tanya diri apa yang payah sangat dengan diri kita ni sampai boleh jadi stress sebegitu. Cuba renung diri sendiri dan fikir dengan relax.Cari apa sebenarnya masalah yang membebankan kita.Senaraikan atas kertas satu persatu jika boleh di masa itu juga.Tak kisahlah berat macamana pun.
Dengan cara itu barulah kita tahu dengan jelas daripada memikirkan tanpa tahu secara terperinci apa masalah kita sebenarnya.Cari pulak punca masalah itu.Dah tau puncanya? Bagus!
Cuba senaraikan beberapa alternatif penyelesaian yang terbaik tanpa menyusahkan.Tak kisahlah berjaya atau tidak.Yang penting kita sudah ada sedikit kelegaan dan kekuatan.Pasti kita akan rasa satu kelainan dalam diri kita yang sedang dilanda stress.
Percayalah!Teknik melegakan stress ini mampu 'merelaxkan' kita untuk sementara ketika memandu.Nak cuba? Kita boleh cuba sekali bila-bila masa yang kita rasa sesuai.Ianya tidak mengambil masa kita yang panjang dalam perjalanan.Cukup untuk 15 minit sahaja!
Mengapa tips stress saya macam sebegini rupa? Sebabnya ialah kita tetap akan memandu walaupun diri kita dalam keadaan stress.Dalam keadaan stress,sudah tentu minda kita akan bekerjasama dengan anggota kita yang mengawal kenderaan untuk melakukan apa saja tindakan spontan yang mana dilahirkan dalam bentuk cara & gaya pemanduan yang beremosi garang. Sudah tentu akan membahayakan diri kita dan pengguna jalanraya yang lain.
Berbanding dengan gaya dan cara memandu jika emosi kita berada dalam keadaan yang kurang stress,agak relax dan terkawal.Kita mampu berfikir dan memandu secara normal dan bertimbang rasa.Maka kuranglah sikit peratus kemalangan dan kematian di jalanraya akibat stress.
Kita jangan lupa tentang satu perkara penting ketika kita berada di jalanraya walau dimanapun kita berada.NYAWA KITA BERNILAI DALAM KIRAAN SAAT SAHAJA! Kerana itulah pengiraan jarak dan peraturan di jalanraya bukan dalam kiraan minit atau jam tetapi dalam kiraan saat!
Contohnya: Jarak kita mengekori kenderaan hadapan kita adalah 2 saat dan peraturan memotong kenderaan ialah hanya 12 saat sahaja!
No comments:
Post a Comment
Anda ada komen tentang artikel saya ini?