Thursday, May 22, 2008

MARKAH PENUH UJIAN MEMANDU DI JALANRAYA UNTUK KERETA

Seperti yang dijanjikan semalam,berikut adalah 20 markah penuh yang terdapat dalam borang pengujian JPJ untuk ujian memandu kereta di jalanraya.

BAHAGIAN 3:

==========


Markah 1 ->
- Membetulkan tempat duduk.

Markah 2 ->
- Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.

Markah 3 ->
- Pakai talipinggang keledar.

Markah 4 ->
- Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar.

Markah 5 ->
- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.

Markah 6 ->
- Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.

Markah 7 ->
- Guna brek kaki dan tangan dengan betul.

Markah 8 ->
- Mematuhi peraturan lampu isyarat.

Markah 9 ->
- Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.

Markah 10 ->
- Mematuhi peraturan garisan dua selari.

Markah 11 ->
- Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.

Markah 12 ->
- Memandu kenderaan di jarak yang selamat.

Markah 13 ->
- Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.

Markah 14 ->
- Mematuhi had laju.

Markah 15 ->
- Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal.

Markah 16 ->
- Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul.

Markah 17 ->
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas.

Markah 18 ->
- Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.

Markah 19 ->
- Memandu secara tidak merbahaya.

Markah 20 ->
- Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan.

Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Semua markah ini akan diperiksa satu persatu oleh pegawai penguji ketika anda sedang memandu di jalanraya.Jika anda tidak terkial-kial,tidak panik,boleh mengawal kereta dan menggerakkan kereta dengan baik dan tidak merbahaya,insyaAllah peluang anda untuk lulus sangat tinggi.Pastikan anda boleh membuatkan pegawai penguji di sebelah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat dari mula anda bergerak hingga anda memberhentikan kereta di tempat penamat ujian.
Tetapi awas,jika dari mula anda menggerakkan kereta lagi,degupan jantung pegawai penguji berdegup kencang dan dia berasa sangat tidak selamat berada di sebelah sebagai penguji dan juga sebagai penumpang pertama anda,maka peluang anda untuk digagalkan sangat-sangat tinggi.
Oleh itu pastikan anda memandu dengan selamat dan mengikut arahan dan peraturan yang telah diajar oleh pengajar memandu ketika sesi ujian JPJ.Berlatihlah bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik sahaja.Tidak ada istilah cobaan ketika hari ujian!Selamat berjaya kepada anda yang akan diuji.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, May 21, 2008

KENAPALAH SAYA BANYAK KALI GAGAL UJIAN JALANRAYA ?? TAK TAHU NAK BUAT MACAMANA DAH....

Kalau baca tajuk memang kesian saya mendengarnya.Tetapi walaumacamanapun,saya cuba memberi jalan yang terbaik untuk mengurangkan tahap kesedihan anda itu.
Sebelum kita terus-terusan melayan perasaan kecewa yang sudah tentu susah hendak dilayan,apa kata kita tengok dulu markah yang telah diberikan oleh penguji JPJ dalam keputusan ujian yang telah diberikan kepada anda.Kita baca dulu coretan-coretan atau komen yang telah ditulis oleh penguji JPJ.

Analisa yang biasa saya lakukan ialah meneliti terlebih dahulu perkara apa yang menyebabkan pelajar digagalkan.Di dalam borang pengujian terdapat 20 markah yang setiap satunya akan ditanda betul jika anda melakukan dengan betul ketika memandu di jalanraya.
Jika anda tidak melakukannya kotak markah itu akan ditanda pangkah.Ini bermakna anda sudah membuang markah.Sekiranya markah itu bukan kesalahan mandatori,markah akan ditolak satu.Tetapi jika markah yang ditanda itu adalah kesalahan mandatori ( kesalahan besar),secara automatik anda telah dianggap gagal serta merta.

Di sinilah letaknya kefahaman anda yang lebih jelas mengapa anda telah digagalkan.Semasa peringkat awal latihan anda perlu membezakan dan mengetahui kesalahan kecil dan juga kesalahan besar yang dianggap gagal serta merta.
Anda perlu faham dan kenal pasti betul-betul perkara apa yang boleh anda buat dan perkara apa yang anda tidak boleh buat ketika memandu di jalanraya.

Contoh-contoh kesalahan kecil yang mana markah akan ditolak satu.
====================================================
1. Anda tidak menguji lampu isyarat dan pengelap cermin berfungsi atau tidak.
2. Anda berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek semasa menunggu.
3. Anda tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.


Contoh-contoh kesalahan mandatori ( gagal serta merta ):
============================================
1. Anda tidak tarik brek tangan dan bebaskan gear ketika berhenti di simpang tiga.
2. Anda terus memandu walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Anda melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Tidak memberi isyarat ketika hendak membelok dan memotong.


Ini adalah sebahagian dari kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar ketika menduduki ujian praktikal JPJ.Jadi untuk mengelakkan dari anda digagalkan,anda kenalah faham dengan betul tentang kesalahan-kesalahan kecil dan mandatori.Saya akan sambung kemudian tentang semua markah yang telah ditetapkan dalam ujian jalanraya.
Walau apapun anda janganlah cepat berputus asa.Apabila anda gagal, secara automatik anda telah belajar banyak ilmu tentang pemanduan di jalanraya kerana anda akan berlatih lagi dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama kerana ianya merbahaya.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tuesday, May 20, 2008

Langkah Memperolehi Lesen Memandu

Lesen Kereta,Motosikal dan Lori
===========================================
1. Kursus KPP 

2. Ujian Undang-Undang Berkomputer :
Boleh diduduki selepas menghadiri kursus KPP dan rekod telah dikemaskini dalam sistem.
Tempahan ujian wajib dibuat lebih awal melalui pejabat.
Masa : 8:30 a.m hingga 4.00pm.
Tempoh ujian :
ujian warna - 3 minit
ujian penglihatan - 2 minit
ujian undang-undang - 45 minit.
Bayaran RM10 wajib dibayar oleh setiap orang ketika hendak mengambil ujian untuk bayaran foto digital.Kegunaannya sebagai rekod di dalam sistem JPJ.

3. Kursus TEORI & AMALI

Boleh dihadiri hanya selepas anda lulus ujian undang-undang sahaja.
Sekiranya lesen yang hendak dipohon adalah lesen kereta dan motosikal,anda wajib menghadiri kursus Teori & Amali untuk kelas yang berbeza pada hari yang berlainan.

4. Pengeluaran lesen belajar L akan dikeluarkan biasanya dalam tempoh seminggu dari tarikh kehadiran kursus Teori & Amali.

5. Latihan Belajar di Litar:
Boleh mula berlatih selepas lesen belajar L anda dikeluarkan.

6. Ujian Penilaian - QTI.

Ujian ini boleh diduduki selepas belajar sekurang-kurangnya 9.5 jam di kedua-dua bahagian iaitu di litar dan jalanraya.
Anda wajib menduduki ujian ini untuk menilai kebolehan dan kemampuan anda untuk menduduki ujian praktikal JPJ.
Anda akan diuji oleh pegawai penilai QTI di institut memandu.


7. Tempahan ujian wajib dibuat sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh ujian praktikal JPJ oleh pihak institut memandu.

8. Ujian Praktikal JPJ 

Nota:  Tempoh paling awal untuk melayakkan anda menduduki ujian praktikal JPJ ialah tarikh lesen L anda telah cukup atau melebihi sebulan.

9. Pengeluaran lesen percubaan P atau lesen CDL akan dikeluarkan apabila anda lulus kedua-dua bahagian yang telah diuji oleh pengawai penguji JPJ.Biasanya dalam tempoh seminggu dari tarikh ujian.


Nota:
=====
1. Prosedur yang diatas adalah untuk pemohon lesen baru sahaja.
2. Kepada pemohon lesen tambah kelas:
Anda tidak perlu lagi menghadiri perkara no.1 dan no.2 diatas.Anda boleh terus ke perkara no.3 kerana sebelum ini anda telah memiliki lesen penuh samada lesen motor atau kereta atau lori.

3. Kadangkala berlaku masalah ketika proses pendaftaran KPP atau ujian Undang-undang atau Teori & Amali pengesahan cap jari tidak dapat dilakukan kerana mykad anda tidak boleh dibaca atau rosak atau anda pemohon lesen tambah kelas atau pemegang pasport.
Untuk memudahkan proses pengesahan cap jari anda perlu membeli smart kad yang terdapat di institut memandu yang berkenaan.Sila rujuk kepada petugas.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, May 14, 2008

UJIAN MEMANDU KERETA DI JALANRAYA

Setiap orang yang akan diuji ketika ujian praktikal JPJ akan melalui ujian bahagian 3 iaitu ujian memandu di jalanraya.Saya lebih suka memberi tips apakah markah yang boleh kita perolehi dengan mudah sebelum kita menggerakkan kereta ke jalanraya.

Berikut ialah tips dan perkara yang perlu dibuat oleh setiap pemandu.Sila jangan buang markah bonus ini walaupun satu markah kerana ianya terlalu mudah untuk diperolehi.Buat sahaja anda dah boleh dapat markah.Anda tak nak buat dan malas nak buat bermakna anda akan kerugian markah dan peluang untuk anda gagal sangat tinggi.

Perkara yang perlu dibuat:
===================

Sebaik nombor giliran anda dipanggil oleh penguji JPJ,anda dengan muka manis dan bersopan sila masuk ke dalam kereta dan ucaplah kata manis dan salam kepada penguji.

1. Laraskan dan betulkan tempat duduk anda dengan sempurna dan baik untuk postur badan anda.Anda wajib lakukan walaupun anda rasa kedudukan kerusi anda sudah ok dan sesuai.
Ini untuk menunjukkan yang anda memang membuat pemeriksaan dan tahu macamana nak laraskan tempat duduk. Anda dah dapat satu markah.Mudahnya kan!

2. Gunakan kedua-dua tangan anda untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang supaya anda boleh melihat dengan jelas keadaan belakang sekiranya anda ada niat hendak memotong kenderaan depan atau sebelum nak menukar lorong kanan atau kiri.
Kemudian gunakan tangan kanan anda untuk membetulkan cermin sisi kanan dengan betul dan anda boleh melihat dengan jelas keadaan sebelah kanan kenderaan anda.Sangat berguna ketika nak menukar lorong ke kanan atau memotong.
Kemudian minta izin penguji untuk membetulkan cermin sisi kiri dengan tangan kiri anda.Takut terkena badan penguji ketika kita mengalihkan tangan kita.Cermin kiri ini untuk kegunaan kita ketika nak menukar lorong ke kiri. Anda dah boleh dapat markah kedua!

3. Pakailah tali pinggang keledar dengan kemas.Jika anda terlupa memakai tali pinggang keledar sehingga balik,peluang untuk anda gagal sangat tinggi. Jangan lupa tau! Faktor keselamatan dan boleh disaman jika di jalanraya. Ini markah ketiga anda!

4. Jika engin kereta mati,sila pastikan gear berada dalam keadaan bebas sebelum anda nak putar kunci kereta untuk nak hidupkan engin.Jika ada gear dan anda terus hidupkan engin kereta,pastilah melompat ke depan kereta anda ni sebab dah ada gear.Boleh jadi macam kereta kuda pulak nanti! ini markah keempat anda!

5. Sila uji lampu isyarat kanan dan kiri kereta anda berfungsi dengan melihat lampu penunjuk arah yang tertera di panel meter.Anda tak perlu turun kereta dan tengok lampu isyarat kanan dan kiri menyala atau tak.Uji pengelap cermin kereta anda berfungsi atau tak.
Anda dah boleh dapat markah kelima.Mudah sangat kan?


Inilah perkara asas yang perlu anda buat sebelum mula bergerak ke jalanraya.Senang sangat nak dapat 5 markah yang terawal.Kalau anda tak nak buat,markah anda akan ditolak satu persatu.Jangan buang markah! Rugi!

Friday, May 09, 2008

BOLEH KE SAYA MENDAFTAR DAN BELAJAR MEMANDU SEDANGKAN SAYA LANGSUNG TAK PERNAH MEMANDU SENDIRI?

Saya percaya ramai yang berada di luar sana yang masih takut-takut nak memohon lesen memandu apatah lagi nak belajar memandu disebabkan perasaan yang ketakutan bagaimana hendak menggerakkan kereta ketika hari pertama belajar nanti sedangkan diri anda langsung tak tahu macamana nak hidupkan engin kereta,macamana nak gunakan gear dan kawal stering.Betul tak?
Ini fenomena biasa bagi bakal pemandu baru.Tetapi percaya tak anda kebanyakan pelanggan saya yang datang belajar terdiri dari orang yang langsung tidak pernah mengenal alat kawalan dalam kereta apatah lagi nak menggerakkan kereta tersebut dan pada hari ujian praktikal JPJ ramai dari mereka yang lulus dengan sekali ujian sahaja dan tidak perlu menambah jam belajar.Hanya setakat 9 jam belajar sahaja!Ini adalah realiti dan bukan hanya cakap-cakap kosong.
Mengapa dan bagaimana mereka boleh lulus dengan sekali ujian sahaja? Jawapannya sungguh mudah.Selepas dapat lesen L,anda terus buat jadual belajar dan terus belajar dan ikuti dan fahamilah dengan betul perkara asas yang diajar oleh tenaga pengajar.Sekiranya masih kurang faham dan kurang jelas sepenuhnya,sila tanya jangan jemu dan jangan malu serta jangan takut dimarahi.
Apa yang penting ialah ilmu dan cara yang betul mengawal kereta tersebut.Apa perkara yang boleh dan apakah perkara yang tidak boleh dibuat ketika memandu kereta.
Perkara asas terdiri dari pengetahuan tentang undang-undang lalulintas di jalanraya contohnya apa nak buat ketika menghampiri simpang tiga atau menghampiri bulatan atau bagaimana nak memperlahankan kereta.Bagaimana hendak mengawal pergerakan kaki di pedal clutch,brek dan minyak supaya kereta perlahan dan berhenti dengan cantik tanpa mengejut dan engin tidak mati.Ini semua akan diajar ketika sesi belajar dengan tenaga pengajar.
Jadi nasihat saya kepada pelanggan yang takut-takut atau ragu-ragu,anda boleh mendaftar dahulu dan mengikuti kursus dan ujian undang-undang serta mengikuti sesi bengkel mengenal kereta.Selepas itu lesen belajar L akan dikeluarkan dan anda boleh mula diajar sepenuhnya tentang cara-cara memandu dengan betul dan selamat.

Daftarlah segera jangan bertangguh lagi sementara anda masih kelapangan dan mempunyai budget kewangan yang mencukupi ketika ini.Jika anda berada dalam kawasan yang saya sebutkan,silalah mendaftar dan buat pertanyaan melalui hadir sendiri atau menelefon atau sms ataupun chatting dengan saya di ruangan chat.
Jangan tunggu lama-lama!

Tuesday, May 06, 2008

SAYA TELAH DISAMAN OLEH POLIS.BOLEH KE SAYA MEMOHON LESEN MEMANDU SEBELUM SAYA BAYAR SAMAN?

Berdasarkan kepada pengalaman yang ada,ramai pelanggan saya yang hendak memohon lesen memandu tetapi mereka telah mempunyai saman yang banyak sebelum ini.Jadi mereka nak tahu boleh atau tidak mereka mendaftar dan mengikuti kursus dan ujian.
Biasanya saya akan memeriksa rekod dan butir-butir saman yang dimiliki dan membuat semakan secara online melalui rekod POLIS dan JPJ.Sekiranya saman masih baru biasanya peluang untuk pelanggan tiada masalah ketika proses memohon lesen kerana rekod melalui no.kad pengenalan mereka belum lagi disenaraihitamkan.Jadi pelanggan saya masih boleh mengikuti kursus dan ujian tanpa halangan.
Tetapi sekiranya pelanggan telah disenaraihitamkan dan menyebabkan mereka tidak boleh menjalani ujian,saya memberi nasihat supaya mereka menjelaskan bayaran saman tersebut mengikut mana dulu yang telah disenaraihitamkan.Selepas itu,mereka boleh menjalani ujian seperti biasa.
Jadi sekiranya anda di luar sana yang masih takut-takut atau khuatir sebab anda telah disaman,sila buat pertanyaan dan semakan terlebih dahulu dan terus mendaftar segera sebelum nama anda disenaraihitamkan di JPJ.
Tidak perlu tunggu hingga nama anda disenarihitamkan.Permudahkanlah urusan anda di jalanraya dengan memiliki lesen memandu yang sah.Jimatkanlah duit anda dari membayar saman sedangkan anda mampu memiliki lesen memandu.