Wednesday, June 04, 2008

KENAPA ENGIN KERETA SAYA SELALU MATI KETIKA SAYA BELAJAR MEMANDU KERETA?

Masalah ini adalah satu dilema bagi pemandu yang baru belajar kereta lebih-lebih lagi pada hari pertama.Tetapi kenapa eh?Kenapa bila nak gerakkan kereta je engin mati tiba-tiba? Geram dan letih betul kan? Sampai naik pening kepala fikir apa yang berlaku.

Baiklah..Ini tips mudah dari saya untuk pelajar yang selalu berdepan masalah ini.

Kereta boleh bergerak dengan adanya minyak petrol,pedal clutch,pedal minyak dan juga gear.Ini cara paling mudah nak faham pasal nak gerakkan dan berhentikan kereta.

1. Pusing kunci dan hidupkan engin.OK? Bermakna ada minyak petrol kereta tu dan engin tidak ada masalah.

2. Nak bagi kereta bergerak? Kena guna gear 1.
Sudah tentu kena tekan pedal clutch sehingga jejak kelantai baru gear mudah dimasukkan ke slot gear 1.Dah ok?

3. Nak gerakkan? Pedal clucth diangkat sedikit sehingga terasa body kereta dah mula nak bergerak ke depan.Tekan pedal minyak sikit nak bagi kereta bergerak stabil.Tak perlu tekan banyak sangat.Agak-agak dah boleh bergerak.Kira oklah dan baru lepaskan pedal clutch sepenuhnya.Kawal steering dan tukar gear 2 bila dah stabil kelajuannya.

4. Nak berhentikan kereta? Tekan pedal clutch sepenuhnya terlebih dulu.Baru tekan pedal brek perlahan-lahan dan sebaik berhenti tekan brek dengan penuh.Bebaskan gear.


Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar sehingga kerap mati engin ialah:
==========================================================

1. Sudah masuk gear 1 dan kereta baru nak mula bergerak,kaki kiri yang tekan pedal clutch diangkat penuh dan mengejut.Sedangkan kaki kita perlu tahan sedikit kat pedal clutch sementara nak bagi kereta bergerak stabil.
Bila sudah bergerak stabil barulah lepaskan sepenuhnya.


2. Ketika nak berhenti,kita terus tekan pedal brek dengan mengejut.Sepatutnya kita tekan pedal clutch dulu kemudian baru tekan pedal brek.Kemudian bebaskan gear dulu sebelum lepaskan kedua-dua kaki.


Nota: Saya menggunakan gaya bahasa yang simple dan bersahaja untuk pelajar faham dengan cepat. Cara ini hanya sesuai untuk pelajar yang betul-betul dah hampir putus asa sahaja.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

12 comments:

  1. betul3....mula2 nak belajar pon cikgu saya tekankan utk sy x lepaskan klac habis...kne tahan..^___^

    ReplyDelete
  2. thanks for this tutorial too :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mslh sllu jd kt sye, tension+malu. mcm naik kereta kuda. huhu

    ReplyDelete
  5. Saya pon sama. Dah rasa cam x nak gi blaja dah.... hopefully esok x mati lg enjin kereta saya... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama sis haha. kene mrh dgn cikgu sbb lepas klac mengejut sampai enjin mati. rasa fade up pun ada

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. terima kasih byk2 atas penerangan & gaya bahasa yg sgt2 dan mudah difahami...sok saye nk blaja kete..first time ni..doakan ye insyaAllah moga dimudahkn sgale2nye..& terima kasih skali lagi moga penerangan cik ni dpt membantu saye & org2 diluar sane yg nk blaja ! gud luck semua ! :))

    ReplyDelete
  8. Tq atas pnerangan Cik, saya kdg2 trmati jugak enjin, yg cikgu nya pn trjerit2..mcm da mls nk g blja kete lg hmm

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:15 PM

    Boleh tak mse nak uturn ..dari gear 4 kite trus tukar ke gear 1?

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:19 AM

    Lesen d control boleh bawak lori kren hardware tak 3500kg sama berat kosong

    ReplyDelete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?