Tuesday, May 20, 2008

Langkah Memperolehi Lesen Memandu

Lesen Kereta,Motosikal dan Lori
===========================================
1. Kursus KPP 

2. Ujian Undang-Undang Berkomputer :
Boleh diduduki selepas menghadiri kursus KPP dan rekod telah dikemaskini dalam sistem.
Tempahan ujian wajib dibuat lebih awal melalui pejabat.
Masa : 8:30 a.m hingga 4.00pm.
Tempoh ujian :
ujian warna - 3 minit
ujian penglihatan - 2 minit
ujian undang-undang - 45 minit.
Bayaran RM10 wajib dibayar oleh setiap orang ketika hendak mengambil ujian untuk bayaran foto digital.Kegunaannya sebagai rekod di dalam sistem JPJ.

3. Kursus TEORI & AMALI

Boleh dihadiri hanya selepas anda lulus ujian undang-undang sahaja.
Sekiranya lesen yang hendak dipohon adalah lesen kereta dan motosikal,anda wajib menghadiri kursus Teori & Amali untuk kelas yang berbeza pada hari yang berlainan.

4. Pengeluaran lesen belajar L akan dikeluarkan biasanya dalam tempoh seminggu dari tarikh kehadiran kursus Teori & Amali.

5. Latihan Belajar di Litar:
Boleh mula berlatih selepas lesen belajar L anda dikeluarkan.

6. Ujian Penilaian - QTI.

Ujian ini boleh diduduki selepas belajar sekurang-kurangnya 9.5 jam di kedua-dua bahagian iaitu di litar dan jalanraya.
Anda wajib menduduki ujian ini untuk menilai kebolehan dan kemampuan anda untuk menduduki ujian praktikal JPJ.
Anda akan diuji oleh pegawai penilai QTI di institut memandu.


7. Tempahan ujian wajib dibuat sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh ujian praktikal JPJ oleh pihak institut memandu.

8. Ujian Praktikal JPJ 

Nota:  Tempoh paling awal untuk melayakkan anda menduduki ujian praktikal JPJ ialah tarikh lesen L anda telah cukup atau melebihi sebulan.

9. Pengeluaran lesen percubaan P atau lesen CDL akan dikeluarkan apabila anda lulus kedua-dua bahagian yang telah diuji oleh pengawai penguji JPJ.Biasanya dalam tempoh seminggu dari tarikh ujian.


Nota:
=====
1. Prosedur yang diatas adalah untuk pemohon lesen baru sahaja.
2. Kepada pemohon lesen tambah kelas:
Anda tidak perlu lagi menghadiri perkara no.1 dan no.2 diatas.Anda boleh terus ke perkara no.3 kerana sebelum ini anda telah memiliki lesen penuh samada lesen motor atau kereta atau lori.

3. Kadangkala berlaku masalah ketika proses pendaftaran KPP atau ujian Undang-undang atau Teori & Amali pengesahan cap jari tidak dapat dilakukan kerana mykad anda tidak boleh dibaca atau rosak atau anda pemohon lesen tambah kelas atau pemegang pasport.
Untuk memudahkan proses pengesahan cap jari anda perlu membeli smart kad yang terdapat di institut memandu yang berkenaan.Sila rujuk kepada petugas.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

No comments:

Post a Comment

Anda ada komen tentang artikel saya ini?