Saturday, November 24, 2007

Langkah-langkah Untuk Memiliki Lesen Tambah Kelas Lori E

1. Telah memiliki lesen D.
( Pemegang lesen P tidak layak )

2. Daftar di pejabat dan membuat bayaran.Hubungi no.telefon seperti yang disediakan.

3. Menghadiri kursus Teori & Amali E selama 6 jam.( Kehadiran adalah diwajibkan )

4. Pengeluaran lesen belajar L kelas E.

5. Latihan belajar memandu lori di litar.
Belajar 2 bahagian iaitu bhg 2( mendaki bukit ) dan bhg 3( memandu di jalanraya ).

6. Ujian percubaan QTI untuk menilai dan menentukan anda layak untuk membuat tempahan ujian JPJ.

7. Ujian JPJ.Ada 2 bahagian akan diuji seperti yang telah dipelajari di litar.
Tarikh ujian JPJ hanya layak sekurang-kurangnya tarikh lesen L telah cukup sebulan
atau lebih.

8. Pengeluaran lesen kelas E.

Markah untuk ujian praktikal motosikal

UJIAN TERDIRI DARI 3 BAHAGIAN IAITU:
================================

1.Bahagian 1 - Ujian Undang-Undang atau Teori
- Minimum markah lulus = 42/50.

2. Bahagian 2 - Ujian Praktikal.Ada 5 olahgerak.
- Membuat pusingan angka 8 sebanyak satu setengah pusingan.Mesti lulus.
- Meniti diatas titi.Masa minimum = 7 saat.Mesti lulus.
- Melalui kon.Mesti lulus.
- Membrek kecemasan.Mesti lulus.
- Menunggang diantara 2 selekoh tajam.Mesti lulus.
- Markah minima lulus = 16/20.

3. Bahagian 3 - Ujian Praktikal
- Menunggang di pelbagai bentuk dan situasi jalanraya.
- Markah minimum lulus = 12/14 untuk motor B2 dan 13/15 untuk motor B.

Markah untuk untuk ujian praktikal kereta

UJIAN TERDIRI DARI 3 BAHAGIAN IAITU:

1.Bahagian 1 - Ujian Undang-Undang atau Teori
- Minimum markah lulus = 42/50.

2. Bahagian 2 - Ujian Praktikal
- Mendaki bukit.Mesti lulus.
- Meletak kereta secara masuk undur dan belok.Mesti lulus.
- Membuat pusingan 3 penjuru.Mesti lulus.

3. Bahagian 3 - Ujian Praktikal
- Memandu di pelbagai bentuk dan situasi jalanraya.
- Markah minimum lulus = 16/20.

Tips untuk markah bahagian 2 dan bahagian 3 akan disambung..

Friday, November 23, 2007

KENAPA ANDA GAGAL UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA?

Kebiasaannya,calon yang gagal ketika menjalani ujian praktikal di jalanraya akan mempersoalkan kenapa mereka digagalkan.Pastinya calon yang gagal ini akan mengatakan penguji JPJ tidak memberi peluang kepada mereka untuk lulus.itulah fenomena yang selalu berlaku pada hari ujian praktikal.Siapalah yang nak gagal ye tak??...
Tetapi walau apapun keputusan yang diterima,anda sendiri yang dapat merasai sejauhmana kemahiran anda mengawal kereta ketika di jalanraya.
Semua calon yang hendak diuji semestinya telah melalui proses latihan memandu yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ dengan bantuan tenaga pengajar dari institut dan sekolah memandu yang berkelayakan.
Sebagai bakal pemandu baru yang akan memandu di jalanraya,anda harus ingat bahawa untuk mendapatkan tempoh menyesuaikan dan memahirkan anda untuk berada bersama-sama dengan pengguna jalanraya yang lain,bukanlah boleh dalam sehari dua atau seminggu.Ia mengambil masa bergantung sehebat mana anda belajar memandu.Adakah anda hanya tangkap muat sahaja atau memang anda telah belajar dengan betul dan mempraktikkannya.

Baiklah,topik utama ialah kenapa anda gagal ketika hari ujian...
Kesalahan besar dan membahayakan yang dilakukan ketika ujian ialah seperti berikut:

1.Tidak memakai tali pinggang keledar -- faktor keselamatan.
2.Tidak berhenti di simpang tiga dan jika berhentipun,anda berhenti diatas atau terlebih garisan berhenti.-- faktor keselamatan.
3.Tidak mematuhi peraturan warna lampu ketika berada disimpang yang ada lampu isyarat.-- faktor keselamatan.
4.Tidak memberi laluan pengguna yang berada di sebelah kanan anda ketika di bulatan.Kalau berhentipun,anda berhenti terkehadapan atau di tengah bulatan dan menghalang laluan pengguna yang berada dalam bulatan tersebut.
5.Tidak mengawal stering dengan baik ketika diselekoh dan jalan lurus sehingga berada di tengah jalan dan melanggar garisan tengah sehingga mengganggu kenderaan di sebelah anda.-- faktor keselamatan.
6.Memandu secara berbahaya dengan menukar lorong atau memotong secara tergesa-gesa.
7.Berlaku kemalangan sehingga melanggar apa-apa objek.
8.Memandu melebehi had laju ujian iaitu tidak boleh melebihi 60km/jam.
9.Tidak memberi isyarat lampu seblum keluar/masuk simpang,memotong atau menukar lorong.
10.Gagal memberi isyarat secukupnya ketika memotong.

Ini adalah kesalahan yang biasa dilakukan ketika hari ujian.Jika calon disoalselidik punca gagal dan kenapa mereka digagalkan,biasanya calon akan mengatakan terlupa,panik,tidak cukup latihan dan gementar.
Sebaik-baiknya,calon yang hendak menjalani ujian wajiblah mendapatkan rehat,tidur dan sarapan yang cukup dan lengkap untuk memberi tenaga ketika hari ujian.
Apapun,jangan terlalu kecewa jika anda gagal,sila berlatih dan cuba lagi.InsyaAllah anda akan lulus dan menjadi semakin mahir selepas pelbagai kesalahan yang anda lakukan sebelum ini diperbetulkan.

Thursday, November 15, 2007

Kenapa anda gagal ujian mendaki bukit?

Kali ini akan diperkatakan tentang masalah calon selalu gagal ketika ujian mendaki bukit.
Kebanyakan calon yang gagal ujian mendaki disebabkan:
1. Tayar hadapan tidak mencecah atau kedudukan tayar tidak memasuki garisan kuning .
Tayar mesti berada paling kurang 50% ddidalam garisan kuning.Keadaan ini anda akan diberi peluang sekali lagi untuk mendaki bukit.
Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini menyebabkan anda terus dianggap gagal.

- Punca anda gagal ialah kerana masalah tidak fokus,panik dan tidak tahu apa nak buat ketika menghampiri garisan kuning di puncak bukit.

- Cara yang paling mudah ialah
Anda pandu kereta bergerak lurus dan rapat ke sebelah kanan,fokus kepada kedudukan cermin sisi kanan dan tiang kanan yang pertama.
Kedudukan cermin sisi berada lebih kurang hampir 1 kaki atau sama dengan tiang kanan tersebut.
Ketika ini anda mesti berhenti dengan menekan brek kaki dan pedal clutch serentak.Kedudukan tayar anda pasti berada di atas garisan kuning.
Jangan tengok tayar dulu!
Anda mesti tarik brek tangan dengan ketat dan betul serta bebaskan gear dahulu.
Kemudian lepaskan kedua-dua kaki anda dari pedal.Jengoklah keluar samada tayar hadapan sudah betul kedudukannya.


2. Ketika berhenti di garisan kuning,brek tangan tidak ditarik dengan betul menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50% masuk ke garisan kuning.

Puncanya ialah anda terburu-buru hendak melihat kedudukan tayar hadapan.
Ataupun anda terlalu takut kepada pegawai JPJ yang menguji anda sehingga anda terlupa apa yang patut dilakukan.
Jangan tengok tayar dulu!
Anda mesti tarik brek tangan dengan ketat dan betul serta bebaskan gear dahulu.
Kemudian lepaskan kedua-dua kaki anda dari pedal.Jengoklah keluar samada tayar hadapan sudah betul kedudukannya.

3. Ketika hendak turun ke hadapan,kereta anda terundur ke belakang dan engin kereta mati.

Puncanya kerana anda terburu-buru atau kelam kabut mengawal pergerakan kaki di pedal clutch dan pedal minyak.
Biasanya calon melakukan kesalahn dengan menekan semula pedal clutch atau mengurangkan minyak ketika kereta sudah mula hendak bergerak ke hadapan.
Pedal brek tidak boleh digunakan sama sekali ketika ini!

Sepatutnya ketika ini,calon menekan pedal minyak dan mengangkat pedal clutch lebih kurang 60% ke atas.
Sebaik terasa badan kereta bergegar dan hendak bergerak ke hadapan,tambah sedikit minyak,tahan pedal clutch serta terus turunkan brek tangan serentak.
Kereta anda akan meluncur ke hadapan secara automatik.Perlahankan kereta anda sebaik menuruni bukit.

Secara asasnya calon mesti memahami langkah demi langkah,kawal pergerakan kaki dan kawal lah emosi.Setiap kali latihan hendaklah lakukan yang terbaik begitu juga ketika hari ujian.
SELAMAT BERJAYA!

Saturday, November 10, 2007

KAWALAN ASAS KETIKA MEMANDU DI KAWASAN SELEKOH

Semua pemandu sudah pasti melalui pelbagai bentuk jalanraya seperti jalan lurus,bulatan,persimpangan dan juga selekoh.Kali ini saya ingin berbicara tentang kawalan asas ketika menghampiri selekoh.Tidak semua pemandu benar-benar memahami cara kawalan yang betul ketika di selekoh.Untuk pengetahuan anda yang masih belum mahir,kawalan stering yang kemas amatlah penting ketika berada di selekoh.
Kawalan yang perlu difahami:

1. Kenderaan anda hendaklah diperlahankan sewaktu menghampiri selekoh.
Ini bermakna anda perlu menukar dari gear 5 ke gear 4 dan sebaik-baiknya gear 3.

2. Pedal brek ditekan perlahan-lahan mengikut kesesuaian jalan dan kelajuan anda dan lepaskan pedal clucth sepenuhnya ketika di selekoh.
Anda tidak boleh menekan pedal clutch ketika di selekoh kerana kenderaan anda akan menjadi semakin laju dan tidak dapat dikawal dengan sempurna.
Kenderaan anda akan lebih stabil sekiranya anda melepaskan pedal clucth dan brek sepenuhnya.
Tambahan minyak dengan menekan pedal minyak yang sedikit atau ' nipis' akan lebih menstabilkan pergerakan kenderaan anda.
Tetapi ini perlu berhati-hati untuk mengelakkan anda tertekan minyak yang lebih dan kelajuan bertambah.

3. Kawalan stering hendaklah kemas menggunakan kedua-dua tangan dengan menggunakan teknik tolak dan tarik serta mengikut angka jam 3 dan 9.
Sebagai seorang pemandu yang mahir dan berdisiplin,mereka tidak akan melanggar garisan di tengah jalan.
Keadaan akan menjadi amat berbahaya sekiranya anda rapat ke lorong kanan atau termasuk ke lorong kanan dimana akan berlaku pelanggaran dengan kenderaan di sebelah anda.

4. Penukaran gear tidak digalakkan ketika di selekoh kerana kedua-dua tangan anda perlu mengawal stering .
Penukaran gear hanya boleh dibuat sebelum sampai di selekoh atau selepas selekoh sahaja.

Ini adalah kawalan asas yang sebaik-baiknya ketika di selekoh.