Alahai pemandu di Malaysia masakini...
Debaran dan cabaran bagi pemandu baru amatlah besar dan memerlukan sepenuh tumpuan ketika berada bersama-sama dengan pengguna jalanraya yang lain.
Anda memerlukan keyakinan dan kemantapan daya tumpuan serta kemahiran ketika mengawal kenderaan diatas jalanraya.
Bagaimana hendak mendapatkan daya tumpuan,keyakinan dan kemahiran? Jawapan untuk soalan ini adalah terlalu subjektif dan pelbagai.Untuk menjadi seorang pemandu yang memiliki ketiga-tiga ciri ini bukan boleh tercipta dan terhasil sehari! Samada anda seorang yang terlalu bijak atau hanya biasa-biasa sahaja tahap pelajaran akademik anda,untuk menjadi seorang pemandu yang benar-benar berdisiplin dan beretika adalah sukar tanpa pendedahan ilmu dan kempen yang berkesan.Lebih-lebih lagi dengan pelbagai situasi yang berlaku ketika berada diatas jalanraya kini.Dengan pelbagai ragam dan tingkahlaku pemandu yang pelbagai diatas jalanraya kini.
Apa yang boleh dikatakan ialah sikap semua orang pemandu yang berada diatas jalanraya itu sendiri yang banyak mempengaruhi ketiga-tiga ciri yang dikehendaki itu tadi.
Sebelum saya memberi gambaran tentang ketiga-tiga ciri ini,ingin saya bertanya adakah anda sentiasa menyalakan lampu isyarat ketika hendak menukar lorong mahupun memotong walau dimana pun anda memandu dan walau dalam keadaan apa sekalipun?
Satu soalan ini sudah cukup untuk memberi gambaran kita ini adalah seorang pemandu yang ada etika atau pun tidak.Harus diingat ,setiap undang-undang jalanraya yang telah ditetap dan dilaksanakan pasti mempunyai sebab dan akibat sekiranya kita tidak mematuhinya.
Kaitannya sangat besar untuk bakal pemandu-pemandu baru! Pertambahan pemandu yang tidak ada ketiga-tiga ciri ini akan menyebabkan kadar kemalangan maut pasti meningkat! Bagaimana?
sambung lagi...
No comments:
Post a Comment
Anda ada komen tentang artikel saya ini?