Wednesday, August 31, 2011

Kenapa anda masih tak pandai-pandai belajar memandu kereta.






Ini satu masalah dan persoalan yang selalu bermain di minda pelajar yang baru belajar memandu.Susahnya kan.Tapi betul ke ianya memang susah??
Apa yang menyebabkan anda rasa susah sangat nak memandu kereta.Samada anda tak faham atau memang lambat menerima apa yang diajar.Atau memang pengajar anda memang tak pandai mengajar anda??? hohoo.kenyataan n soalan nak maut ni untuk saya!

Apapun jika anda berada dalam situasi ini,tolong bagitau.saya cuba bagi jalan keluar yang mudah dan menenangkan anda di ruangan komen.

peace no war!

24 comments:

  1. salam cikgu, huhu gini sebenarnya. saya nmula2 ok je bawak kete, pastu bile saya langgar tiang kat bukit tu, terus saya jadi takut bawak kete.

    pastu sekarang ni saya da pandai da lepas stering waktu selekoh, padahal saya tau tu salah, maybe sebab saya rase saya da expert ==" huhu.

    then, cikgu memandu saya yang dulu puji saya da mule dingin da. meybe die malas nak ajar org bodo smbg. tapi bnde tu lelama jadi habit lak, then saya rase gabra bile saya tukr kete baru time qti.

    harap cikgu tolg bg tips ye. 26.9 ni saya jpj. selamat hari raya~~

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya liyana.salam jgk.
    masalah pertama,mudah je.cuba kawal stereng lurus masa naik bukit dgn betul berpandu pd cermin sisi sblh kanan n tiang pertama.
    insyaAllah xkena langgarpn tiang tu.kesian kan kalau tiang tu adalah org.berlatih lg sampai pandai.kalau agk2 masih kurang jgk,tmbah je jam belajar.
    jgn takut ttg duit.kemahiran blm tentu boleh ditukar dgn duit.
    Masalah ke2 tu liyana bkn bodo smbong tp apa yg saya blh katakan ialah satu perasaan dalaman: yes aku pun blh buat! betul tak? liyana pn nak tunjukkan yg liyana blh memandu sambil lepas stereng.mgkin sbb pnh naik dgn org yg bwk kete mcmtu..
    TETAPI liyana kena ingat.memandu di selekoh tanpa kedua2 tgn berada dlm posisi yg betul di stereng adalah SGT2 MERBAHAYA.Blh menyebabkan kemalangan maut!.Jagn sesekali meniru gaya ini.Kalau ujian memandu boleh terus gagal tau! Saya sendiri sebagai instruktor memandu pn masih tidak akan melepaskan tgn saya dari stereng.Utk tips ujian ttg stereng ni sila rujuk kat artikel saya dlm blog ni.
    Saya hrp liyana akan jadi pelajar yg bijak,berdisiplin dan pemandu yg terbaik ye.

    ReplyDelete
  3. salam . Saya nak tanya yea kenapa perasaan gabra tu ada jer setiap kali nak bawak kereta??? Saya ni dah lulus lesen memandu pada bulan 7 yg lepas tapi lepas satu kejadian accident yg berlaku saya tak berani lagi nak bawak kereta

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:50 PM

    salam sy lina,
    saya dah 2 bln ada lesen P, tp smpi skrng rs cam takut n cam x pas2 lagi nk bw kereta,kdg2 rs cam nak msuk sek memandu semula utk blajar ..Blh x bg sy tips supaya sy yakin utk memandu?

    ReplyDelete
  5. salam ckgu.
    20/6 ni sy ade test jpj buat kali kedua.
    sy tak dpt nak kawal perasaaan tkot. kata ckgu memandu sy, sy kurang mahir dlm pengawalan stereng dan mengimbang cluth and minyak.. tlg bantu sy

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    terima kasih banyak cikgu cz dh bagi tips yang sangat berguna & mudah difahami..maklum la sebelum baca tips dari cikgu..saya rasa takut sangat nak menghadapi ujian QTI esok. rasa ragu2 bila bawa kereta tu selalu buat saya takut nak ambik ujian..hehe.. tapi bila baca jer tips2 yang cikgu bagi ni..perasaan saya ada sedikit lega & punya keyakinan untuk test esok...thanks a lot! ;)

    ReplyDelete
  7. pg, sy nak bkongsi cikit cerita sy br je dpt lesen p, buat ms nie sy tak pandun kereta trn kerja cuma waktu balik pejabat sj sy cuba/belajar pandun d temani olh kak sy, sepanjang pjln ok cuma kdg2 nak juga makan jln sebelah, sy sentiasa pandu jln kiri jln utk kereta pelahan mcm sy, mslh sy nie bila keadaan jalan sesak dekat bulatan n ada sedikit bbukit rendah bila kenderaan depan dh kedepan cikit bila smp giliran nak jln sy rasakan kereta yg berundur cikit kebelakang mbuat kan sy tpaksa tarik handbreak lagi nak jln sy cepat nervous tengok kereta kiri kanan sy.....

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak hilangkan rasa nervous semasa pemanduan d jalan raya sesak...

    ReplyDelete
  9. salam utk semua.maaf kerana lambat membalas soalan.Saya menguruskan bisnes dan sangat sibuk.Kini ada kelapangan baru boleh menjawap.
    Apa yang boleh saya katakan ialah punca semua masalah anda di atas adalah kawalan emosi dan keyakinan diri serta takut terlalu awal.Jalan penyelesaiannnya ialah anda bawa bertenang,kawal emosi,jangan mudah gugp dan panik.Buat yang sepatutnya dan elakkan dari membuat perkara yang merbahaya.Sentiasa berusaha memperbaiki kesalahan yang selalu dibuat.Sila rujuk artikel saya yang berkaitan masalah anda.
    Itu saja yang mampu saya bantu anda.

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:28 PM

    Saya akan menghadapi ujian test jalan raya kali kedua...masalah saya..saya amat sukar untuk memulakan pemanduan..saya jd gemuruh...boleh tak tolong bagi tips cara nak gerakkan kenderaan........

    ReplyDelete
  11. bila anda akan pergi ke ujian kali kedua ini bermakna anda dah pernah melalui ujian dan tahu sedikit bagaimana keadaannya.Apa yang perlu dilakukan ialah kawal emosi dan lakukan apa yang anda belajar sebelum ini.Itu saja.Selebihnya ialah anda perlu bayangkan apa nak buat bila masuk kereta dan 5 markah pertama sebelum bergerak serta kawallah emosi anda .Sematkan dalam fikiran kali ini aku mesti buat yang lebih terbaik dan pasti boleh lulus.Bayangn-bayangan negatif sila buang jauh-jauh.Selamat berjaya!

    ReplyDelete
  12. Anonymous6:02 PM

    Saya berasa takot sgt untuk pergi kelas memandu seterusnya kerana takot kena tengking instruktor menyebabkan saya berasa lemah semangat dan fobia untuk memandu...apa yang perlu saya lakukan

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:30 AM

    salam.
    saya dh pun mhadapi ujian QTI tetapi masih lg lemah dlm pemanduan dan kurang fokus krn terlalu takut.
    catatan ujian qti sya..
    -tidak dpt memulakan pjlan dgn sempuran..enjin mati
    -lambat bertindak semasa keluar /msuk simpang
    -kawalan stering lemah semasa bpusing kiri/kanan
    -pggunaan gear tidak sesuai..kelajuan rendah
    -tiada kemampuan masuk ke susur highway.

    tolong bg sy tips utk sy memandu dgn lebih baik..sy rasa down sgt skrg ni.walau pun dh tambah belaja tetapi msih lemah. :(

    ReplyDelete
  14. Tak perlu terlalu kecewa hanya kerana keputusan ujian qti tidak memberi semangat kpd anda.Kesemua alasan yang tersebut dihadapi oleh hampir kesemua pelajar memandu dimana-mana pun termasuk ketika mula-mula saya belajar memandu dulu.
    Sekiranya ketika ujian tersebut anda dicatatkan sebagai berjaya dan melakukan kesemuanya dengan baik ianya memang sedikit ajaib!walhal anda baru belajar memandu.Memang kesalahan akan berlaku hampir di semua tempat.Ini adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu anda putus asa.
    Tips yang terbaik ialah jangan leka membaca dan khayal dengan keputusan ujian qti tersebut.Jadikan pengajaran dan perbetulkan kesemua kesalahan tersebut.Jangan terlalu kedekut untuk menambah jam belajar.
    Akuilah bahawa diri anda memang perlu lebih latihan dan jadikan apa jua kata-kata instruktor anda itu sebagai cabaran positif untuk anda membuat yang lebih terbaik.
    Jika rajin,bacalah artikel saya yang berkaitan dengan kesalahan anda itu.
    Saya doakan semoga berjaya dan lulus dengan cepat!

    ReplyDelete
  15. Anonymous6:03 PM

    salam. sy msih dlm belajar mmndu,dh 2kali.. tp entah lah,, sy msi pndai mmndu, kkdg rse nk give up..

    ReplyDelete
  16. Anonymous3:16 PM

    Salam sy bru test undg2 sje,tpi xpass then down smpai tkut nk test lg..skrg sy rase mcm nk blajr tp tkut nk drive sbb tk pernh drive

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:20 AM

    Think positive.. Sy pun baru habis blajar, tinggal ambil qti n jpj lagi, dari awal sy blajar, sy hnya fkir bahawa benda ini senang dan mudah.. Setiap permulaan sesuatu tu mmg kita rasa susah dan takut tapi itu permulaan, bila kita dah dpt bnyak pengalaman semuanya menjadi sperti biasa.. Jgn fkir yg kamu akan gagal, jgn takut gagal ! Berani maju kehadapan.. Hidup harus berjuang, org lain boleh lulus, kita pun boleh lulus! Kita cuma perlu banyak bersabar.. Mulakan dgn bismillah, selawat.. Akhiri dengan alhamdulillah.. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum cikgu
    Saya ambik manual
    Tapi waktu nak belajar tu okay pastu x okay mcm tu
    Lagi lagi naik bukit
    Kesian cikgu saya ajar banyak kali
    Then harini bawak pegi jalan raya first time in my life
    Hmmmm mcm nk nangis dah bawak kereta
    Cikgu saya la yg pegang stereng
    N all that
    Saya ni tak tau knp susah utk saya
    Padahal cikgu saya dah ajar betul betul
    Saya ni jenis yg kelam kabut belajar
    Bawak keret lagi lagi dekat roundabout
    Hmmmmmm mcm mne la cikgu tolong saya huhuhu
    Saya ni takut
    Saya ni jenis yang otak jam
    Like don't know what to do
    Saya rasa mesti saya laa student paling teruk yg cikgu saya pernah dapat
    Cikgu tolong saya
    Saya kena buat ape
    Huhuhu

    ReplyDelete
  19. salam.
    pertama sekali setiap permulaan waktu nak belajar,bacalah al fatihah sebagai penenang jiwa yang kelam kabut.
    Kemudian think POSITIVE.
    Semua orang belajar memandu memiliki masalah yang hampir sama.
    Takut dan tak boleh nak buat.Padahal sebenarnya tidaklah susah sangat pun.
    Bayangkan anda sedang berada disebuah pulau yang terpencil dan anda tiada pilihan untuk survive kecuali melakukan semua arahan dengan terbaik.
    Tiada masa untuk berfikir yang bukan-bukan apatah lagi memikirkan tentang tidak boleh buat.
    Hanya satu jalan sahaja iaitu buat dengan berani dan BETUL!
    Jangan merendahkan kebolehan diri sendiri.
    Jangan terlalu memanjakan diri dan perasaan sendiri.
    Kena buat yang BETUL sahaja.
    InsyaAllah pasti boleh buat dan berjaya!
    Buatlah!
    Setiap kali nak balik dari belajar bacalah AlFatihah.
    Pasti jiwa akan lebih tenang dan aman dari ketakutan gagal.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum cikgu..terima kasih di ats nasihat yg cikgu berikan..saya baru saja lepas training kereta manual tadi..rs down sgt sbb mghadapi masalah2 seperti xdpt kawal stereng dgn clutch dgn baik.cikgu saya pon nak mcm marah pon ada...huhu.smpai sy rs nak give up dah.tp lpas bca nasihat2 cikgu ni sy rs rmai org pon mengalami masalah yg sama dan yg pntg diri kita kena rajin usaha dan jgn berfikiran negatif sgt.skrg sy rs xsabar nak cuba buat yg terbaik utk latihan akn dtg..terima ksh cikgu😊

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum cikgu..terima kasih di ats nasihat yg cikgu berikan..saya baru saja lepas training kereta manual tadi..rs down sgt sbb mghadapi masalah2 seperti xdpt kawal stereng dgn clutch dgn baik.cikgu saya pon nak mcm marah pon ada...huhu.smpai sy rs nak give up dah.tp lpas bca nasihat2 cikgu ni sy rs rmai org pon mengalami masalah yg sama dan yg pntg diri kita kena rajin usaha dan jgn berfikiran negatif sgt.skrg sy rs xsabar nak cuba buat yg terbaik utk latihan akn dtg..terima ksh cikgu😊

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum...
    saye nk kongsi masalah...sye dh nk buat QTI x lame lg, tp saye rase saye msih belum cukup mahir utk memndu...cikgu sye ckp yg sye bwk kreta terlalu lmbt, x kirelah bukit ke, parking ke, selekoh s dan z ke semua lmbt... kereta plk asyik mati enjin jer... saye rase sedih sgt, saye kecewa dgn diri saye, sye rase cikgu saye pon kecewa dgn saye... saye rase lemah semgat sekrg, saye takut sangat ...mcm mane sye nk hadapi test jpj nanti...=( tolonglh saye ...doakan saye ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...Bagi saya pelajar yg bwk kereta lambat adalah perkara biasa.Dah nama pun pelajar.Mcm2 yg ditakutkan.Itu biasa.Yg luar biasa,jika dia tak pernah memandu tiba2 dah boleh memandu dan memandu laju.Itu mmg sgt luar biasa!
      Tiada apa yg perlu disedihkan jika pengajar mengatakan awak lambat.Itu dia kena akui yg awak mmg lambat.Terima dgn hati redha walaupun dalam hati dia tak puas hati.Apapun bagi saya semua perasaan itu adalah biasa.
      Ini adalah fenomena biasa dlm industri institut memandu.

      Ok ttg masalah cik adik ni ialah takut nak memandu sedikit laju dari biasa.Ini semua ialah permainan psikologi diri sahaja.Tanggapan awak jika lbh sedikit dari biasa awak tak blh nak kawal kereta atau takut terlanggar.Engin mudah mati disebabkan masalah kawalan diri dan tidak fokus sepenuhnya ketika memandu.Maksud saya fokus ialah awak tak fokus pada keadaan diri awak,hati awak,perasaan awak,kaki awak,tangan awak,daya tumpuan mata ketika memandu dan melalui setiap lokasi yang sdg dipelajari.
      Apabila kesemua perkara yg saya nyatakan ini tidak dapat berhubung dan berkomunikasi secara serentak ketika belajar memandu memang sangat sukar nak memandu dgn baik dan mengikuti apa jua arahan dari pengajar.
      Walaupun awak rasa tidak ada salahnya dgn diri samada awak atau pengajar,kereta dan litar.Tak pasti apa dan dimana silapnya.Inilah masalah utama yg dirasai oleh hampir kesemua pelajar baru belajar memandu.
      Jgn rasa down sgt! Apa yg blh dikatakan ialah fikirkan BOLEH! Kalau org lain blh buat kenapa awak tak boleh pulak.Betul tak?? Jika rasa masih kurang mahir,bincang dgn pengajar apa masalah awak dan jika perlu tambah jam belajar,sila tambah.Jgn berkira sgt ttg duit jika nak kemahiran memandu.
      Jgn rendahkan kebolehan diri sendiri. Inilah yg berlaku pada saya masa mula2 saya belajar memandu dulu! Masa tu jika saya buat silap dan kena marah,saya akan terima dan senyum kat mulut dan kat dlm hati sekali.
      Saya tak pernah simpan apa yg cikgu marah.Tapi semua yg dia ajar saya fikir dan betulkan sampai jadik!
      Saya cuma fikirkan satu target iaitu saya nak lulus ujian memandu dan boleh dapat lesen serta boleh memandu kereta.Yg lain2 saya tolak tepi...
      Alhamdulillah disebabkan rasa teruja dan minat memandu,saya berjaya memiliki kelas B full,D dan juga lori.Serta berjaya memiliki lesen GDL kelas B,D,lori kejur,lori bersendi iaitu dari motorsikal roda tiga sehingga lori bersendi iaitu lori kontena. begitu juga saya berjaya memiliki lesen PSV dari teksi,limo,van,sehingga bas dua tingkat.
      Kesemuanya saya lalui proses latihan dan ujian seperti mana yang dilalui oleh orang lain.Tiada yg mustahil jika kita mahu dan berusaha tanpa sedikit rasa putus asa.
      Jadi awak kena set target mulai sekarang sehingga awak berjaya memandu dan lulus ujian!Ketepikan apa jua yg awak rasa.

      Delete
    2. terima kasih...kata-kata cikgu sangat bermakna utk saye, saye rase semangat saye hidup balik...saye harap sangat saye lulus test jpj dan boleh bwk kereta dgn baik...cikgu doakan saya ye...semoga cikgu dimurahkan rezeki dan dirahmati olehNya...Amin

      Delete

Anda ada komen tentang artikel saya ini?