Wednesday, May 14, 2008

UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA

Setiap orang yang akan diuji ketika ujian praktikal JPJ akan melalui ujian bahagian 3 iaitu ujian memandu di jalanraya.Saya lebih suka memberi tips apakah markah yang boleh kita perolehi dengan mudah sebelum kita menggerakkan kereta ke jalanraya.

Berikut ialah tips dan perkara yang perlu dibuat oleh setiap pemandu.Sila jangan buang markah bonus ini walaupun satu markah kerana ianya terlalu mudah untuk diperolehi.Buat sahaja anda dah boleh dapat markah.Anda tak nak buat dan malas nak buat bermakna anda akan kerugian markah dan peluang untuk anda gagal sangat tinggi.

Perkara yang perlu dibuat:
===================

Sebaik nombor giliran anda dipanggil oleh penguji JPJ,anda dengan muka manis dan bersopan sila masuk ke dalam kereta dan ucaplah kata manis dan salam kepada penguji.

1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.Anda wajib lakukan walaupun anda rasa kedudukan kerusi anda sudah ok dan sesuai.
Ini untuk menunjukkan yang anda memang membuat pemeriksaan dan tahu macamana nak laraskan tempat duduk. Anda dah dapat satu markah.Mudahnya kan!

2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
Kemudian minta izin penguji untuk membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Takut terkena badan penguji ketika kita mengalihkan tangan kita.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri. Anda dah boleh dapat markah kedua!

3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas.Jika anda terlupa memakai tali pinggang keledar sehingga balik,peluang untuk anda gagal sangat tinggi. Jangan lupa tau! Faktor keselamatan dan boleh disaman jika di jalanraya. Ini markah ketiga anda!

4. Jika engin kereta mati,sila pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.Boleh jadi macam kereta kuda pulak nanti! ini markah keempat anda!

5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.
Anda dah boleh dapat markah kelima.Mudah sangat kan?


Inilah perkara asas yang perlu anda buat sebelum mula bergerak ke jalanraya.Senang sangat nak dapat 5 markah yang terawal.Kalau anda tak nak buat,markah anda akan ditolak satu persatu.Jangan buang markah! Rugi!

13 comments:

  1. Anonymous11:47 AM

    terima kasih.nmpk mudah.tp bila gabra,suma lupa.tqvm

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih..Very useful..and good explanation :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh..sgt berguna..kurang dr 2 jam dr skrg sy bakal mnduduki ujian jpj.. :)

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:21 PM

    Terima kasih . Sy cepat lupa lima2 step ni kdg2 . Hehee

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:22 PM

    terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:37 AM

    Tkud nyer esok sy qT..

    ReplyDelete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?