Thursday, May 22, 2008

MARKAH PENUH UJIAN MEMANDU DI JALANRAYA UNTUK KERETA

Seperti yang dijanjikan semalam,berikut adalah 20 markah penuh yang terdapat dalam borang pengujian JPJ untuk ujian memandu kereta di jalanraya.

BAHAGIAN 3:

==========


Markah 1 ->
- Membetulkan tempat duduk.

Markah 2 ->
- Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.

Markah 3 ->
- Pakai talipinggang keledar.

Markah 4 ->
- Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar.

Markah 5 ->
- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.

Markah 6 ->
- Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.

Markah 7 ->
- Guna brek kaki dan tangan dengan betul.

Markah 8 ->
- Mematuhi peraturan lampu isyarat.

Markah 9 ->
- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.

Markah 10 ->
- Mematuhi peraturan garisan dua selari.

Markah 11 ->
- Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.

Markah 12 ->
- Memandu kenderaan di jarak yang selamat.

Markah 13 ->
- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.

Markah 14 ->
- Mematuhi had laju.

Markah 15 ->
- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal.

Markah 16 ->
- Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul.

Markah 17 ->
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas.

Markah 18 ->
- Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.

Markah 19 ->
- Memandu secara tidak merbahaya.

Markah 20 ->
- Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan.

Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Semua markah ini akan diperiksa satu persatu oleh pegawai penguji ketika anda sedang memandu di jalanraya.Jika anda tidak terkial-kial,tidak panik,boleh mengawal kereta dan menggerakkan kereta dengan baik dan tidak merbahaya,insyaAllah peluang anda untuk lulus sangat tinggi.Pastikan anda boleh membuatkan pegawai penguji di sebelah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat dari mula anda bergerak hingga anda memberhentikan kereta di tempat penamat ujian.
Tetapi awas,jika dari mula anda menggerakkan kereta lagi,degupan jantung pegawai penguji berdegup kencang dan dia berasa sangat tidak selamat berada di sebelah sebagai penguji dan juga sebagai penumpang pertama anda,maka peluang anda untuk digagalkan sangat-sangat tinggi.
Oleh itu pastikan anda memandu dengan selamat dan mengikut arahan dan peraturan yang telah diajar oleh pengajar memandu ketika sesi ujian JPJ.Berlatihlah bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik sahaja.Tidak ada istilah cobaan ketika hari ujian!Selamat berjaya kepada anda yang akan diuji.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

9 comments:

  1. "sy bru g test rbu lpz..jlnrye sy llus ngn mrkh 18/20..bukit sy llus..tp sy fail kt prking..aduh..xsmpt g 3 pnjru..dh kne kuar kete..cdih..mlu..sume ad..mgkn bukn rzki sy gknye..td sy wt ltihn ulangn 2jm n byr tok ulangn test jpj tok buln dpn..hrpnye llus r..doakn sy ea..

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:08 PM

    Aku test bulan 11/2012 ni..doakan aku lulus tanpa ulangan Untuk kete dan moto

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:41 AM

    menarik...

    ReplyDelete
  4. thanx share maklumat ni..

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:55 PM

    doakan saya yg terbaik. besok dh start test TQ info

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:27 PM

    bgus tips ni..tp sy jpj sje gagalkn..dia cuba kelirukan sy..dgn suh g jln shortcut...bila sy x tau jln tu..sy try bg signl knan dia suh bg ke kiri...bla bg ke kiri dia suruh bg kanan semula, 1lg time trafic light...dia suruh sy lepaskn clutch...sy ckp nti enjin mati...dia suruh jugak...dpt keputusan GAGAL...geram je hti ni...jgn la main2..kt bljar ptt bg pnduan y betul

    ReplyDelete
  7. Selalunya ujian pakai kereta manual, apapun kena belajar cara bawa kereta manual dan bagi cekap dulu baru masuk ujian.

    ReplyDelete
  8. Saya ada masalah d jalan raya dah lah bbukit bila masa saya nak turu bukit plu tukar ke gear 4 n tukar lorng sebelah knn saya teragak2 ketika nak tukar lorong n rasa takut turun bukit

    ReplyDelete
  9. Saya ada masalah d jalan raya dah lah bbukit bila masa saya nak turu bukit plu tukar ke gear 4 n tukar lorng sebelah knn saya teragak2 ketika nak tukar lorong n rasa takut turun bukit

    ReplyDelete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?