Thursday, November 15, 2007

Kenapa anda gagal ujian mendaki bukit?

Kali ini akan diperkatakan tentang masalah calon selalu gagal ketika ujian mendaki bukit.
Kebanyakan calon yang gagal ujian mendaki disebabkan:
1. Tayar hadapan tidak mencecah atau kedudukan tayar tidak memasuki garisan kuning .
Tayar mesti berada paling kurang 50% ddidalam garisan kuning.Keadaan ini anda akan diberi peluang sekali lagi untuk mendaki bukit.
Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini menyebabkan anda terus dianggap gagal.

- Punca anda gagal ialah kerana masalah tidak fokus,panik dan tidak tahu apa nak buat ketika menghampiri garisan kuning di puncak bukit.

- Cara yang paling mudah ialah
Anda pandu kereta bergerak lurus dan rapat ke sebelah kanan,fokus kepada kedudukan cermin sisi kanan dan tiang kanan yang pertama.
Kedudukan cermin sisi berada lebih kurang hampir 1 kaki atau sama dengan tiang kanan tersebut.
Ketika ini anda mesti berhenti dengan menekan brek kaki dan pedal clutch serentak.Kedudukan tayar anda pasti berada di atas garisan kuning.
Jangan tengok tayar dulu!
Anda mesti tarik brek tangan dengan ketat dan betul serta bebaskan gear dahulu.
Kemudian lepaskan kedua-dua kaki anda dari pedal.Jengoklah keluar samada tayar hadapan sudah betul kedudukannya.


2. Ketika berhenti di garisan kuning,brek tangan tidak ditarik dengan betul menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50% masuk ke garisan kuning.

Puncanya ialah anda terburu-buru hendak melihat kedudukan tayar hadapan.
Ataupun anda terlalu takut kepada pegawai JPJ yang menguji anda sehingga anda terlupa apa yang patut dilakukan.
Jangan tengok tayar dulu!
Anda mesti tarik brek tangan dengan ketat dan betul serta bebaskan gear dahulu.
Kemudian lepaskan kedua-dua kaki anda dari pedal.Jengoklah keluar samada tayar hadapan sudah betul kedudukannya.

3. Ketika hendak turun ke hadapan,kereta anda terundur ke belakang dan engin kereta mati.

Puncanya kerana anda terburu-buru atau kelam kabut mengawal pergerakan kaki di pedal clutch dan pedal minyak.
Biasanya calon melakukan kesalahn dengan menekan semula pedal clutch atau mengurangkan minyak ketika kereta sudah mula hendak bergerak ke hadapan.
Pedal brek tidak boleh digunakan sama sekali ketika ini!

Sepatutnya ketika ini,calon menekan pedal minyak dan mengangkat pedal clutch lebih kurang 60% ke atas.
Sebaik terasa badan kereta bergegar dan hendak bergerak ke hadapan,tambah sedikit minyak,tahan pedal clutch serta terus turunkan brek tangan serentak.
Kereta anda akan meluncur ke hadapan secara automatik.Perlahankan kereta anda sebaik menuruni bukit.

Secara asasnya calon mesti memahami langkah demi langkah,kawal pergerakan kaki dan kawal lah emosi.Setiap kali latihan hendaklah lakukan yang terbaik begitu juga ketika hari ujian.
SELAMAT BERJAYA!

16 comments:

  1. Anonymous12:00 PM

    masa nak gerak kereta turun bukit,kita kena tekan clutch then masuk gear 1 kn..then naikkan minyak dgn clutch..?

    ReplyDelete
  2. memang dah dalam gear 1 pun, cuma perlu lepaskan minyak dan clutch. jangan usik apa - apa sehingga anda berada di atas jalan yang rata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm anew nk wat blew ktew xsempat nk free gear tp enjin da termati dgn sndiri???

      Delete
    2. Anonymous6:24 PM

      enjin mati...lpas tu, free kan gear...then, start semula kereta

      Delete
  3. ptg tadi sye dah buat..tp sedih , still tak bleh walaupun 3 kali cuba..ape yg sye buat , bile smpai kat atas bukit tu , sye terus tekan brek , pastu terlepas clutch..then kreta mati..pastu kene marah..

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:57 AM

    kalau enjin mati terus gagal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:55 PM

      Mggu lps bru wt ujian daki bukit kt litar...asik trkeluar dr grisan kuning,n mase nk lps kn clutch n tekn minyak,asik fail je..n nk trun kn handbreak pn pkai due blah tgan...mggu ni x taw blh wat lg ke x....

      Delete
    2. Anonymous4:23 AM

      2 kali je boleh

      Delete
    3. Jandbrek jgn angkat tinggi sgt nnt susah nk turun.. handbrek die ade sistem n ukuran die.. klou orasankorasan time kretatarik handbrek tu ade bunyi tick..tick.. tu, ckup 2x tick shj sbenarnye xperlu tarik smpai ahmbis (6tick) axia.n viva drivong skol ckup 2tick.. klou nk slamat 3tick.

      Delete
  5. khamis ni test jpj. cuak dohhh.. aku naik bukit ok tpi time nk turun 2 yg problem. doa2kn aku lulus kay?

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:47 AM

    Masa nk turun bukit,saya angkat clutch sikit n tekan minyak,pastu turun brek tangan,tetapi kereta tetap undur ke belakang..tayar dah berada atas garisan kuning awal tdi...adakah sebab saya tak bebaskan gear,sbab tu kreta tu undur???

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:50 AM

    saya pun gagal test di bukit
    ~ rupanya bila nak jln sudah..angkat clutch tu 60% @ tekan minyak smpai rpm 2 or 3..bila terasa keta tu nak gerak baru lepas hand break

    ReplyDelete
  8. Besok dh test jpj..paling risau kt bukit .minggu lpas fail sbb kt bukit , handbreak mcm ketat nk bwk turun trus mati enjin..

    ReplyDelete
  9. esok dah test jpj...aq paling2 risau bukit..harap lulus lah semua bhagian

    ReplyDelete
  10. Cikgu ajar saya cuma gunakan clutch dan break sahaja. Tidak perlu guna handbreak. Boleh ke mcm nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8:11 AM

      Rasanya ni cara kalau dh betul betul pandai dah lama bawak kereta . Kalau masih belajar ni better guna handbreak.

      Delete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?