Melalui blog ini saya akan memberi panduan kepada bakal pemandu baru berkenaan prosedur untuk mendapatkan lesen memandu.Mudah sahaja.Sila ikuti satu persatu.
Berikut adalah proses untuk mendapatkan lesen belajar L.
1. Daftar di mana-mana institut atau sekolah memandu yang ada diseluruh Malaysia.
2. Menghadiri kursus KPP selama 5 jam - kehadiran diwajibkan.
3. Menduduki ujian teori atau undang-undang - 1 jam. markah minimum lulus = 42/50.
4. Menghadiri kursus Teori & Amali selama 6 jam - kehadiran diwajibkan.
5. Pengeluaran lesen belajar oleh pihak JPJ. - lesen L
Proses berikutnya ialah latihan,ujian praktikal JPJ dan lesen P.
6. Belajar/latihan amali selama minima 9 jam.Sekiranya tidak mahir,pelajar digalakkan untuk menambah waktu belajar.
7. Ujian percubaan untuk menentukan samada pelajar sudah layak untuk melalui ujian JPJ.
8. Tempahan ujian JPJ akan diuruskan oleh pihak institut memandu.
9. Ujian praktikal JPJ.
10. Pengeluaran lesen P akan diperolehi selepas keputusan lulus ujian dikemaskini di dalam rekod JPJ.
No comments:
Post a Comment
Anda ada komen tentang artikel saya ini?