Tuesday, May 06, 2008

SAYA TELAH DISAMAN OLEH POLIS.BOLEH KE SAYA MEMOHON LESEN MEMANDU SEBELUM SAYA BAYAR SAMAN?

Berdasarkan kepada pengalaman yang ada,ramai pelanggan saya yang hendak memohon lesen memandu tetapi mereka telah mempunyai saman yang banyak sebelum ini.Jadi mereka nak tahu boleh atau tidak mereka mendaftar dan mengikuti kursus dan ujian.
Biasanya saya akan memeriksa rekod dan butir-butir saman yang dimiliki dan membuat semakan secara online melalui rekod POLIS dan JPJ.Sekiranya saman masih baru biasanya peluang untuk pelanggan tiada masalah ketika proses memohon lesen kerana rekod melalui no.kad pengenalan mereka belum lagi disenaraihitamkan.Jadi pelanggan saya masih boleh mengikuti kursus dan ujian tanpa halangan.
Tetapi sekiranya pelanggan telah disenaraihitamkan dan menyebabkan mereka tidak boleh menjalani ujian,saya memberi nasihat supaya mereka menjelaskan bayaran saman tersebut mengikut mana dulu yang telah disenaraihitamkan.Selepas itu,mereka boleh menjalani ujian seperti biasa.
Jadi sekiranya anda di luar sana yang masih takut-takut atau khuatir sebab anda telah disaman,sila buat pertanyaan dan semakan terlebih dahulu dan terus mendaftar segera sebelum nama anda disenaraihitamkan di JPJ.
Tidak perlu tunggu hingga nama anda disenarihitamkan.Permudahkanlah urusan anda di jalanraya dengan memiliki lesen memandu yang sah.Jimatkanlah duit anda dari membayar saman sedangkan anda mampu memiliki lesen memandu.

No comments:

Post a Comment

Anda ada komen tentang artikel saya ini?