Thursday, June 12, 2008

KENAPA ANDA GAGAL UJIAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM BAHAGIAN 2- OLAHGERAK??

Bercerita tentang topik ini memang ramai yang merasa kecewa kerana gagal ujian JPJ walhal dah bawak motosikal setiap hari dan bertahun-tahun lamanya.Tapi tanpa lesen memandu ler...
Takkan lah boleh gagal jugak di litar ujian yang bukannya besar dan jauh manapun.Tapi kenapa gagal jugak ek???

Saya hanya boleh kongsi dan buat ulasan sahaja tetapi berkongsi perasaan kecewa sebab gagal memang tak boleh sama dengan anda yang pernah gagal.Baiklah kenapa dan di bahagian mana yang anda gagal?

Kebiasaannya pelajar gagal di bahagian 2 iaitu
- titi,brek kecemasan dan selekoh tajam.


--> Punca gagal di titi kerana anda terjatuh samada dipermulaan titi,di tengah titi atau di penghujung titi.Kenapa boleh terjatuh? Anda tidak fokus pada olehgerak ini dengan betul.Anda tidak bersedia, tidak cukup tenaga dan anda mudah panik meyebabkan anda tidak boleh mengawal emosi,degupan jantung seterusnya daya tumpuan anda di atas titi terganggu dan sudah tentu anda tidak dapat mengawal motosikal dengan baik. Ini bermakna anda tidak mahir menseimbangkan pergerakan badan dan mengawal motosikal di jalan yang tidak rata dan tinggi serta sempit. Ini akan merbahayakan kepada diri sendiri dan pembonceng anda jika terjatuh.

--> Punca tidak dapat mencapai masa menunggang di atas titi melebihi 7 saat ialah anda tidak mahir memperlahankan motosikal dan menseimbangkan badan dan motosikal.Dalam fikiran anda untuk mengelakkan dari terjatuh lebih baik anda melajukan motosikal sedangkan anda tidak sedar yang masa anda tidak mencecah 7 saat pun.Anda hanya dapat masa kurang dari 7 saat.Sudah pasti anda gagal sebab syarat masa sekurang-kurangnya 7 saat di atas titi.

--> Anda gagal olahgerak brek kecemasan kerana terjatuh ketika membrek di dalam petak berhenti.Puncanya anda tidak mahir mengawal keseimbangan berat badan dan kawalan motosikal anda sebaik anda menekan brek kaki dan menarik brek tangan serentak.

Anda gagal berhenti dengan betul dan tayar motosikal hadapan melepasi garisan berhenti yang berada di hadapan sekali.
Begitu juga anda berhenti tetapi terlanggar tebing di kiri dan kanan.Ini dikira sebagai berlaku kemalangan.

--> Punca anda gagal di 2 selekoh tajam ialah kerana anda terlanggar tebing dan kaki anda terjatuh menahan tebing jalan.Anda dikira sebagai tidak mahir mengawal diri dan motosikal ketika berada di jalan yang berselekoh dan berliku.Ini merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jika berada di jalanraya.

--> Berlaku sebarang kemalangan ketika anda menunggang di dalam litar dimana-mana olahgerak.

--> Melanggar atau terlanggar apa-apa objek di dalam litar.

Oleh itu berlatihlah dengan betul dan fahamilah tentang pengiraan markah yang akan diuji oleh pegawai penguji.Jangan belajar sambil lewa sahaja kerana anda menyangka diri anda sudah cukup handal dan pandai menunggang motosikal selama ini di jalanraya.

Sedarlah bahawa peratus kemalangan maut di jalanraya untuk penunggang dan pembonceng adalah disebabkan oleh sikap sambil lewa dan tidak berhati-hati serta tidak mahir sepenuhnya.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

2 comments:

Anda ada komen tentang artikel saya ini?