Ini sudah menjadi kebiasaan anda ketika memandu.Persoalannya adakah ini merupakan gaya memandu anda?
Selamatkah anda jika berlaku sesuatu halangan yang tidak di duga secara tiba-tiba.Sempatkah anda mengawal haluan kereta anda ketika itu dengan hanya sebelah tangan?Atau kereta anda terhumban ke dalam longkang atau terbabas ke tengah jalan sebelum anda sempat mengawalnya.
Kawalan stereng yang bagaiamanakah yang dikatakan terbaik? Secara asasnya bila kita belajar memandu,kawalan dan cara pegang stereng yang terbaik ialah dengan teknik tolak dan tarik.Tekniknya mudah sahaja iaitu mengikut angka 2 dan 10 atau angka 3 dan 9.
--> Angka 2 dan 10
- Tangan kanan memegang stereng arah angka jam 2.Tangan kiri memegang arah angka jam 10.
--> Angka 3 dan 9
- Tangan kanan memegang stereng arah angka jam 3.Tangan kiri memegang arah angka jam 9.
- Bila kita melalui jalan yang berselekoh ke kanan,tangan kiri anda mula bergerak secara tolak dan tangan kanan anda bergerak secara tarik.
- Bila kita melalui jalan yang berselekoh ke kiri pula,tangan kanan anda mula bergerak secara tolak dan tangan kiri anda bergerak secara tarik.
Kita boleh menggunakan mana-mana carapun tetapi yang penting dan lebih relax ialah apabila kita merasa kedua-dua tangan kita tidak terlalu tinggi dan tergantung dari arah badan kita.
Ini untuk memastikan kita tidak terlalu penat memandu lebih-lebih lagi jika perjalanan jarak jauh.
Kita hendaklah memandu dengan kedua-dua tangan memegang stereng untuk memastikan pautan dan kawalan kita lebih stabil dan selamat jika berlaku sesuatu yang tidak diingini secara tiba-tiba.
Berbanding sekiranya kita memegang stereng dengan satu tangan.Haluan kereta kita tidak stabil dan sangat tidak selamat jika kita tidak sempat mengawal stereng dengan pantas.
Ketika sessi ujian praktikal JPJ,pastikan anda menggunakan teknik tolak dan tarik ini dan anda dianggap memandu merbahaya sekiranya anda memandu dengan menggunakan sebelah tangan atau melepaskan stereng untuk kembali lurus selepas membelok.Peluang untuk gagal sangat tinggi!
Ini adalah panduan asas untuk kawalan stereng yang terbaik.
hebat sy suka penerangan yg diberikan
ReplyDeletetp pelik..cikgu sy suro praktis memndu dgn sebelah tgn..sebelah tgn lagi letak dkt gear...
ReplyDeletememang ianya satu teknik mengajar yang tidak betul kepada pemandu baru! Memang teknik mengajar yang tidak patut diajar oleh seorang pengajar yang bertauliah dari JPJ.
ReplyDeleteJadi nasihat saya jangan marah terus kepada pengajar itu tetapi tanya dengan baik.
Tambahkan ilmu dengan mencari info yang terbaik untuk belajar memandu melalui buku dan website JPJ jika ada.
Ilmu yang