Wednesday, May 21, 2008

KENAPALAH SAYA BANYAK KALI GAGAL UJIAN JALANRAYA ?? TAK TAHU NAK BUAT MACAMANA DAH....

Kalau baca tajuk memang kesian saya mendengarnya.Tetapi walaumacamanapun,saya cuba memberi jalan yang terbaik untuk mengurangkan tahap kesedihan anda itu.
Sebelum kita terus-terusan melayan perasaan kecewa yang sudah tentu susah hendak dilayan,apa kata kita tengok dulu markah yang telah diberikan oleh penguji JPJ dalam keputusan ujian yang telah diberikan kepada anda.Kita baca dulu coretan-coretan atau komen yang telah ditulis oleh penguji JPJ.

Analisa yang biasa saya lakukan ialah meneliti terlebih dahulu perkara apa yang menyebabkan pelajar digagalkan.Di dalam borang pengujian terdapat 20 markah yang setiap satunya akan ditanda betul jika anda melakukan dengan betul ketika memandu di jalanraya.
Jika anda tidak melakukannya kotak markah itu akan ditanda pangkah.Ini bermakna anda sudah membuang markah.Sekiranya markah itu bukan kesalahan mandatori,markah akan ditolak satu.Tetapi jika markah yang ditanda itu adalah kesalahan mandatori ( kesalahan besar),secara automatik anda telah dianggap gagal serta merta.

Di sinilah letaknya kefahaman anda yang lebih jelas mengapa anda telah digagalkan.Semasa peringkat awal latihan anda perlu membezakan dan mengetahui kesalahan kecil dan juga kesalahan besar yang dianggap gagal serta merta.
Anda perlu faham dan kenal pasti betul-betul perkara apa yang boleh anda buat dan perkara apa yang anda tidak boleh buat ketika memandu di jalanraya.

Contoh-contoh kesalahan kecil yang mana markah akan ditolak satu.
====================================================
1. Anda tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi atau tidak.
2. Anda berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek semasa menunggu.
3. Anda tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.


Contoh-contoh kesalahan mandatori ( gagal serta merta ):
============================================
1. Anda tidak tarik brek tangan dan bebaskan gear ketika berhenti di simpang tiga.
2. Anda terus memandu walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Anda melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Tidak memberi isyarat ketika hendak membelok dan memotong.


Ini adalah sebahagian dari kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar ketika menduduki ujian praktikal JPJ.Jadi untuk mengelakkan dari anda digagalkan,anda kenalah faham dengan betul tentang kesalahan-kesalahan kecil dan mandatori.Saya akan sambung kemudian tentang semua markah yang telah ditetapkan dalam ujian jalanraya.
Walau apapun anda janganlah cepat berputus asa.Apabila anda gagal, secara automatik anda telah belajar banyak ilmu tentang pemanduan di jalanraya kerana anda akan berlatih lagi dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama kerana ianya merbahaya.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

No comments:

Post a Comment

Anda ada komen tentang artikel saya ini?