Wednesday, June 25, 2008

BAGAIMANA HENDAK MEMANDU KERETA YANG BERGEAR MANUAL

Semua pelajar memandu kereta di Malaysia dilatih dan diuji dengan menggunakan kereta yang bergear manual.Hanya pelajar yang mendapat surat kebenaran dari pihak JPJ sahaja yang akan dilatih dan diuji dengan kereta bergear auto.

Selepas memiliki lesen memandu,ramai yang membeli dan memandu kereta auto kerana ianya lebih mudah untuk dipandu lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Kelang atau di bandar-bandar besar yang sesak.

Persoalannya boleh kah anda kembali mahir memandu kereta manual selepas bertahun-tahun memandu kereta auto? Terdapat pemandu yang mahir memandu kedua-dua jenis kereta ini dan terdapat juga yang kurang mahir dan hampir terlupa macamana hendak memandu kereta manual.

TIPS UNTUK MEMANDU KERETA MANUAL
-----------------------------------------------

Usah risau! Mudah sahaja.Cuba kembalikan ingatan ketika anda mula-mula belajar kereta dahulu. Bagaimana hendak menggerakkan kereta anda.Lihatlah ada 3 pedal di lantai kereta anda dan kaki anda hanya ada 2 sahaja. Kaki kiri dan kaki kanan.







Formula mudah.

--> Kaki kiri - Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri.
- Kegunaannya untuk menukar gear.
- Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang
sesuai.

--> Kaki kanan - Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau
Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.


--> Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

--> Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah
stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.

- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.



Nota penting:
Sekiranya anda sudah biasa memandu kereta auto dan baru hendak menyesuaikan diri dengan kereta manual,janganlah memandu terlalu laju dan sentiasa berhati-hati ketika mengawal pergerakan kaki dan tangan. Sesuaikan diri anda dengan kereta dan dapatkan keselesaan dengan memandu sambil mengenalpasti kedudukan gear di tangan dan pedal di kaki anda.



Selamat memandu di jalanraya!

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

77 comments:

  1. Anonymous8:06 AM

    assalamualaikum..
    terima kasih cikgu,
    maklumat yg sgt berguna utk pemandu baru..
    hanya Allah yg dpt bls jasa baik cikgu,
    barakaALLAH =)

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:56 PM

    baru je lepas bljar mandu kreta dgn abg td. Huhu, garang betoi, tapi best gak.. Trima ksih atas tips ni..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:33 AM

    trima ksih atas panduan ini,, saya dah lama tak bawa kereta manual dan lupa mcm na nak gunakan clutch,, panduan ini sangat membantu,,

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:01 PM

    Saya baru bjar bawa kereta,sudah belajar 6 jam,tapi masih belum pandai saya rasa saya kurang faham kerana pengajar berbahasa cina,saya akui saya boleh berbahasa cina tapi bukan 100%saya baru belajar cakap saja,tapi bila saya minta untuk bebahasa melayu semasa sesi belajar mereka ckp boleh tapi bila tiba memandu dia akn ulang bahasa,itu membuatkan saya confused ketika memandu,lagi 1 saya dan agen pengajar sebelum ni pernah salahfhm @btelingkah kerana L lisen,saya cuma minta L lisen dikembalikan,tapi pihak agen menolak keras,mengatakan salah jika pelajar memandu meyimpan sendiri L,boleh disaman,jika didapati memandu,saya tidak berniat nak belajar memandu sendiri cuma nak ambil balik l lisen sebap nak tukar agen lain,cuma saya tak nak bagi tau dia,yang saya tak pham kenapa lain ejen cakap lisen L kita boleh simpan sendiri,tapi agen saya cakap tak boleh,menyebabkan timbul salah faham antara kami,seterusnya sesi belajar tegang sedikit kerana agen sering ulang masalah saya,menbuatkan saya hilang minat belajar walaupun memandu penting dalam hidup saya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk info semua.Lesen L ialah lesen belajar memandu.Ia wajib dibawa dan disimpan oleh PELAJAR seperti membawa kad pengenalan.Tiada orang lain boleh menyimpannya walaupun ejen yang menguruskan anda belajar.Dengan syarat bayaran telah dijelaskan sepenuhnya untuk proses sehingga lesen L siap.Jika sudah anda memang boleh menyimpan lesen L itu.
      Jika bayaran setakat lesen L belum selesai,memang ejen selalunya akan simpan sehingga bayaran diselesaikan.,
      Pastikan anda membawa lesen L dan lesen L mesti sah tempoh semasa belajar memandu.
      Lesen L TIDAK BOLEH DIGUNAKAN jika anda memandu kereta selain dari kereta belajar memandu.Jika ditahan pihak JPJ atau POLIS,anda pasti akan disaman.
      Hanya pemegang lesen L motosikal sahaja yang boleh menggunakan lesen L diluar tetapi tidak boleh membawa pembonceng dan stiker L wajib ditampal.
      Harap membantu anda.

      Delete
  5. saya nak tanya..saya blajar kereta..dan masih ada 8 jam sesi pembelajaran lagi..pada 2jam pertama saya belajar, saya gugup dan mati enjin sebanyak 3x semasa berenti untuk masuk laluan(tekan clutch,brek then agkat hand break)..knpe jd mcm tu erk?? adakah saya terlalu guugup dengan guru yang mengajar atau mungkin ada cara saya yang salah dan perlu diperbetulkan.. n harap boleh bgtau tmpat yg saya boleh belajar kereta(just untuk belajar saja) sebelum saya smbung ambil P saya kt tmpt lama..

    *minta tlg sgt*

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:42 AM

    assalamualaikum cgu,saya dh blajr 8jam memandu.. tetapi setiap kali dipersimpangan jalan kereta mesti mati enjin hingga menyebabkan sy dimarahi cgu yg mengajar.. dia beritahu saya bahawa saya tak mendengar kata dan sering melakukan kesalahan.. ini menyebabkan saya kurang berminat untuk memandu kereta manual ..tolonglah sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru je belajar kereta dan saya ni mudah menggelabah, jadi bila menggelabah memang takleh nak focus apa yang dia cakap, tapi setahu saya, kalau nak berhenti seketika, tekan clutch sampai habis dan tekan brek. Kemuadian bila nak sambung jln, alihkan kaki daripada brek kepada minyak, dan angkat perlahan2 kaki di clutch. Itu pun saya byk kali mati enjin tapi heyyy kita belajar daripada kesilapan kan, rilekslah cikgu tu marah2 nanti dah amik lesen kita tak jumpa muka dia dah

      Delete
  7. Anonymous8:24 PM

    Sy dah bljr memandu leby dr 8jam.. Dah tmbah masa byk kali pn masih jgk xpndai . Sy cma xtau bla masa yg sesuai nak tukar gear , kalo dah dkt u turn nak gna gear apa n kalo d roundabout pun kna gna gear apa. Keadaan kaki perlu pijak clutch ke , break ke , nak pijak minyak ke .. Ble tak beri perincian ttg keadaan keadaan kaki seharusnya berada d mn dan gear apa seharusnya d gnakan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kepada semua kerana sudah lama tidak memberi respon.apapun saya akan menjawap masalah yang ini.
      masalah ini dihadapi hampir semua pelajar baru.Jadi jangan terlalu tertekan.. mudah sahaja.
      Walau dimana sahaja kita jumpa tempat atau halangan,pastikan kita kawal kereta dengan baik.
      Tukar kepada gear yang rendah untuk perlahan contohnya dari gear 4 kpd gear 3 dan rendahkan lagi kepada gear 2 jika kereta masih bergerak perlahan.Sebaik berhenti boleh tukar kepada gear 1 untuk mula bergerak.Harap fahamkan dulu ye.
      Baca sambil bayangkan.
      Berkenaan pedal.mudah saja.Ingat formula mudah.Clutch ditekan untuk perlahankan kereta dan ketika untuk menukar gear.Mesati tekan clutch dulu.
      Nak tekan brek sila pastikan tekan clutch dulu.Jika tekan brek saja,engin akan mati.
      Bila nak mula gerakkan kereta,tekan minyak agak2 kereta mcm nak bergerak sambil angkat clucth perlahan2 sehingga terasa body kereta mula bergerak.Yang ini kena praktis selalu di dalam litar bekajar.
      Yang penting jangan terlalu takut dan beranikan diri serta yakinkan diri sendiri yang anda pasti boleh lakukan dengan baik dan selamat.
      Tips penting: Sentiasa bayangkan keadaan dan cara yang patut.Bezakan kesalahan yang selalu berlaku/dilakukan dan perbetulkan sendiri mengikut cara yang diajar/betul.
      Saya harap dapat membantu walaupun payah utk ditelan...jgn putus asa.Cuba sampai boleh memandu.

      Delete
  8. Anonymous12:56 PM

    Assalamualaikum, saya telah belajar 8 jam memandu. cikgu memberitahu saya yang saya ada masalah mengawal steering. saya sendiri dapat rasa yang saya tidak mahir mengawal steering. Harap ada tips dari cikgu untuk saya hadapi masalah ini. Terima Kasih.

    -nadiah-

    ReplyDelete
  9. wslm.berkenaan masalah kawalan steering sil rujuk artikel saya berkaitan steering.

    ReplyDelete
  10. Anonymous9:48 PM

    Saya bru belajar kereta 4 jam dan saya kurang mahir dalam mngawal clutch dan mnyak trutama smasa belajar parking,3penjuru...cikgu kata sya ssah nk diajar.adakah disebabkan saya tidak bermula belajar kreta dari rumah lagi??saya memandu pun tidak tahu haluan sebenar.....

    ReplyDelete
  11. masalah kawalan kaki di prdal clutcg dan minyak dihadapi oleh semua pemandu yang baru belajar.Bukan disebabkan anda tak belajar kereta di rumah.Lagipun sangat bahaya kerana tiada pengajar yang bertauliah disisi anda.
    Anda belajar baru 4 jam dan ianya memang terlalu baru.jika anda bukan jenis yang berjiwa kuat dan berhati batu memang akan memakan masa untuk mahir memandu kereta.Apa yang boleh saya sarankan ialah anda datang belajar dengan hati yang kuat dan sedikit berhati batu serta tebalkan muka dan telinga anda.Ini untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan pengajar dan kereta yang anda pandu menjadi lebih lancar dan serasi.
    Jangan mudah menangis dan berkecil hati apabila ditegur dan anda melakukan kesalahan.
    Jika anda rajin, baca-bacalh artikel saya tentang belajar memandu ini.InsyaAllah anda akan lebih tenang dan faham...

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:28 PM

    salam , tumpang tanya . contoh kite nak membelok , kena slowkan dulu ke signal dulu ? dan pedal cluth tu mase bile kite boleh lepas tanpa pijak pun , mase gear kereta tengah bergerak cluth kite tgh tekan ke ? mohon jawab . tq ;)

    ReplyDelete
  13. slow lebih awal dan signal supaya orang yang berada di belakang atau dari arah bertentangan akan tahu kemana arah anda nak masuk.
    Pedal clutch boleh dilepaskan bila kereta dah mula stabil contohnya bila dah guna gear 3,4 atau 5.bila nak perlahan boleh rendahkan gear dan mula jaga clutch dan brek perlahan-lahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:33 PM

      Slow lbih awal ? Mksudnya tukar gear dlu bru signal klu nk membelok .

      Delete
  14. Anonymous6:37 PM

    saya sudah lulus ujian memandu bbrapa blan yg lalu.msalahnya ialah sy sring xprcya pda dri malah brsa takut utk mmndu krna sy cpt glbah.slain msalh tdk mhir dgn clutch,saya jga tdk mhir prking.sy mhu mmndu tp sy takut.bgmna utk mhir clutch dan prking?

    ReplyDelete
  15. Anonymous1:36 PM

    jika sya ingin membelok, apakah yg perlu sy lakukan ?

    ReplyDelete
  16. Anonymous7:16 AM

    Semasa belajar memandu, saya sampai di lampu isyarat merah di kawasan berbukit, kereta tiba2 mati. Bagaimana caranya berhenti di lampu isyarat merah di kawasan berbukit ???

    ReplyDelete
  17. Anonymous7:35 AM

    Kalau berhenti dimana2 simpang dan traffic light mesti free gear dan tarik hand brake ke ? atau sekadar tekan brek kaki sahaja ?

    ReplyDelete
  18. thanks for the tutorial :) really helpful..

    ReplyDelete
  19. Anonymous9:13 PM

    nk perlahankan kereta utk berhenti di traffic light/simpang kena tekan yg mana dulu? clutch atau brek? klau cluth dulu, nk tekan smpai habis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tekan smpai habes baru tekan break

      Delete
  20. Anonymous7:19 PM

    nak tanya, slagi clutch x diangkat, selagi itu kereta xkan bergerak ke hadapan atau reversed...betul ke?? takut kalau2 kereta reversed, lebih2 lagi kawasan bukit.

    ReplyDelete
  21. Anonymous4:57 PM

    assalamualaikum.. saya bru belajar beberapa jam tapi bley drive.. cme saye ade masalah time nak belok kiri ngan kanan..bley x bagi tips macamane nak selesaikan masalah ni berkaitan clutch, brek ngan minyak.sekian

    ReplyDelete
  22. Anonymous8:07 PM

    saya baru nk blajar memandu,tetapi saya sudah berasa risau untuk memandu kereta kerana takut accident.apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  23. Anonymous6:26 PM

    macammana saya nak kawal stereng kerana saya tidak pernah memegang kereta lagi pula saya tidak boleh menunggang basikal

    ReplyDelete
  24. Anonymous9:24 AM

    kalau saya mahu tukar agent, apa prosedur yang perlu dilakukan?

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:59 PM

    kenapa x leh copy..ilmu baik kena la sharekan.x rugi pn kalau org bleh amalkan..=)..x kan nk salin satu2..adussh..btw,terima kasih atas ilmu yg dberikan..cuma selalunya kalau insan bergelar cikgu ni x kisah utk ilmunya dguna/dsebarkan2..=)

    ReplyDelete
  26. skrg anda dah boleh copy mana-mana info yang anda inginkan dari blog ini.Selamat belajar dan berjaya.

    Mana-mana soalan yg belum berjawap tu maknanya jawapan telah diberikan sebelum ini dalam artikel yang berkaitan pertanyaan anda itu.Sila cari ye.

    ReplyDelete
  27. Bolehkah memandu kereta manual menggunakan kaki palsu kiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:25 AM

      Hahaha kelakar apa ni

      Delete
    2. Anonymous8:57 PM

      die x bt lawak la bro..

      Delete
  28. Bolehkah memandu kereta manual menggunakan kaki palsu kiri?

    ReplyDelete
  29. Untuk mendapatkan lesen memandu bagi yang mempunyai masalah fizikal termasuk kaki palsu kebiasaanya anda perlu membuat pemeriksaan doktor di hospital kerajaan dan mendaptkan surat pengesahan layak memandu.Surat tersebut hendaklah dihantar ke JPJ yang berdekatan oleh pihak institut memandu.

    Jika anda belum ada lesen tetapi ingin memandu memang akan disaman oleh penguatkuasa sekiranya ditahan.Malah sekiranya berlaku kemalangan,memang akan menjadi satu masalah yang besar untuk tuntutan.
    Secara umumnya ketika memandu kaki kiri digunakan adalah untuk menekan pedal clutch sahaja.Jadi kemampuan kaki kiri palsu adalah bergantung pada pemandu itu sendiri.Sebab itu pengesahan doktor diperlukan untuk menentukan kekuatan kaki palsu itu menekan pedal clutch.
    Sebaiknya anda disaran memandu kereta auto kerana memandu kereta auto kaki kiri tidak digunakan.

    Diharap jawapan ini dapat membantu anda.

    ReplyDelete
  30. Anonymous9:31 PM

    Thank u so much, dear blog owner! Moga2 dengan info yg berguna ni,, saya berjaya dlm ujian jpj bulan dpn, hehe! =))

    ReplyDelete
  31. Anonymous12:17 AM

    Assalamualaikum cg....sy nk tanye,Sy akan mengambil ujian memandu kereta , dan sy cuba belajar dkt rumah,masalahnya...sy keliru dgn gear kereta manual nie..pergerakan yg perlu sy buat untuk gear 1 hingga 5?

    ReplyDelete
  32. wsalam.sebaik-baiknya belajar dengan instruktor memandu dan elakkan dari belajar diluar tanpa instruktor memandu yang berkelayakan.Merbahaya untuk diri dan orang lain.Penggunaan gear ketika ujian kebiasaannya hanya setakat gear 1,2,3 dan 4 shj.gear 5 untuk kelajuan yang melebihi 80km.Dan perlu DIINGATKAN bahawa ketika ujian jalanraya kelajuan tidak boleh melebihi 60kn sejam.Kerana itu penggunaan gear adalah setakat gear 4 shj.Sekiranya melebihi dari had itu anda akan digagalkan kerana ini adalah salah satu kesalahan mandatori.
    Diharap jawapan ini membantu anda.

    ReplyDelete
  33. Anonymous5:07 PM

    nak tanya , nape lau drive kete manual , kereta saya asyik mati je . hmm . selalu kna marah dgn cikgu . tolong saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:34 AM

      mungkin pedal clutch dilepaskan secara mengejut. mesti angkat clutch sedikit hingga rasa kereta sudah bergegar dan tahan. baru tekan minyak dengan lembut.

      Delete
  34. Anonymous5:30 PM

    sakit hati apabila belajar semuanya ok tapi masa hari test semuanya ko, malu bukan kepalang tapi inilah nasib badan, takde rezeki.

    ReplyDelete
  35. Anonymous10:43 PM

    sedih asyik kena marah ngan cikgu..first time saya blajar bawak kete,memang la slow n lambat pick up skit.. :(

    ReplyDelete
  36. nak tny sikit,masa gear dah sampai ke 4,,then nak perlahan kenderaan..tujuan sebabkan d hadapan ada bulatan..masa tu kena pijak break..clutch pulak macam?harus pijak ke atau x?

    ReplyDelete
  37. Jika berada dalam keadaan gear 4 dan anda sedang menghampiri kawasan yang memerlukan anda memperlahankan kereta,sudah semestinya anda mengawal brek dengan baik dan berhati-hati tanpa perlu menekan pedal clutch. (Hnya untuk perlahankan kelajuan tak perlu tekan clutch ketika berada di gear 5,4 dan 3.Kecuali ketika menukar gear.)
    Anda hanya perlu perlahankan kereta dan disebabkan dihadapan anda ada bulatan,anda perlu menukar kpd gear 3 dan turun lagi sehingga gear 2 mengikut keadaan pergerakan lalulintas di bulatan itu.Sudah semestinya ketika ini anda sudah mula menggunakan pedal clutch dan brek.
    Kawal kelancaran kereta anda dangan baik.
    Sekiranya anda kena berhenti,gear 1 hendaklah digunakan untuk bergerak semula.
    Cara ini untuk pemandu yang sudah boleh memandu kereta dan memiliki lesen kereta.
    Jika masih baru belajjar memandu,sila ikut arahan instruktor kerana anda masih belum selesa dan belum stabil memandu sendiri.

    ReplyDelete
  38. Anonymous11:48 PM

    assalamualaikum saudari nama sya hasif sekalian nice info tentang bagaimana nak memandu kereta yang bergearmanual saya ingin kongsikan saudara tentang senaskhah buku jom belajar memandu ia bagus untuk sesiapa yg baru ingin belajar memandu dan ambil test ia penuh dgn pnglaman dan ia juga telah bnyk menolong mereka untk lulus ini emailnya
    http://willyap.ashadee.com/go/hazim1993/

    ReplyDelete
  39. Anonymous1:04 AM

    Sya pernah blajar mmndu sblm ni tpi tdk habis sbb tertekan dgn pengajar dia yg kurang ajar..sudah la kasar cara bercakap..melemahkn semangat org....dia pun harus tau mcm mna perasaan dia semasa belajar dulu bawa kereta...

    ReplyDelete
  40. Anonymous1:05 AM

    Sya pernah blajar mmndu sblm ni tpi tdk habis sbb tertekan dgn pengajar dia yg kurang ajar..sudah la kasar cara bercakap..melemahkn semangat org....dia pun harus tau mcm mna perasaan dia semasa belajar dulu bawa kereta...

    ReplyDelete
  41. Kemarin aku ambil lesen di KV ALOR SETAR dapat cikgu perempuan tua gemuk agak kurang hajaq cara dia ajaq dah tu kira marah2 saja aku dah tak pandai bawa kereta ajaq laa baik2 mau angin aku turun pada kereta tau cuak pujuk aku nk ajaq lagi aku bayaq oke bukan ambik free ney laa manusia buat benda x ikhlas xlayak panggil cikgu sory dah hilang hormat

    ReplyDelete
  42. Anonymous11:11 PM

    assalam sy nk tnye adakh pemanduan krete manual ni AMAT sush bg seorng yg bru msuk kelz dan bru mle blajr??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Mmg pun susah. Kena beranikan
      diri Tu je. Lama2 ok laaa

      Delete
  43. assalamu alaikum saya nak cari seorang wanita untuk ajar saya memandu sampai dapat lesin boleh call saya di nombor ini 0132737078.TQ

    ReplyDelete
  44. Bagaimana sekiranya menekan cluth tanpa menukar gear, adakah enjin akan mati?

    ReplyDelete
  45. Bagaimana sekiranya menekan cluth tanpa menukar gear, adakah enjin akan mati?

    ReplyDelete
  46. Anonymous12:25 PM

    Sushnya nk bwa kreta mnuall
    ....hri2 blik nnges...seriesly x thu mcm mn nk blnce kn minyk dn clutch.....dh 4 jm bljr

    ReplyDelete
  47. Anonymous2:14 PM

    Bila nak u turn kene tukar gear 1 ke?

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Anonymous12:53 PM

    mcm mane nak lembutkan tangan ketika memndu?? cikgu sy ckp tgn sy terlampau keras dan kalau test dgn jpj pown nak lulus mst 50 50 je..dan sy selalu terlebih pusing stereng stp kali nak membelok...ade ape2 tips x utk sy??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puncanya hanya satu! Awak memandu dengan keadaan emosi yang tertekan dan terlalu taksub dengan ketakutan....bermacam-macam ketakutan padahal awak hanya nak memandu kereta je.Yang pastinya awak yang mengawal kereta/stereng kereta itu.
      Bukannya stereng kereta itu akan lari dan tercabut pun sehingga memaksa awak pegang stereng terlampau keras macam taknak lepaskan walau seinci..Jangan memaksa tangan seperti memegang tiang yang nak runtuh.
      Dua cara macamana nak tahu emosi awak tertekan ketika belajar memandu.No.1 cuba rasa adakah awak mengetap gigi dan bibir dengan keras ketika belajar memandu? Jika ye,tolong lembutkan dan pasti tangan awak juga secara automatik akan pegang stereng dengan lembut.Kawal hembusan nafas awak dengan teratur. Jangan gelojoh pandu kereta..hehe..
      No.2,dapat rasa tekanan pada perut awak ketika belajar memandu.Adakah terlalu tegang dan keras sama seperti awak pegang stereng? Jika ye,tolong kawal tekanan pada perut dan juga hembusan nafas awak.InsyaAllah semuanya pasti lembut jika awak kawal dengan baik. Ini saja caranya selain dari berlatih lebih tekun dan sabar.

      Jadi nasihat saya lembutkan lah tangan,bibir,gigi dan perut ketika mengawal stereng.InsyaAllah tiada masalah terlebih pusing. Jika berjaya tips ini bagitahu semua orang!

      Delete
  50. Anonymous12:21 PM

    Sy baru first time belajar memandu kereta manual dengan cikgu tempat sy ambil lesen. Saya tak tahu mcm mana nk imbangkn clutch dn minyak sewaktu di bukit ? Asyik kena marah je bila tak dapat buat apa yg dia mintak, first time belajar utk 30 minit pertama dia sgt garang sehingga membuatkan sy sering lupa step sbb takut. Mcm mna cara nk hilangkn gugup dan boleh ingt setiap step yg diajar supaya sy bole memandu dgn baik ? terima kasih.

    ReplyDelete
  51. Anonymous10:45 PM

    salam .. cm nEr nak kawaL kreta masA kt trafik light ? asyik mati je kereta nk buat cm mane ? help me plez.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan clutch abis dlu baru tekan break. Klau x enjin akan mati

      Delete
    2. Anonymous10:53 AM

      Puan rashidah. Jadi lepas tekan clutch dan break. Kaki kiri perlu stay dekat clutch ke ataupun boleh kalu nak angkat ? Tq

      Delete
  52. Anonymous2:16 AM

    Sy ada lesen memandu,tp sy masih takut nk bawak kereta..blh bg tips utk sy beranikan diri memandu sendiri?trm kasih

    ReplyDelete
  53. Anonymous9:58 AM

    Assalamualaikum..saya ly dah 5 jam latihan memandu..masih keliru dgn clucth dan minyak tidak pndai seimbang kan...dah mati enjin..huhu..kene marah ngan cigu ...masalah berlaku apabila d lampu isyrt...ada tips?...tekanan atau masih keliru dgn pngunaan kete..??

    ReplyDelete
  54. Anonymous12:11 PM

    Bru sejam stengah blajar. Dah srabut kpala. Xdpat nk rasa klutch tu sy release byk mna. Krete asyk mati jer :-(

    ReplyDelete
  55. salam..semasa dalam gear 4 dan mahu belok selekoh ..boleh terus masuk gear 1 x??.@gear 3 dulu

    ReplyDelete
  56. Anonymous5:21 PM

    Saye bru bljar kreta tp asik mati je ble tbe di u turn.
    agen ckp jgn tkan brek tp sy degil g tekan brek..cmne nk hilngkn prasaan ggup d jln.

    ReplyDelete
  57. Terima kasih kerana berkongsi cara bawa kereta manual ni. :)

    ReplyDelete
  58. Anonymous1:33 AM

    mcm mane nak kawal kereta ketika dijalan jam yg sesak dgn kereta di kawasan yg berbukit... adakah kita mmg kena guna cara lepas handbrake then seimbangkan clutch je ke atau ade cara yg lebih mudah dan cepat drpd itu? -Azizul-

    ReplyDelete
  59. salam.jika memandu di bukit yang mendaki jika kenderaan bergerak agak perlahan dan sesekali berhenti,biasanya hanya kawal clutch dan sedikit minyak.Jika berhenti agak lama di jalan yg mendaki sebaiknya gunalah h/brake dan bebaskan gear utk merehatkan otot2 betis dan ketahanan engin,gear dan petrol seketika.

    Utk rehatkan tapak kaki dari kepenatan,semasa kawal clutch,turunkan tumit kasut sehingga jejak ke lantai.Ini bermakna hanya bhg hadapan tapak kaki yg mengawal clutch.Kaki anda kurang tekanan kepenatan.Hanya utk pemandu yg blh mengawal dgn baik sahaja.
    Selain dari itu,saya belum menemui cara yg paling mudah lagi utk kereta yg bergear manual.Jika ada saya akan kongsikan.

    ReplyDelete
  60. Anonymous1:35 PM

    Senang faham.. tq...

    ReplyDelete
  61. Anonymous2:28 AM

    saya bawa kereta di jalan berbukit yang mempunyai trafic light.kalau saya sampai tu masih merah dan bila saya berhenti terus hijau perlu ke saya perlu tarik handbreak.??

    ReplyDelete
  62. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete
  63. Bolehkah saya memandu kereta manual yang telah diubah suai clucth mengunakan tangan bagi oku(tiada kaki kiri) dan adakah mendapat kelulusan dari jpj??

    ReplyDelete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?